Memaparkan catatan dengan label berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita. Papar semua catatan

Isnin, 29 Februari 2016

Untuk Dijual : Kawasaki Ninja SE 250

As salam semua...

Ada sahabat AM nak jual murah-murah motorsikal Kawasaki NINJA SE 250 tahun 2012..

Ada sesiapa yang berminat ke???

Detail seperti di bawah nie ya..


·                     Tipe: 4-Langkah / Tak, Pendinginan Air, Dua Buah Sejajar
·                     Maksimum Power: 23.5 kW {32 PS} / 11,000 RPM
·                     Torsi Maksimum: 21.0 n-M {2.1 KGF-M} / 10,000 RPM
·                     Volume Silinder: 249 cm3
·                     Sistem Bahan Bakar: Fuel Injection Sistem (o28 mm x 2) dengan katup Throttle           Ganda
·                     Sistem Pengapian: Digital
·                     Jumlah Transmisi: 6-speed, return shift
·                     Suspensi Depan: 37 mm telescopic fork
·                     Suspensi Belakang: Uni-Trak Sistem dengan Model Gas-Shock dan 5-tingkat                penyetelan
·                     Rem Depan: Tunggal disc berdiameter 290 mm dengan kaliper dual-piston With            ABS
·                     Rem Belakang: Tunggal disc berdiameter 220 mm dengan kaliper dual-piston                With ABS
·                     Ban Depan: 110/70-17 M/C (54S)
·                     Ban Belakang: 140/70-17 M/C (66S)
·                     Panjang x Lebar x Tinggi: 2,010 x 715 x 1,110 mm
·                     Jarak Poros Roda: 1,400 mm
·                     Jarak ke Tanah: 785 mm
·                     Berat: 174 kg (ABS model)
·                     Kapasitas Bensin: 17 liter

Gambar motorsikal Kawasaki Ninja SE 250

Kawasaki Ninja SE 250

Kawasaki Ninja SE 250

Kawasaki Ninja SE 250

Kawasaki Ninja SE 250



Harga : RM 12 000 ( Nego sampai jadi beli)

Hubungi En Din 019 9664192



Selasa, 2 Jun 2015

6000 kakitangan MAS ditamatkan kontrak

Malaysia Airlines

SEPANG – Penerbangan Malaysia (MAS) telah menghantar surat penamatan perkhidmatan kepada 20,000 kakitangannya pada Isnin dan daripada jumlah itu kontrak 6,000 pekerja akan ditamatkan manakala 14,000 lagi ditawarkan bekerja dengan syarikat baharu Malaysia Airlines Bhd group (MAS Bhd).

Ditamatkan kontrak

MAS akan kekal sebagai syarikat penerbangan perkhidmatan penuh dan bukan sebagai syarikat penerbangan serantau. Ia juga akan mengekalkan semua laluan domestiknya.
MAS Bhd akan dibahagikan kepada tiga divisyen iaitu operasi, fungsi sokongan dan pembangunan dan pelajaran menerusi 12 anak syarikat.
Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Christoph Mueller dalam taklimat pada Isnin berkata, divisyen operasi turut membabitkan MAS Wings, Firefly dan MAS Kargo.
Di bawah divisyen fungsi sokongan, terdapat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih, MAS Holiday dan Enrich.
Bagi divisyen pembangunan dan pembelajaran, ia melibatkan Akademi Penerbangan Malaysia, latihan kejuruteraan, latihan penerbangan dan laithan operasi.
MAS Bhd mencatatkan jualan sejuta tiket penerbangan setakat ini.
Di bawah tiga fasa pemulihan syarikat penerbangan itu, peringkat pertama akan mulai 2015 sehingga 2017/2018 dengan perkembangan dijangka bermula pada 2017/2018.

