Selasa, 2 April 2013

PENOLONG PENGUASA PENJARA GRED KX27

Dalam diam kena panggil untuk pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan untuk Penolong Penguasa Penjara...





Tuan/Puan, 

PEMERIKSAAN FIZIKAL, PANCAINDERA DAN KECERGASAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PENGUASA PENJARA GRED KX27 

Dengan segala hormatnya tuan/puan dijemput menghadiri sesi Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan bagi jawatan tersebut di atas. 

TARIKHPEPERIKSAANSEKSYENDARIHINGGA
16/04/2013PEMERIKSAAN FIZIKAL-08:00 PAGI11:00 PAGI


Calon yang LULUS dalam Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan sahaja akan menduduki Peperiksaan bertulis pada hari yang sama. Sila bawa pensil 2B dan pemadam. 

TARIKHPEPERIKSAANSEKSYENDARIHINGGA
16/04/2013(PEPERIKSAAN BERTULIS : OBJEKTIF)
PENGETAHUAN AMA02:30 PETANG03:10 PETANG
DAYA MENYELESAIKAN MASALAHB03:30 PETANG04:15 PETANG
PENAKSIRAN PERSONALITIC04:30 PETANG05:00 PETANG

TEMPAT : 

JABATAN PENJARA MALAYSIA PENGKALAN CHEPA (B) 
JALAN MAKTAB, 

16109 PENGKALAN CHEPA 
KELANTAN 

2.   Calon yang lulus Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan sahaja perlu hadir dalam sesi Temu Duga yang akan dijalankan pada hari berikutnya. 

3.   Sila rujuk maklumat mengenai Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan,Peperiksaan Bertulis dan senarai semak dokumen yang perlu dibawa oleh calon temu duga seperti di Lampiran

4.   Bagi urusan pengambilan ini, kemudahan penginapan untuk calon tidak disediakan. 

5.   Calon tidak hadir TIDAK AKAN disenarai hitam oleh SPA. Calon boleh menyemak keputusan melalui Portal SPA. Di www.spa.gov.my mulai 16.5.2013. 

Sekian,terima kasih. 

'BERSAMA MENGGALAS TRANSFORMASI' 

Urus Setia Bahagian Peperiksaan 
b.p Setiausaha 
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 
Aras 6-10, Blok C7, Kompleks C, 
Pusat Pentradbiran Kerajaan Persekutuan, 
62520 PUTRAJAYA. 
Tel : 603 8885 6000 
Faks : 603 8888 5042 


Kumpulan: Sokongan
Kem/Jab: Jabatan Penjara
Jadual Gaji:
GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,373.11RM4,451.85RM145.00
Syarat Lantikan:
i.a)Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
[ Gaji Permulaan: RM1,373.11 ]
b)Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan setaraf dengannya; atau
[ Gaji Permulaan: RM1,373.11 ]
c)Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan: RM1,673.91 ]
ii.mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
a)tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
b)berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
c)mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
d)lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap;
e)pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
f)diperiksa dan diperakui sihat oleh pengamal perubatan berdaftar; dan
iii.lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan :
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Penjara adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Penolong Penguasa Penjara Gred KX27 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i.mempunyai kelayakan seperti di atas; atau
ii.lulus Peperiksaan Khas; dan 
iii.berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas :
Bertanggungjawab sebagai Ketua Unit, menyelaras pengurusan keselamatan sesebuah institusi, menyelaras prosedur penahanan dan pelaksanaan hukuman, menyelaras program-program pemulihan sebagaimana yang diarahkan oleh pihak pengurusan tertinggi institusi dan memastikan penghuni-penghuni diberi layanan yang adil selaras dengan undang-undang dan peraturan yang diperuntukkan.



Artikel Terkait