Memaparkan catatan dengan label Malaysiaku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaysiaku. Papar semua catatan

Selasa, 2 Ogos 2016

Apabila bergelar USAHAWAN..

Ramai orang nak jadi usahawan. Tapi tahukah anda apa yang bakal anda hadapi bila bergelar usahawan?

1. "Best la ko John, boleh lepak2, boleh rileks2, takyah masuk ofis, sebab ko bos" adalah ayat yang paling kerap aku dapat daripada kawan-kawan. Silap. Kalau nak jadi usahawan, bersedialah jadi hamba untuk bisnes sendiri. Bersedialah untuk terlepas banyak majlis harijadi, majlis perkahwinan, hari subur isteri, hari jadi isteri, lepak-lepak  bersama kawan/keluarga. Bersedialah untuk kerja sabtu ahad, kerja time satu Malaysia cuti, tidur 4-5 jam sehari, drive 10,000km sebulan utara-selatan-timur-barat. Teruskan. Susah dulu 3-4 tahun. Lepas tu anda lepak la sampai tua ganyut tatkala orang lain masih punch card.

Apabila bergelar USAHAWAN..


2. Anda akan digelar kroni, macai, balaci sebab dalam urusan perniagaan ni, kita akan banyak 'mengikut' orang-orang berpengaruh. Sebab dalam perniagaan, know who sama penting dengan know how. Pergi jahanam la orang nak panggil ko balaci pun. You are a walking multi-millionaire balaci/macai. So what?

3. Bersedialah untuk dikutuk dari belakang. "poyo, gebang, lebat" adalah yang paling aku selalu terima. Sebab bila kita berkongsi keterujaan pasal perniagaan kita, pasal impian bisnes kita, ada yang menganggap benda itu mustahil, tak logik, over. Jadi, elakkan bercerita dengan mereka yang bukan usahawan. diorang takkan faham. Kajian dilakukan di US, Billionaires bertukar idea dengan Billionaires. Mereka tak share stories dengan Millionaires sebab 'out of their league'.

Apabila bergelar USAHAWAN..

4. Orang akan sentiasa nampak seolah-olah anda 'asyik melepak'. Ni paling susah nak explain. Aku pergi karoke, bukan sebab nak menyanyi tu. Aku pergi merata tempat, bukan sebab nak melancong tu. It is part of the business. Dealing dalam business ni bukan semestinya berlaku dalam ofis atas meja meeting je.

5. Anda  akan ada haters. Bila ko beli kereta, akan ada orang cakap "eleh, kereta recon". Anda cipta satu produk bisnes baru, orang akan cakap "eh, dah ada orang lain buat lagi power". Bila ko masih pakai jam tangan yang lama, kereta lama, rumah sewa pulak, orang akan cakap bisnes anda tak menjadi. masih ditakuk lama. Semua yang anda ada/buat/dapat akan ada orang pertikai. Takpe. Tayang lagi.

6. Fahami beza 'business value' dengan 'cash value'. Business value anda mungkin besar tapi cash value anda kecik. Tak guna nilai bisnes yang besar kalau cash takde. Cash is the king. Untuk apa jenis bisnes pun.

7. Orang akan pelik dengan anda. Bisnes berjuta-juta, tapi anda tanpa segan silu minta pinjam duit dari orang pula. Mula la diorang akan tuduh anda kaki propa. Ni ada kaitan dengan No.6. Tapi ramai juga orang tak tahu yang bisnes juta-juta ni habis berjuta-juta juga. Tebalkan muka. Minta pinjam juga. Ingat, bukan sebab kita. Staff kita ada anak bini nak sara. Kita makan megi pun takpa mula-mula. Payment masuk nanti kita makan Kobe Beef Steak kat restoran paling mahal dalam dunia.


8. Bila anda beli macam-macam, orang akan kata anda boros. "inilah usahawan melayu, belum apa-apa nak bermewah". Pedulikan. Beli lagi. Sebenarnya, usahawan sebenar mengamalkan konsep "Buy Luxury First". sebab itulah kita mahu jadi usahawan. Supaya kita boleh beli/miliki apa yang orang biasa tak boleh.