Nota : Terpaksa mengikut perkembangan MAS kerana isteri AM juga bersama Firefly. Firefly masih lagi anak syarikat dibawah MAS.
Rujukan : Mynewshub

Rabu, 11 Februari 2015

Kes Liwat ll Anwar Ibrahim : Ucapan Anwar dalam kamar perbicaraan


Anwar Ibrahim sekali lagi di jatuhkan hukuman penjara 5
tahun kerana didapati BERSALAH kerana MELIWAT 
saiful. Dibawah ucapan Anwar Ibrahim selepas dijatuhi 
hukuman.

anwar bersalah meliwat

Ucapan Anwar dalam kamar perbicaraan :
Saya kekal dengan pendirian tidak bersalah ke atas pertuduhan jelek ini- insiden ini tidak pernah berlaku.
Ini merupakan satu fabrikasi lengkap yang terhasil daripada satu konspirasi politik untuk menamatkan kareer politik saya.

hakim liwat anwar ibrahim

Kalian tidak langsung memberikan pertimbangan sewajarnya ke atas fakta kes yang diketengahkan oleh peguam saya sebermula hari pertama lagi – betapa insiden ini tidak pernah berlaku sama sekali.
Saya mampu memandang ke hadapan, tetapi melihat kepada kenyataan anda hari ini, nyata sekali ia sia-sia. Kelihatan seperti saya diperlekeh sekali lagi sebagaimana yang berlaku di Mahkamah Rayuan, dan ia terus dilakukan di sini selepas kami mengharungi ranjau perbicaraan selama 8 hari!
Bukan satu kebetulan bagaimana Pejabat Perdana Menteri mampu mengeluarkan kenyataan bertulis penuh atas keputusan kalian hanya beberapa minit selepas kalian menyampaikan penghakiman sebelum menjatuhkan hukuman.
Tatkala tunduk patuh pada perintah penguasa politik, kalian telah menjadi sebahagian daripada rakan kongsi dalam jenayah pembunuhan integriti dan kebebasan kehakiman. Kalian telah menggadaikan jiwa kalian kepada syaitan, menukarganti hati nurani kalian dengan keuntungan materialistik dan kesenangan serta jaminan jawatan.

anwar liwat saidul

Kalian mempunyai kesempatan terbaik untuk menebus kekhilafan – dengan memperbetulkan kesalahan masa lalu dan meletakkan kehakiman atas paksi yang benar serta mengukir nama kalian untuk anak-cucu kalian kenangi sebagai pembela keadilan yang sebenar-benarnya.
Akan tetapi kalian memilih untuk kekal di sisi gelap dan menenggelamkan moral kalian dalam kancah kepalsuan dan tipu muslihat. Apakah kalian tahu betapa kalian kini sedang bergelumang kekotoran dan penipuan lantas ketidakadilan tersebut akan menyelinap di setiap sudut Istana Kehakiman ini, dan saya bersimpati kepada kalian.
Benar, kalian telah menghakimi saya – dan saya akan, untuk ketiga kalinya, melangkah ke penjara, tapi ketahuilah yang saya sama sekali tidak akan tunduk. Cahaya kekal menyinari saya.
Tetapi kalian yang harus berasa malu tatkala kalian akan dinilai sejarah sebagai pengecut terulung atas nama kemanusiaan. Dengan kedudukan dan kuasa kehakiman yang tinggi, kalian membungkam begitu rendah untuk diperalat oleh penguasa politik.
Mahasiswa undang-undang dan kalangan professor jurispruden akan meneliti penghakiman kalian dan di saat mereka membedah alasan serta keputusan kalian, kredibiliti dan integriti kalian akan dicarik halus. Di saat itu kalian akan didedah sebagai perekayasa yang memakai jubah kehakiman hanya untuk memperlekeh keadilan.
Jangan sesekali kalian lupa, sebagaimana kita semua, kalian juga harus menjawab kepada Sang Pencipta. Kalian harus menjawab kenapa kalian berpaling daripada prinsip-prinsip yang telah kalian lafaz dan sumpah untuk ditegakkan.
Mereka yang datang ke kamar mahkamah perlu menunduk hormat dan memanggil kamu sebagai Yang Arif, tetapi tidakkah kamu tahu bahawa satu hari nanti kamu juga perlu menjawab kepada Yang Maha Arif? Di saat itu kamu memerlukan lebih daripada tunduk hormat untuk menghuraikan mengapa kamu dengan sengaja melanggar perintah Allah melalui Ayat 58 Surah An-Nisa.
Melangkah ke penjara, saya anggap sebagai satu pengorbanan buat rakyat Negara ini Saya telah berjuang hampir seluruh kehidupan saya demi rakyat Negara ini – dan demi rakyat jugalah saya bersedia untuk ke penjara dan menghadapi sebarang bentuk akibat.
Perjuangan saya akan diteruskan, ke mana saja saya dihantar dan apa jua yang diperlakukan ke atas saya.
Kepada sekalian sahabat dan rakyat Malaysia, izinkan saya merakamkan penghargaan jauh dari sanubari saya atas setiap dokongan yang telah diberikan. ALLAH SWT menjadi saksi, saya berjanji tidak akan didiamkan, saya akan berjuang untuk kebebasan dan keadilan dan saya tidak akan menyerah!
ANWAR IBRAHIM
10 FEBRUARI 2015

