Memaparkan catatan dengan label BN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BN. Papar semua catatan

Ahad, 14 April 2013

Semakan Daftar Pemilih Dan Tempat Mengundi PRU 13

Semakan Daftar Pemilih dan Tempat Mengundi bagi Pilihanraya Umum ke 13 nanti yang dijangka pada 5 Mei 2013. Adakah anda telah menyemak di mana anda akan mengundi nanti? 



untuk mengetahui tempat mengundi anda.


Jangan lupa membawa Kad Pengenalan anda pada Hari Mengundi dan jangan memberi kad pengenalan anda kepada orang yang tidak dikenali.

Mengundi adalah tanggungjawap anda dan anda berhak memilih mana-mana parti politik yang bertanding nanti...

INGAT !!!
Undi anda adalah RAHSIA sanggaaatttt......


untuk mengetahui tempat mengundi anda..

Selasa, 9 April 2013

PRU13 : Papa Gomo Lawan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh

PRU13 kali ini pasti akan bertambah meriah apabila blogger pro kerajaan berjanji akan bertanding dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti melawan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh..Mungkin ini akan menjadi pertandingan yang paling di nantikan oleh pengundi..


Kuala Lumpur: Penulis blog, Papa Gomo akan bertanding sebagai calon bebas menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Presiden Pertubuhan Media Nadi Rakyat Malaysia, Mohamad Rafi Awang Kechik, bagi pihak Papa Gomo mengambil borang penamaan calon di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wilayah Persekutuan di sini semalam. 
Rafi berkata, penulis blog terbabit akan mendapat sokongan penuh lebih 7,000 penyokong badan bukan kerajaan (NGO) itu selain menyatakan sudah mempunyai penyokong dan pencadang menjelang proses penamaan calon nanti. 


Katanya, Papa Gomo akan tetap berdepan Anwar di mana saja Ketua Umum PKR itu bertanding sama ada di Permatang Pauh atau kawasan lain.

Katanya, identiti sebenar individu yang dikenali sebagai Papa Gomo akan didedahkan pada hari penamaan calon nanti.

Blog Papa Gomo sering mendedahkan dakwaan salah laku pemimpin pembangkang itu.

Sumber : Berita Harian

Rabu, 3 April 2013

PRU 13 : Perdana Menteri Bubar Parlimen

PRU 13 atau Pilihan Raya Umum 13 telah semakin hampir dengan penamatnya apabila Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Hajib Tun Razak telah pun mengumumkannya tadi di Shah Alam selepas menpegerusikan mesyuarat kabinet terakhirnya.





SHAH ALAM - Parlimen dibubar berkuat kuasa hari ini, sekali gus membuka laluan bagi Pilihan Raya Umum ke-13 yang dinanti oleh seluruh negara sejak dua tahun lalu.
Pembubaran diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet.
"Pembubaran ini membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 sejak negara merdeka," kata beliau dalam pengumuman khas yang dibuat dari Pejabat Perdana Menteri dan disiarkan secara langsung menerusi televisyen jam 11.30 pagi.
Pengumuman ini dibuat ketika Najib genap empat tahun menjadi perdana menteri.
Mandat kerajaan pusat akan berakhir pada 28 April ini. PRU12 diadakan pada 8 Mac 2008.
Ini kali pertama pilihan raya umum diadakan selepas genap lima tahun selepas satu-satu pilihan raya umum.
Dalam ucapannya, Najib yang diiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah menghadap dan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk membubarkan Parlimen Ke-12 hari ini.
Barisan anggota jemaah menteri juga hadir pada majlis pengumuman khas itu.
Najib turut menasihati semua kerajaan negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) masing-masing kecuali Negeri Sembilan dan Sarawak, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.
Dun Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan. Sarawak pula telah mengadakan pilihan raya umum negeri pada April 2011.
Berikutan pengumuman pembubaran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan pengundian, lapor Bernama.
Selepas pilihan raya umum ke-12, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan, ekoran kematian dan peletakan jawatan, iaitu enam bagi kerusi parlimen dan 10 kerusi Dun, yang menyaksikan masing-masing lapan kerusi dimenangi BN dan pembangkang.
Pilihan raya kecil Parlimen ialah bagi kerusi Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi manakala pilihan
raya kecil Dun ialah di Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Penanti, Bagan Pinang, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau.
Jumlah pilihan raya kecil berkenaan antara yang terbanyak dalam sejarah pilihan raya negara selepas penggal 1995 hingga 1999 menyaksikan 17 pilihan raya kecil diadakan.
Selepas ucapan khas yang mengambil masa kira-kira 15 minit, Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) bersalam dengan anggota jemaah menteri yang mengenakan tali leher warna merah.