9. Kawan-kawan akan mula kata "anda lepak dengan orang kaya je". Yes. Make friends dengan orang kaya-kaya. Jangan dengki. They are your benchmark. Learn from them. Use their network. Tiru cara mereka. Tigers hang out with tigers; and tigers eat chicken.

Sekian,
JOHN LEMON
Usahawan Juta-Juta

Isnin, 1 Ogos 2016

Nabi Tak Pernah Halau Anak-Anak Ke Saf Belakang..

Nabi Tak Pernah Halau Anak-Anak Ke Saf Belakang..

1- Nabi membawa anak kecil di dalam solat. Nabi membiarkan anak kecil bermain di dalam solat berjemaah sehinggakan membiarkan memanjat belakang baginda.

2- Anak-anak tidak najis. Perbuatan anda menghalau itulah seperti najis.

Nabi Tak Pernah Halau Anak-Anak Ke Saf Belakang..

3- Nabi tidak menghalau anak kecil ke belakang. Nabi bukan sahaja membawa ke dalam saf orang dewasa, malah Nabi bawa sehingga ke tempat imam.

4- Tiada istilah “putus saf” jika membawa anak kecil ke dalam saf orang dewasa. Saf terputus jika anda menjarakkan kaki. Sambung atau terputus sesuatu saf adalah bergantung kepada anda. Bukan salah anak-anak.

5- Apa perasaan anda jika anak-anak muda menghalau anda yang sudah tua ke belakang?

6- Jika anda mahu berada di saf hadapan, datanglah awal dan cop tempat anda di baris pertama. Bukan dengan cara menghalau orang lain.

7- Membawa anak kecil di dalam saf orang dewasa ada dicontohkan Nabi. Tetapi menghalau anak-anak ke belakang mengikut sunnah siapa? Biasanya Iblis dan Syaitan yang suka menghalang orang lain dari mendapat kebaikan. Janganlah kita menjadi seperti mereka.

Nabi Tak Pernah Halau Anak-Anak Ke Saf Belakang..


8- Kami berterima kasih kepada AJK surau dan masjid kerana menguruskan perjalanan dengan baik. Namun surau dan masjid adalah hak orang Islam termasuk juga anak-anak kecil. Surau dan masjid bukan hak peribadi sesama AJK yang boleh digunakan sesuka hati dan menghalau orang lain sesuka hati.

9- Sepatutnya orang dewasa memberi galakan kepada anak-anak kecil. Bukan menghalau dan mengkastakan mereka. Anak-anak sepatutnya bersolat di sisi ibu bapa supaya ibu bapa dapat mengajar dan mendisiplinkan anak-anak tentang solat berjemaah.

10- Meletak anak-anak di hujung belakang saf menjadikan anak-anak lebih banyak bermain dan berbuat bising selain berbahaya kerana mudahkan penculikan berlaku. Kes pernah terjadi beberapa kali di Malaysia, terbaharu penculikan 3 hari lepas sewaktu si ayah sedang solat di hadapan manakala anak-anaknya di saf belakang..

Ahad, 3 Julai 2016

Zakat..Luahan Netizen Facebook


Saya tidak menafikan usaha-usaha baik pengurusan zakat yang telah pun berjaya dilakukan. Kita tahu, zakat kita banyak. Jika dihimpun seluruh negara, mungkin mencecah lebih 1.5 billion. Itu setiap tahun. Bangunan-bangunan zakat cantik dan indah. Iklan-iklan mengutip zakat juga canggih dan mahal. Gaji-gaji yang terlibat mengurusnya jangan ditanya lagi. Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi. Iklan-iklan  kutip zakat mahal dan hebat. Tiba-tiba ada si miskin kita terpaksa merintih simpati dari pihak lain termasuk gereja?

Zakat..Luahan Netizen Facebook


Ada pegawai zakat bersifat begitu meterialistik. Berwajah manis jika hadir di depannya pembayar zakat, tapi berwajah suram jika yang hadir itu pemohon zakat. Tiada semangat dakwah dan ukhuwwah Islamiyyah. Pemohonan sulit dan sukar. Apatahlagi jika mak cik tua yang uzur disuruh mengisi borang. Maka, pemohon zakat bagaikan peminta sedekah. Sebab itu barangkali ramai fakir yang tidak sanggup ke pejabat zakat.