Selasa, 10 Februari 2015

Berebut Awek Cun punca lepas tembakan

Berebut gadis ‘pose’ manja punca lepas tembakan

ADILA SHARINNI WAHID
9 Februari 2015
Pistol yang dirampas dari ketua kumpulan yang terdiri daripada lima orang.

melayu boleh


KOTA BHARU - 'Pose' manja seorang gadis 23 tahun di laman sosial Facebook menjadi rebutan hingga menyebabkan berlaku insiden tembakan di hadapan sebuah restoran di Jalan Kebun Sultan, di sini, awal pagi tadi.
Gadis berasal dari Kota Bharu itu pada mulanya muat naik gambar-gambar manja di laman sosial berkenaan hingga menjadi kegilaan dua kumpulan terdiri daripada lima dan tujuh orang yang mahu memilikinya.
melayu boleh

Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, dua kumpulan itu kemudian mengadakan perbincangan di restoran tersebut sebelum gadis terbabit mengambil keputusan memilih untuk mengikut kumpulan yang terdiri daripada tujuh orang berkenaan.
"Berang dengan keadaan itu, seorang daripada anggota kumpulan lima orang terbabit melepaskan dua atau lebih das tembakan ke kereta jenis Alza yang dinaiki kumpulan tujuh orang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, sebentar tadi.
Bagaimanapun tidak sampai lima jam selepas kejadian, kesemua mereka ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971. "Sepucuk pistol jenis Steyr Malnnlicher (made in Australia) berisi tiga peluru hidup dan dua kelongsong dirampas.

Steyr Mannlicher

"Kesemua suspek berusia 20 hingga 27 tahun dan gadis terbabit akan direman di mahkamah pagi esok," katanya.
Mungkin ini bakal terjadi jika tiada undang-undang HUDUD di Malaysia?? Sudah sampai masanya untuk kita umat ISLAM kembali kepada Ajaran ISLAM yang sebetul-betulnya.
Masih ingat artikel AM yang lalu mengenai Gadis Dirogol Selepas Dipaksa Minum Arak atau kita sanggup sekali lagi membaca Gadis Dirogol Oleh 8 lelaki. 

Ulasa AM : Sudah tak ada kerja lain ke anak dara dan teruna Melayu kita sekarang??? Awek cun bukan sorang dan gadis melayu bukan sorang.. Yang mendedahkan aurat juga yang dipilih oleh lelaki..
Nak buat bini sudah pasti nak bertudung labuh dan sopan santun. Ini dah la mendedahkan aurat dan pose yang mengiurkan lelaki, adakah awek cun ini sekadar peneman dikala kesunyian lelaki???

Nota Kaki : AM ambil dalam aplikasi Whatsapp sahaja..

Selasa, 20 Januari 2015

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Dimasukkan Ke HUSM

Sejak kebelakangan ini kuat menyatakan TGNA atau Tuan Guru Nik Abdul Aziz tenat dan sebagainya..



Sekarang TGNA sudah berumur dan sedikit penat..Kebanyakkan masa di habiskan di rumah untuk berehat dan meminta tidak dilawati oleh sesiapa..

Dibawah ini Whatsapp yang saya terima yang telah dikongsi di group KLIK oleh seorang sahabat daripada salah seorang anak TGNA iaitu Nik Mohamad Abduh



Semoga dengan kenyataan ini dapat menutup segala cakap-cakap dan tuduhan orang-orang yang memusuhi TGNA yang menyatakan TGNA tenag atau pun nazak sekarang...

Jika kita semakin uzur dan semakin tua pasti kita juga sentiasa akan berulang alik ke hospital dan anak-anak mahupun cucu-cucu pasti akan datang melawat kita nanti..

Sama-sama kita doakan TGNA akan sihat dan selamat. Perkongsian ini bukanlah satu kenyataan RASMI oleh pihak TGNA dan keluarga.