Selasa, 2 April 2013

Gempak.. Parlimen Bubar Esok untuk PRU 13

Esok Bubar Parlimen Malaysia..Betul ke???? PRU 13 makin hampir dan parti politik makin rancak berkempen untuk menarik penyokong..Jangan lupa kepada pengundi muda kita sudah la...








Perdana Menteri dijangka buat pengumuman selepas mesyuarat terakhir kabinet

Kuala Lumpur: Parlimen dijangka dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan. 
Ini berikutan pengedaran surat daripada Jabatan Perdana Menteri meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir pada mesyuarat itu lengkap berpakaian lounge suit berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah untuk sesi bergambar. 

jika Parlimen dibubar esok, SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi” Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR

Mengikut amalan sebelum ini, Ahli Jemaah Menteri akan bergambar bersama Perdana Menteri dan timbalannya pada mesyuarat terakhir Kabinet sebelum pengumuman pembubaran Parlimen selepas mesyuarat.

Difahamkan sesi bergambar diadakan sebelum mesyuarat Kabinet esok dan Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang media bagi mengumumkan pembubaran Parlimen selepas itu. 

Mengikut kelaziman, Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Kabinet bagi memohon perkenan pembubaran Parlimen.

Beberapa Menteri yang dihubungi mengesahkan menerima surat itu dan tidak menolak kemungkinan Najib mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mesyuarat Kabinet esok seperti kelaziman sebelum ini. 
Tempoh 60 hari adakan PRU-13

“Saya sudah menerima surat dan mungkin ini adalah mesyuarat Kabinet terakhir penggal ini kerana mengikut tradisi Perdana Menteri sebelum ini, Parlimen dibubarkan selepas itu,” kata seorang Menteri kepada BH semalam.

Jika Parlimen dibubarkan esok, ia genap empat tahun Najib menerajui negara selepas dilantik menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009. 

Tempoh satu penggal atau lima tahun Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) akan berakhir pada 30 April ini dan Parlimen akan terbubar secara sendiri jika tidak dibubarkan sebelum tarikh itu.

Selepas itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh 60 hari sehingga selewat-lewatnya bulan Jun untuk mengadakan PRU-13 bagi membentuk kerajaan baru.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan menjadi negeri pertama terbubar secara automatik pada Khamis lalu dan kini ditadbir kerajaan sementara yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sementara itu Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata jika Parlimen dibubarkan esok SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan beberapa perkara dasar seperti daftar pemilih, watikah kepada pegawai SPR, tarikh penamaan calon tarikh mengundi.

Jumaat, 14 September 2012

Pemimpin Yang Berjiwa Rakyat

Pemimpin Yang berjiwa rakyat yang nak di tunjukkan bukan untuk menghina mahupun untuk memalukkan mana2 pihak yang terlibat. Hanya sekadar pandangan peribadi terhadapa apa yang terjadi di dalam negara dan juga luar negara.

Mungkin ini akan menjadi satu teladan dan pengajaran kepada kita sebagai rakyat 1Malaysia yang PM kita selalu bawakan apabila memberi ucapan dan kini semua surat rasmi mahupun ucapan akan dimulakan dengan Salam 1Malaysia semua mesti dah lali kan. 

Apa yang nak di ketengahkan adalah Pemimpin yang kita sayang sentiasa berjiwa rakyat dan suka menari dan menyanyi.

Ini bukti yang saya duk cerita, anda lihat dan nilai sendiri dengan pemikiran yang waras lagi bijak sana.
Biar gambar bercerita segalanya..




Dah tengok semua?baguskan para pemimpin kita sentiasa berjiwa rakyat, ini bukan 3tahun lepas mahupun 2 tahun lepas pun. Ini yang terbaru dan belum pun matang sebulan.

Sedarkah kita di Asia Timur ada pihak yang sedang berjuang untuk menegakkan ISLAM yang telah diHINA dengan teruknya. Dulu kartun dari Perancis telah menghina RASULULLAH SAW telah bangkit semua negara Asia Timur.

Sekarang filem yang menghina RASULULLAH SAW pulak di tayangkan di Asia Barat dan akibatnya Duta AS di Libya telah mati. Itu baru balasan dunia, belum lagi di Akhirat. Ini gambar Duta AS yang mati.