Jika program ‘Bersamamu’ boleh menemui si fakir saban minggu, kenapa pula ada pihak zakat yang gagal mengesan mereka. Jika usaha mengutip zakat begitu hebat, alangkah baik dihebatkan juga usaha mencari mereka yang layak menerima zakat. Mencari orang miskin itu penting, bukan menunggu mereka datang. Bukan semua yang miskin sanggup atau dapat datang kepada pejabat zakat.

Zakat..Luahan Netizen Facebook


Menurut al-Quran, yang miskin tidak meminta itu lebih patut diutamakan. Firman Allah (maksudnya): “(Pemberian sedekah itu) adalah untuk golongan fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); orang yang jahil menyangka mereka kaya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) tanda-tanda mereka, mereka tidak meminta daripada orang ramai secara mendesak-desak, dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang baik maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya”.( Surah al-Baqarah ayat 273)
Berilah zakat kepada mereka, kerana itu memang hak mereka. Jangan jadikan mereka pengemis di pejabat zakat. Berilah dengan kasih dan perancangan agar mereka keluar dari daerah kemiskinan. Bukan RM 100 ataupun 200 yang menyebabkan mereka akan beratur mengemis zakat setiap tahun.


Kata Saidina ‘Umar r.a.:“Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka”. Kata Ibn Hazm (meninggal 456H): “Apa yang kami tahu tiada sahabah yang berbeza dalam hal ini” (Ibn Hazm, Al-Muhalla 4/280, Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah).


Bahkan zakat boleh diberikan kepada bukan muslim yang miskin atas peruntukan fakir dan untuk dakwah atas peruntukan muallaf. Lihatlah perbahasan fekah yang lebih luas. Jika zakat berfungsi, bukan muslim juga akan tertarik dengan Islam. Jika ia tidak berfungsi, yang sudah Islam pun ingin keluar dari Islam!

Selasa, 13 Januari 2015

Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB)

Kementerian Pendidikan hari ini melancarkan Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) bagi meningkatkan kualiti guru dan pemimpin sekolah seterusnya memperkasa profesyen perguruan.
Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata PPPB memainkan peranan penting dalam membangun atribut dan kompetensi yang dihasratkan supaya guru serta pemimpin sekolah dapat menyampaikan perkhidmatan cemerlang secara berterusan.


Disini AM nak kongsikan Links yang menyediakan tempat untuk mendownload Buku Panduan Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) kepada semua guru-guru sekolah.

Di atas adalah contoh untuk mendownload Buku Panduan Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB).

Langkah untuk mendownload adalah

1. Taip pada URL : http://apps8.moe.gov.my/abpg/bpg/PPPB/index.cfm
2. Masukkan Kad Pengenalan dan klik Hantar
3. Sila update kan Status Jabatan.
4. Pengesahan Diri sila tick semua.
5. Klik Hantar


6. Boleh mendownload samaada pdf atau power point.

AM berharap  perkongsian ini dapat membantu sahabat-sahabat semua..


Ahad, 11 Januari 2015

Bertudung Cantik Tapi Dimana Maruah Adik?? Tips Menjadi Anak Soleh...

Bertudung labuh dan  adik cantik tapi sanggup menyerah untuk dipeluk dan dicium oleh artis Kpop...

Bagaimana mungkin ini terjadi jika bergelar Anak Solehah dan Solehah... Menjadi Viral dan Popular beberapa adik kita nie.. Kesian mak dan ayah mendapat nama dan MALU...


AM pun tak tahu waktu mana dan begitu suka suki adik2 apabila dapat dipeluk dan dicium..Mungkin adik2 lupa akan nasihat mak dan ayah dan cikgu2..

Adakah adik lupa bahawa bersentuh antara kulit dan kulit antara bukan MAHRAM adalah HARAM di dalam ISLAM...

Adakah pada IC sahaja ISLAM tetapi realiti adik2 bukan menganut agama ISLAM???