Isnin, 12 Januari 2015

Pakej Fotografi Murah Di Kelantan..

Pakej Fotografi Murah di Kelantan kini kembali dengan pakej-pakej yang lebih menarik dan istimewa..

AM bukan la seorang yang pandai alam bidang ini TETAPI AM mempunyai sahabat yang menceburi dalam bidang fotografi PERKAHWINAN dan beliau juga mempunyai blog yang banyak menceritakan gambar-gambar perkahwinan pelanggang-pelanggan...

Di bawah ini antara contoh-contoh PAKEJ dan gambar pengantin...



Bukan sahaja sekadar mengambil gambar pengantin tetapi editing dan penyusunan gambar-gambar juga dilakukan dengan sendiri..

Lagi contoh-contoh gambar pengantin yang dirakam oleh beliau..




Dibawah ini AM sediakan sedikit antara pakej yang ditawarkan oleh beliau dan sahabat-sahabat juga boleh berkunjung blog beliau sendiri DISINI

OUTDOOR!!!

Harga Pakej Adalah Sebagaimana Berikut:

PAKEJ LIMITED SHOOT

Pakej 1 Sticky
Satu majlis RM 330
4R x 40 kpg
8RW x 1 berframe


Pakej 2 Sticky
Dua majlis RM 480
4R x 80 kpg
8R x 1 berframe
8RW x 1 berframe

Pakej 3 Sticky
Dua majlis + FREE Outdoor RM 580 (hari yang sama)
4R x 120 kpg
8R x 2 berframe
8RW x 1 berframe

Pakej 4 Sticky
Tiga majlis + FREE Outdoor RM 800 (hari yang sama)
Majlis akad, sanding dan bertandang.
4R x 140 kpg
8R x 2 berframe
8RW x 2 berframe

Pakej 5 Custom Album Crystal Cover RM 800.
Item sama dengan Pakej 3.

Pakej 6 Shoot N Burn
Foto tidak diprint tetapi diburn ke dalam DVD
1 Majlis RM250, 2 Majlis RM 350
2 Majlis + Outdoor RM350 (hari yang sama)

AM berharap dengan sedikit catatan ini para sahabat AM dapat sedikit ilmu dan menilai hasil kerja sahabat AM sorang ini....

Khas buat sahabat2 AM yang disayangi..Yang bakal bergelar suami dan isteri WAJIB memiliki Tips Rumahtangga ini

Ahad, 11 Januari 2015

Bertudung Cantik Tapi Dimana Maruah Adik?? Tips Menjadi Anak Soleh...

Bertudung labuh dan  adik cantik tapi sanggup menyerah untuk dipeluk dan dicium oleh artis Kpop...

Bagaimana mungkin ini terjadi jika bergelar Anak Solehah dan Solehah... Menjadi Viral dan Popular beberapa adik kita nie.. Kesian mak dan ayah mendapat nama dan MALU...


AM pun tak tahu waktu mana dan begitu suka suki adik2 apabila dapat dipeluk dan dicium..Mungkin adik2 lupa akan nasihat mak dan ayah dan cikgu2..

Adakah adik lupa bahawa bersentuh antara kulit dan kulit antara bukan MAHRAM adalah HARAM di dalam ISLAM...

Adakah pada IC sahaja ISLAM tetapi realiti adik2 bukan menganut agama ISLAM???

Dimana salah dan silap kita BANGSA MELAYU yang mengaku ISLAM???

Adakah ISLAM pada NAMA dan IC sahaja????

Sama2 kita berdoa semoga kejadian ini tidak berulang lagi.. Kepada adik yang TERPAKSA menjadi Viral semoga adik bertaubat dan kembali kepada ISLAM dan menjadi ANAK SOLEHAH..

Kepada IBUBAPA yang mencari Tips  Untuk Anak Soleh boleh dapat Tips DISINI


Khamis, 30 Januari 2014

Ujian Pemeriksaan Fizikal Eksesais Pengambilan Jawatan Sarjan (Lelaki/Wanita) 1/2014

Siapa yang dapat Surat Ujian Pemeriksaan Fizikal Eksesais Pengambilan Jawatan Sarjan (Lelaki/Wanita) 1/2014 bagi Negeri Kelantan???Mai kita bincang2 disini...