Di Asia Timur, mereka sayang akan ISLAM tapi di 1Malaysia pada yang kita lakukan? Adakah Melayu yang beragama ISLAM yang megaku ISLAM bertindak untuk menujukkan kemarahan dan kebencian kita terhadap penghinaan ini?Sama2 kita renungkan dan fikirkan seketika...

Pasa pendapat saya, media massa seperti surat khabar juga ada yang menghina islam secara tidak sengaja, dan juga mungkin penulis mahupun kartunis terlepas pandang.Ini bukti yang saya sebutkan diatas


Banggakah kita semua dengan apa yang terjadi kini? Ini hanyalah pandangan dan penialain saya sebagai rakyat yang sayangkan agama ISLAM dan juga negara sendiri. Jangan pula kita mengadaikan maruah kita dengan apa sekali pun. Teringat kata-kata cikgu yang mengajar dulu, "Kita telah bebas dan merdeka TAPI adakah kita telah merdeka dan bebas dari segi PEMIKIRAN dan EKONOMI?", sama2 kita fikirkan.

Khamis, 13 September 2012

Pilihanraya PRU13..Politik Malaysia

Pilihanraya PRU13 sudah tidak lama lagi..Alai Malaysiaku Tanah airku..Politik Malaysia yang sempit ini bermaian antara Perdana Menteri Malaysia, Ketua Pembangkang, Ketua Pemuda mahupun Ulamak...Politik adalah pelantar untuk menyatukan ummah bukannya memecahkan ummah yang terjadi sekarang?kemana nilai2 ISLAM yang ramai antara kita pegang selama ini...

Inilah kisah dan lagu sebuah permaianan POLITIK MALAYSIA..1MALAYSIA


Politik kita memang caca marba

Nampak kebelakangan ini, perbezaan politik bukan lagi membawa kepada pertarungan minda dan tawaran khidmat pengurusan pentadbiran yang lebih baik, tetapi pertarungan siasah di negara ini telah menyuburkan akhlak yang buruk dan kehilangan adab sopan. 

Ada yang kencing ke atas gambar pemimpin yang lain, ada pula yang baling kasut ke dalam masjid, tarian punggung dan pelbagai lagi. 

Para pemimpin politik kita ini mungkin terlalu sibuk berkempen sehingga lupa untuk mengajar adab sopan sebagai insan kepada para pengikut mereka.

Disiplin

Kehidupan ini bukan segala-galanya politik untuk kita menggadaikan segala adab dan kesopanan hanya kerana politik. 

Insan itu walau apapun kelemahan peribadinya, tetapi dia sepatutnya memiliki ketertiban dan kesopanan pergaulan yang diwarisi sama ada dari agama ataupun budaya.

Bahkan dalam Islam, dalam medan perang yang saling bunuh membunuh itu pun, adab dan akhlak yang baik dipertahankan. Disiplin mesti dipatuhi. 

Dalam hadis apabila Rasulullah SAW mengirimkan pasukan tentera maka baginda bersabda: 

"Keluarlah kamu (medan jihad) dengan nama Allah, perangilah di jalan Allah sesiapa yang kufur dengan Allah. Jangan kamu melanggar perjanjian, jangan kamu mengkhianati harta rampasan perang, jangan kamu rosakkan mayat, jangan kamu bunuh kanak-kanak dan ahli-ahli rumah ibadat". (Riwayat Ahmad, kata Ahmad Muhammad Syakir: "Sanad hadith ini hasan.")

Nilai pejuang rakyat itu apabila dia dapat mendisiplinkan dirinya dan menghiasi diri dengan budi dan sopan yang menyebabkan rakyat menjadikan ikutan. 

Justeru, kawalan diri sekalipun di hadapan musuh yang hendak membunuh antara nilai peradaban yang diajar oleh Islam.

Lihatlah apa yang Allah tegaskan kepada orang Islam yang berperang dengan musuh-musuh yang menyerang dan ingin membunuh mereka. 

Maksudnya: "Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas."(Surah al-Baqarah ayat 190).

Apakah politik ini lebih buruk dari medan perang darah sehingga kita hendak berlebih-lebih dalam perangai dan budi. Kita jangan lupa apa yang Nabi SAW bersabda: 

"Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Orang politik lupa, pengikut yang ‘kurang ajar' dan tidak beradab itu hari ini mereka biadap dengan musuh politik mereka, esok kebiadapan itu akan dihalakan pula kepada orang yang disokong pada hari ini.

Dalil agama ikut kehendak parti
Paling masalah apabila setiap pihak cuba bertindak membalas keburukan dengan keburukan. 

