Saya tidak menafikan
usaha-usaha baik pengurusan zakat yang telah pun berjaya dilakukan. Kita tahu,
zakat kita banyak. Jika dihimpun seluruh negara, mungkin mencecah lebih 1.5
billion. Itu setiap tahun. Bangunan-bangunan zakat cantik dan indah. Iklan-iklan
mengutip zakat juga canggih dan mahal. Gaji-gaji yang terlibat mengurusnya
jangan ditanya lagi. Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai
kaedah dan teknologi. Iklan-iklan kutip zakat mahal dan hebat. Tiba-tiba
ada si miskin kita terpaksa merintih simpati dari pihak lain termasuk gereja?
Ada pegawai zakat
bersifat begitu meterialistik. Berwajah manis jika hadir di depannya pembayar
zakat, tapi berwajah suram jika yang hadir itu pemohon zakat. Tiada semangat
dakwah dan ukhuwwah Islamiyyah. Pemohonan sulit dan sukar. Apatahlagi jika mak
cik tua yang uzur disuruh mengisi borang. Maka, pemohon zakat bagaikan peminta
sedekah. Sebab itu barangkali ramai fakir yang tidak sanggup ke pejabat zakat.
Jika program
‘Bersamamu’ boleh menemui si fakir saban minggu, kenapa pula ada pihak zakat
yang gagal mengesan mereka. Jika usaha mengutip zakat begitu hebat, alangkah
baik dihebatkan juga usaha mencari mereka yang layak menerima zakat. Mencari
orang miskin itu penting, bukan menunggu mereka datang. Bukan semua yang miskin
sanggup atau dapat datang kepada pejabat zakat.
Menurut al-Quran,
yang miskin tidak meminta itu lebih patut diutamakan. Firman Allah (maksudnya):
“(Pemberian sedekah itu) adalah untuk golongan fakir miskin yang telah
menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah
(membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga
dan sebagainya); orang yang jahil menyangka mereka kaya, kerana mereka menahan
diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) tanda-tanda
mereka, mereka tidak meminta daripada orang ramai secara mendesak-desak, dan
(ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang baik maka
sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya”.( Surah al-Baqarah ayat 273)
Berilah zakat kepada
mereka, kerana itu memang hak mereka. Jangan jadikan mereka pengemis di pejabat
zakat. Berilah dengan kasih dan perancangan agar mereka keluar dari daerah
kemiskinan. Bukan RM 100 ataupun 200 yang menyebabkan mereka akan beratur
mengemis zakat setiap tahun.
Kata Saidina ‘Umar
r.a.:“Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka”. Kata Ibn Hazm
(meninggal 456H): “Apa yang kami tahu tiada sahabah yang berbeza dalam hal ini”
(Ibn Hazm, Al-Muhalla 4/280, Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah).
Bahkan zakat boleh
diberikan kepada bukan muslim yang miskin atas peruntukan fakir dan untuk
dakwah atas peruntukan muallaf. Lihatlah perbahasan fekah yang lebih luas. Jika
zakat berfungsi, bukan muslim juga akan tertarik dengan Islam. Jika ia tidak
berfungsi, yang sudah Islam pun ingin keluar dari Islam!
6 comments
sokong seratus peratus..institui zakat bila dah tak amanah,kita pun dah tak percaya..bagi terus pada yg memerlukan
Betul tu..AM sokong..Sebaiknya kita terus salurkan bantun zakat kita kepada penerima yang betul2 memerlukan..
Assalamualaikum.. Selamat hari raya Aidilfitri...maaf zahir dan batin..
wasalam..selamat hari raya..
Penerangan yg bagus fungsi insitusi zakat..pungutan zakat ibarat wang tersembunyi..keperluan kpd golongan yg berhak & pembangunan..malangnya spt tidak kesampaian..ehhhm
Betul..kita sentiasa melihat iklan mengenai pembayaran zakat yang semakin mudah TETAPI untuk meminta zakat umpama kita meminta sedekah...punggutan zakat berbillion tapi yang sampai ke tangan yang berhak adakah setimpa dengan jumlah pembayaran zakat?
EmoticonEmoticon