Dimana salah dan silap kita BANGSA MELAYU yang mengaku ISLAM???

Adakah ISLAM pada NAMA dan IC sahaja????

Sama2 kita berdoa semoga kejadian ini tidak berulang lagi.. Kepada adik yang TERPAKSA menjadi Viral semoga adik bertaubat dan kembali kepada ISLAM dan menjadi ANAK SOLEHAH..

Kepada IBUBAPA yang mencari Tips  Untuk Anak Soleh boleh dapat Tips DISINI


Rabu, 3 April 2013

PRU 13 : Perdana Menteri Bubar Parlimen

PRU 13 atau Pilihan Raya Umum 13 telah semakin hampir dengan penamatnya apabila Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Hajib Tun Razak telah pun mengumumkannya tadi di Shah Alam selepas menpegerusikan mesyuarat kabinet terakhirnya.





SHAH ALAM - Parlimen dibubar berkuat kuasa hari ini, sekali gus membuka laluan bagi Pilihan Raya Umum ke-13 yang dinanti oleh seluruh negara sejak dua tahun lalu.
Pembubaran diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet.
"Pembubaran ini membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 sejak negara merdeka," kata beliau dalam pengumuman khas yang dibuat dari Pejabat Perdana Menteri dan disiarkan secara langsung menerusi televisyen jam 11.30 pagi.
Pengumuman ini dibuat ketika Najib genap empat tahun menjadi perdana menteri.
Mandat kerajaan pusat akan berakhir pada 28 April ini. PRU12 diadakan pada 8 Mac 2008.
Ini kali pertama pilihan raya umum diadakan selepas genap lima tahun selepas satu-satu pilihan raya umum.
Dalam ucapannya, Najib yang diiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah menghadap dan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk membubarkan Parlimen Ke-12 hari ini.
Barisan anggota jemaah menteri juga hadir pada majlis pengumuman khas itu.
Najib turut menasihati semua kerajaan negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) masing-masing kecuali Negeri Sembilan dan Sarawak, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.
Dun Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan. Sarawak pula telah mengadakan pilihan raya umum negeri pada April 2011.
Berikutan pengumuman pembubaran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan pengundian, lapor Bernama.
Selepas pilihan raya umum ke-12, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan, ekoran kematian dan peletakan jawatan, iaitu enam bagi kerusi parlimen dan 10 kerusi Dun, yang menyaksikan masing-masing lapan kerusi dimenangi BN dan pembangkang.
Pilihan raya kecil Parlimen ialah bagi kerusi Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi manakala pilihan
raya kecil Dun ialah di Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Penanti, Bagan Pinang, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau.
Jumlah pilihan raya kecil berkenaan antara yang terbanyak dalam sejarah pilihan raya negara selepas penggal 1995 hingga 1999 menyaksikan 17 pilihan raya kecil diadakan.
Selepas ucapan khas yang mengambil masa kira-kira 15 minit, Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) bersalam dengan anggota jemaah menteri yang mengenakan tali leher warna merah.

Rabu, 19 September 2012

Gila Seks....Gadis dirogol Dalam Bilik Air..Apa nak jadi??

Gila seks..inilah ayat yang paling sesuai dengan perangai binatang yang bertopeng manusia. Sanggup rogol budak 17 tahun dalam bilik air rumah yang dipecah masuk..Memang WAJIB dah hukum HUDUD dilaksanakan di Malaysia..Kejadian ini bukan terjadi di negara lain tapi terjadi di MALAYSIA..Agak2 malaysia nie selamat lagi ke? Maklumat penuh disini

Gadis dirogol dalam bilik air, mangsa lelaki kemaruk seks
Mangsa diheret dari bilik tidurnya sebelum dirogol dalam bilik air.
Gadis dirogol dalam bilik air, mangsa lelaki kemaruk seks
Suspek turut menggeledah bilik tidur mangsa untuk mencari barang berharga.
Gadis dirogol dalam bilik air, mangsa lelaki kemaruk seks
Suspek dipercayai memecah masuk melalui pintu belakang yang tidak berkunci.
KUALA LIPIS - Berikutan tidak mampu mengawal nafsu serakah, seorang lelaki sanggup menceroboh rumah seorang gadis sunti di Kampung Gemunchor, di sini, kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Lebih menyayat hati, suspek bersama dua rakan sanggup mengikat ibu gadis terbabit sebelum mengheret mangsa yang berusia 17 tahun ke dalam bilik air lalu merogolnya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, sebelum kejadian berlaku, suspek bersama dua rakannya dipercayai pergi ke rumah mangsa dengan menaiki sebuah kereta.