Jika kita berikan nasihat "mengapa awak londeh seluar kepada gambar pemimpin tertentu" maka akan ada yang menjawab "mereka lagi teruk, ada macam-macam lagi yang mereka pun buat".

Demikianlah puak-puak politik itu saling menghalalkan tindakan masing-masing atas nama keburukan lawan mereka. 

Apa yang pelik dalam masa yang sama masing-masing mendakwa mereka lebih baik dari lawan mereka. 

Malangnya, apabila tiba masalah budi perangai, masing-masing memakai piawai yang setaraf dengan pihak lawan ataupun lebih teruk. 

Itu belum lagi datang "geng agama" parti masing-masing yang akan mengeluarkan dalil untuk menghalalkan perangai buruk anggota dan penyokong masing-masing. 

Dalil agama dibaca bukan mengikuti kehendak Tuhan, tetapi kehendak parti!

Ustaz muda

Apatah lagi jika ada pula ulama atau ustaz muda mana-mana parti yang baru kenal politik sehari dua, dan mungkin ghairah hendak menjadi calon maka segala dalil dibawa, segala sirah Salafussoleh dibaca seakan-akan yang dipertahankan itu Abu Bakar al-Siddiq dan Umar al-Khattab. 

Dalil-dalil agama dipermainkan untuk kepentingan politik masing-masing. Apa yang terkena pada orang lain dibaca secara terang, yang terkena diri sendiri ditakwil dengan sejuta penafsiran. 

Jika parti lawan berkumpul untuk bantahan maka mereka namakan tunjuk perasaan dan dihukum haram. Kononnya, bukan amalan salafussoleh. 

Jika geng parti sendiri berkumpul dinamakan menyuarakan pendirian, hukumnya halal. Dimasukkan dalam amar makruf dan nahi mungkar. 

Maka perhimpunan di Kuala Lumpur oleh parti lawan sibuk diharamkan dengan segala fatwa, tetapi di Jeli dan Gua Musang oleh parti sendiri didiamkan. 

Jika pemimpin kerajaan parti lain yang buat silap, ditegur dalam media dan ditulis surat terbuka. 

Namun jika pemimpin kerajaan parti sendiri buat salah, difatwakan haram bercakap kesalahan pemimpin di khalayak ramai, kena berbisik di telinga mereka. 

Dalil-dalil agama dan nama salafussoleh dikhianati atas kedangkalan pengetahuan, ataupun kepentingan politik ‘orang muda agama'. 

Maka tidak pelik jika Allah menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya seperti anjing. Firman Allah: 

"Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. 

"Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. (Surah al-A'raaf: 175-176)

Fatwa artis
Di celahan itu yang menarik hari ini artis-artis yang baru masuk politik sehari dua pun seakan sudah menjadi ‘sarjana Islam'. Mula mengeluarkan hukum ke atas orang lain. Sambutannya hebat. 

Modalnya bukan ilmu, tapi ‘wajah dan penampilan' yang memikat penganjur. Jika ‘ustaz' dibayar seratus dua, tetapi artis yang bercakap Islam dibayar beberapa ribu ringgit satu ceramah. 

Namun jika artis lelaki, ataupun artis wanita yang ‘kurang comel', tidaklah seberapa sambutan dan bayarannya. 

Kita hendaklah tahu seperti yang disebut oleh para sarjana Islam, bab politik islami bukan mudah untuk dihuraikan. Politik memerlukan kefahaman tentang maslahah dan maqasid syarak. 

Suatu ilmu yang memerlukan banyak latar pengetahuan yang baik. Namun, jika artis masuk parti politik, segala kesarjanaan itu seakan diberikan kepadanya. Ini memang tanda-tanda akhir zaman. 

"Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal -dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu 'al-Ruwaibidoh'. 

Para sahabat bertanya: "Siapakah al-Ruwaibidoh?" Sabda Nabi SAW: "Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai)." 

Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya'la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih dan ini disetujui oleh Al-Zahabi.

Bukan salah artis berceramah dan berkongsi pengalaman. Mereka yang berubah memang dialu-alukan. Namun setiap orang kena tahu kadar pengetahuannya mengenai apa yang dia perkatakan. Jangan cepat simpulkan hukum sedangkan anda bukan ahlinya.

Apa pun, politik kita memang ajaib. ‘Macam-macam ada' dan semua boleh. Dulu ada orang cakap, asal barang jadi duit, kita ambil. Hari ini, asal barang jadi politik, kita angkut!

Sumber : Malaysiakini

Support Me