Selasa, 22 Julai 2014

Peperiksaan Online Pen.Penguasa Kastam W27

Peperiksaan Online Pen.Penguasa Kastam W27
Siapa dapat SMS dari SPA???




RM0.00:SPA: Anda dijemput menduduki peperiksaan online Pen.Penguasa Kastam W27 pd 5.8.2014(Selasa) jam 9 pg. Sila semak emel & portal SPA utk maklumat lanjut.

Salinan untuk rujukan..
Sila layari web SPA Di Sini
Skrool kebawah dan klik pada pautan ini Di Sini
Klik pada pautan Pen.Penguasa Kastam W27
Sila masukkan Kad Pengenalan Anda

Anda dijemput untuk membuat ulangkaji dan menyemak Panduan Contoh Soalan Exam Pen. Penguasa Kastam W27



Tugas Kerja :



Kumpulan: Sokongan
Kem/Jab: Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja Malaysia
Jadual Gaji:
GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,367.00RM5,098.00RM145.00
Syarat Lantikan:
i.Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
[ Gaji Permulaan: RM1,367.00 ]
ii.Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
[ Gaji Permulaan: RM1,367.00 ]
iii.Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan: RM1,667.08 ]
iv.lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguasa Kastam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred W27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i.mempunyai kelayakan seperti di atas; atau
ii.lulus Peperiksaan Khas; dan 
iii.berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas :
i.Menyediakan laporan-laporan harga serta menyelenggara doket-doket harga agensi, surat-surat pekeliling Jabatan, surat-surat jaminan bank.
ii.Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi tujuan pungutan duti.
iii.Mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai, memproses permohonan-permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jualan.
iv.Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan dalam stor-stor pencegah.
v.Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai jualan dipatuhi.

menyelenggara penyata-penyata bayaran cukai jualan/cukai perkhidmatan/kad-kad lejer bayaran-bayaran cukai pelesenan dan menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan perkastaman yang lain.



Sumber : SPA




Teknik Menjawab Soalan Temuduga

Artikel Terkait