“Suspek dan dua rakannya menaiki sebuah kereta dan berhenti di hadapan rumah mangsa sebelum memecah masuk melalui pintu belakang yang tidak berkunci.
“Suspek kemudiannya mengikat ibu mangsa di bahagian dapur sebelum mengheret mangsa yang ketika itu berada di rumah tamu ke bilik air untuk merogolnya,” katanya, di sini, semalam.

Abdul Razak berkata, selepas merogol mangsa, suspek bertindak merampas gelang tangan emas milik ibu mangsa sebelum melarikan diri.

“Namun dalam keadaan tergesa-gesa, gelang tangan itu terjatuh di pekarangan rumah mangsa. Mangsa kemudiannya bertindak berlari ke rumah kakaknya yang terletak kira-kira 500 meter untuk meminta pertolongan,” katanya.

Abdul Razak berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis untuk membuat laporan polis sebelum dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

“Berdasarkan siasatan awal daripada mangsa dan ibunya, polis percaya suspek mengenali keluarga terbabit. Ibu mangsa juga dipercayai dapat mengecam suspek berdasarkan bentuk tubuhnya.

“Polis giat mengesan suspek yang dipercayai tinggal berhampiran dengan rumah mangsa,” katanya.

Manakala, mangsa pula menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, akibat cedera selepas bergelut dengan suspek.


Acu parang

Sementara itu, nenek mangsa yang mahu dikenali sebagai Wan ketika ditemui Sinar Harian memberitahu, dia turut berada dalam sebuah bilik di rumah sama ketika kajadian itu berlaku.

Wan berkata, anaknya berada di dapur, sementara cucunya pula sedang mengemas pakaian dalam bilik tidur kerana mahu kembali ke asrama sekolahnya, semalam.

Kemudian dia dikejutkan dengan kekecohan di ruang dapur sebelum mendengar anak dan cucunya meminta tolong.

"Saya keluar dari bilik selepas mendengar suasana kecoh di dapur sebelum melihat dua lelaki sedang mengacukan golok ke leher anak saya. Kemudian, saya nampak seorang lagi lelaki mengheret cucu keluar dari bilik dan dibawa ke bilik air," katanya.

Menurutnya, akibat ketakutan, dia masuk ke dalam bilik sebelum menolak katil ke pintu untuk menghalang penjenayah masuk.

"Penjenayah itu menendang pintu bilik, tapi tak dapat membukanya. Ketika itu, saya masih dengar jeritan anak dan cucu meminta tolong. Saya hanya mampu menangis sambil berdoa supaya keluarga tidak diapa-apakan penjenayah itu," katanya.


Mangsa pengsan

Wan berkata, lebih kurang 15 minit kemudian, keadaan kembali tenang apabila semua penjenayah melarikan diri. Menurutnya, dia memberanikan diri keluar dari bilik untuk melihat anak dan cucunya.

"Ketika keluar, saya dapati anak saya sedang menangis, manakala cucu sudah tiada dalam rumah kerana keluar meminta bantuan kakaknya yang tinggal berhampiran," katanya.

Manakala, kakak mangsa yang enggan dikenali berkata, adiknya berlari dalam keadaan separuh bogel ke rumahnya untuk meminta pertolongan.

"Saya mendengar jeritan adik meminta tolong dan memberitahu dia bersama ibu jadi mangsa rompakan. Namun saya terkejut apabila melihat dia dalam keadaan separuh bogel dan memberikan sehelai kain batik untuk dipakai sebelum dia pengsan di rumah saya," katanya.

Sinar Harian difahamkan seorang daripada suspek adalah bekas banduan berusia dalam lingkungan 50-an yang pernah menjalani hukuman penjara atas kesalahan rogol. Lelaki itu dikatakan sudah mengamati pergerakan mangsa ketika bertemu di sebuah kenduri beberapa hari sebelum kejadian .

sumber : Sinar Harian

Khamis, 13 September 2012

Pilihanraya PRU13..Politik Malaysia

Pilihanraya PRU13 sudah tidak lama lagi..Alai Malaysiaku Tanah airku..Politik Malaysia yang sempit ini bermaian antara Perdana Menteri Malaysia, Ketua Pembangkang, Ketua Pemuda mahupun Ulamak...Politik adalah pelantar untuk menyatukan ummah bukannya memecahkan ummah yang terjadi sekarang?kemana nilai2 ISLAM yang ramai antara kita pegang selama ini...

Inilah kisah dan lagu sebuah permaianan POLITIK MALAYSIA..1MALAYSIA


Politik kita memang caca marba

Nampak kebelakangan ini, perbezaan politik bukan lagi membawa kepada pertarungan minda dan tawaran khidmat pengurusan pentadbiran yang lebih baik, tetapi pertarungan siasah di negara ini telah menyuburkan akhlak yang buruk dan kehilangan adab sopan. 

Ada yang kencing ke atas gambar pemimpin yang lain, ada pula yang baling kasut ke dalam masjid, tarian punggung dan pelbagai lagi. 

Para pemimpin politik kita ini mungkin terlalu sibuk berkempen sehingga lupa untuk mengajar adab sopan sebagai insan kepada para pengikut mereka.

Disiplin

Kehidupan ini bukan segala-galanya politik untuk kita menggadaikan segala adab dan kesopanan hanya kerana politik. 

Insan itu walau apapun kelemahan peribadinya, tetapi dia sepatutnya memiliki ketertiban dan kesopanan pergaulan yang diwarisi sama ada dari agama ataupun budaya.

Bahkan dalam Islam, dalam medan perang yang saling bunuh membunuh itu pun, adab dan akhlak yang baik dipertahankan. Disiplin mesti dipatuhi. 

Dalam hadis apabila Rasulullah SAW mengirimkan pasukan tentera maka baginda bersabda: 

"Keluarlah kamu (medan jihad) dengan nama Allah, perangilah di jalan Allah sesiapa yang kufur dengan Allah. Jangan kamu melanggar perjanjian, jangan kamu mengkhianati harta rampasan perang, jangan kamu rosakkan mayat, jangan kamu bunuh kanak-kanak dan ahli-ahli rumah ibadat". (Riwayat Ahmad, kata Ahmad Muhammad Syakir: "Sanad hadith ini hasan.")

Nilai pejuang rakyat itu apabila dia dapat mendisiplinkan dirinya dan menghiasi diri dengan budi dan sopan yang menyebabkan rakyat menjadikan ikutan. 

Justeru, kawalan diri sekalipun di hadapan musuh yang hendak membunuh antara nilai peradaban yang diajar oleh Islam.

Lihatlah apa yang Allah tegaskan kepada orang Islam yang berperang dengan musuh-musuh yang menyerang dan ingin membunuh mereka. 

Maksudnya: "Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas."(Surah al-Baqarah ayat 190).

Apakah politik ini lebih buruk dari medan perang darah sehingga kita hendak berlebih-lebih dalam perangai dan budi. Kita jangan lupa apa yang Nabi SAW bersabda: 

"Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Orang politik lupa, pengikut yang ‘kurang ajar' dan tidak beradab itu hari ini mereka biadap dengan musuh politik mereka, esok kebiadapan itu akan dihalakan pula kepada orang yang disokong pada hari ini.

Dalil agama ikut kehendak parti
Paling masalah apabila setiap pihak cuba bertindak membalas keburukan dengan keburukan. 

Jika kita berikan nasihat "mengapa awak londeh seluar kepada gambar pemimpin tertentu" maka akan ada yang menjawab "mereka lagi teruk, ada macam-macam lagi yang mereka pun buat".

Demikianlah puak-puak politik itu saling menghalalkan tindakan masing-masing atas nama keburukan lawan mereka. 

Apa yang pelik dalam masa yang sama masing-masing mendakwa mereka lebih baik dari lawan mereka. 

Malangnya, apabila tiba masalah budi perangai, masing-masing memakai piawai yang setaraf dengan pihak lawan ataupun lebih teruk. 

Itu belum lagi datang "geng agama" parti masing-masing yang akan mengeluarkan dalil untuk menghalalkan perangai buruk anggota dan penyokong masing-masing. 

Dalil agama dibaca bukan mengikuti kehendak Tuhan, tetapi kehendak parti!

Ustaz muda

Apatah lagi jika ada pula ulama atau ustaz muda mana-mana parti yang baru kenal politik sehari dua, dan mungkin ghairah hendak menjadi calon maka segala dalil dibawa, segala sirah Salafussoleh dibaca seakan-akan yang dipertahankan itu Abu Bakar al-Siddiq dan Umar al-Khattab. 

Dalil-dalil agama dipermainkan untuk kepentingan politik masing-masing. Apa yang terkena pada orang lain dibaca secara terang, yang terkena diri sendiri ditakwil dengan sejuta penafsiran. 

Jika parti lawan berkumpul untuk bantahan maka mereka namakan tunjuk perasaan dan dihukum haram. Kononnya, bukan amalan salafussoleh. 

Jika geng parti sendiri berkumpul dinamakan menyuarakan pendirian, hukumnya halal. Dimasukkan dalam amar makruf dan nahi mungkar. 

Maka perhimpunan di Kuala Lumpur oleh parti lawan sibuk diharamkan dengan segala fatwa, tetapi di Jeli dan Gua Musang oleh parti sendiri didiamkan. 

Jika pemimpin kerajaan parti lain yang buat silap, ditegur dalam media dan ditulis surat terbuka. 

Namun jika pemimpin kerajaan parti sendiri buat salah, difatwakan haram bercakap kesalahan pemimpin di khalayak ramai, kena berbisik di telinga mereka. 

Dalil-dalil agama dan nama salafussoleh dikhianati atas kedangkalan pengetahuan, ataupun kepentingan politik ‘orang muda agama'. 

Maka tidak pelik jika Allah menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya seperti anjing. Firman Allah: 

"Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. 

"Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. (Surah al-A'raaf: 175-176)

Fatwa artis
Di celahan itu yang menarik hari ini artis-artis yang baru masuk politik sehari dua pun seakan sudah menjadi ‘sarjana Islam'. Mula mengeluarkan hukum ke atas orang lain. Sambutannya hebat. 

Modalnya bukan ilmu, tapi ‘wajah dan penampilan' yang memikat penganjur. Jika ‘ustaz' dibayar seratus dua, tetapi artis yang bercakap Islam dibayar beberapa ribu ringgit satu ceramah. 

Namun jika artis lelaki, ataupun artis wanita yang ‘kurang comel', tidaklah seberapa sambutan dan bayarannya. 

Kita hendaklah tahu seperti yang disebut oleh para sarjana Islam, bab politik islami bukan mudah untuk dihuraikan. Politik memerlukan kefahaman tentang maslahah dan maqasid syarak. 

Suatu ilmu yang memerlukan banyak latar pengetahuan yang baik. Namun, jika artis masuk parti politik, segala kesarjanaan itu seakan diberikan kepadanya. Ini memang tanda-tanda akhir zaman. 

"Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal -dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu 'al-Ruwaibidoh'. 

Para sahabat bertanya: "Siapakah al-Ruwaibidoh?" Sabda Nabi SAW: "Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai)." 

Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya'la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih dan ini disetujui oleh Al-Zahabi.

Bukan salah artis berceramah dan berkongsi pengalaman. Mereka yang berubah memang dialu-alukan. Namun setiap orang kena tahu kadar pengetahuannya mengenai apa yang dia perkatakan. Jangan cepat simpulkan hukum sedangkan anda bukan ahlinya.

Apa pun, politik kita memang ajaib. ‘Macam-macam ada' dan semua boleh. Dulu ada orang cakap, asal barang jadi duit, kita ambil. Hari ini, asal barang jadi politik, kita angkut!

Sumber : Malaysiakini