Surat yang diterima tadi dan perlu di ambil di Balai Polis Binjai, Kubang Kerian....

nak berjaya dalam temuduga ini?? Baik dapatkan Rahsia Bijak Temuduga

Ini pula syarat dan bidang tugas sebagai Pegawai Sarjan dalam SPA

KLASIFIKASI:SARJAN (LELAKI / WANITA)
KUMPULAN PERKHIDMATAN:SOKONGAN
GRED GAJI/JAWATAN:
YA 5
JADUAL GAJI:
PERINGKATGAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
P1
P2
P3
RM1,710.39
RM1,821.06
RM1,935.62
RM3,675.74
RM3,852.49
RM4,033.13
RM150.00
SYARAT LANTIKAN1.
Syarat permohonan bagi jawatan Sarjan adalah mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 25 Tahun 2009 seperti berikut:-
(a)Terdiri dari warganegara Malaysia;
(b)Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
(c)Kelayakan akademik :
i)Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan P1 : RM1,710.39 ] atau
ii)Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan P1 : RM1,710.39 ] atau
iii)Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan P1 : RM1,817.18 ] dan
iv)Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(c)Kelayakan fizikal :
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
i)Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m (lelaki) dan 1.57m (wanita) tanpa bersepatu.
ii)Berat badan sekurang-kurang 50kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48kg.
iii)Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
iv)Ukuran lilitan dada biasa 81cm (normal) dan semasa menarik nafas 86cm (lelaki sahaja).
v)Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V / 6 / 9 tanpa mengguna alat bantuan.
vi)Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
vii)Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.
DESKRIPSI TUGAS2.Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di jabatan pengurusan, jabatan siasatan jenayah, jabatan keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam, jabatan logistik, jabatan siasatan jenayah narkotik, cawangan khas dan jabatan siasatan jenayah komersil. Antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.

Sumber : SPA

Khamis, 2 Mei 2013

PRU13 : Gelora Nafsu Selepas Mengundi Awal

Macam-macam terjadi dekat dengan PRU13 nie antaranya Penjawat awam yang tak dpat menahan gelora nafsu nak bersama pasangan selepas mengundi awal...



BATU PAHAT - Seorang penjawat awam wanita  ditahan bersama pasangannya di salah sebuah hotel bajet  sekitar daerah ini dalam  operasi cegah maksiat, awal pagi semalam.

Wanita terbabit yang  bekerja di utara tanah air merayu kepada Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) Daerah Batu Pahat supaya tidak ditahan  dalam serbuan itu.

Dia turut mengaku baru sahaja selesai melaksanakan undian awal bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan memberi alasan bimbang untuk pulang sekaligus mendorongnya mendaftar masuk hotel bajet berkenaan bersama teman lelakinya.
“Kes ini akan melibatkan kerjaya saya. Tak bolehkah kita 'settle' tepi bang,” katanya.

Timbalan Penguatkuasa JAIJ Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, wanita berusia 20an itu  didapati berada dalam keadaan yang mencurigakan bersama pasangannya.

Menurutnya, anggota dan pegawai penguatkuasa juga terpaksa menunggu beberapa minit sebelum pasangan berkenaan membuka pintu bilik hotel bajet tersebut.

“Semasa pintu bilik berkenaan dibuka, kami menemui seorang lelaki hanya memakai tuala, manakala pasangannya memakai pakaian lengkap.

“Pemeriksaan lanjut  mendapati, mereka ini tidak mempunyai hubungan yang sah dan turut menyatakan baru sahaja berkenalan sekitar enam bulan lalu serta berhasrat  untuk bernikah.

“Pada awalnya, pelbagai alasan diberikan pasangan itu terutama wanita terbabit  kerana bimbang penahanan itu akan memberi kesan  kepada kerjayanya sebagai  penjawat awam,” katanya.

Saiful Ariffin berkata, pasangan terbabit ditahan untuk tindakan selanjutnya kerana berada dalam keadaan berkurung di dalam bilik hotel dan melakukan perkara yang mencurigakan.

Jelasnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika disabitkan kesalahan kedua mereka bakal berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua- duanya sekali.

“Pasangan berkenaan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi proses dokumentasi sebelum ditahan bagi siasatan lanjut sebagai pengajaran kepada mereka.

“Semua pihak dinasihatkan tidak melakukan maksiat atau berada dalam keadaan mencurigakan bagi mengelak ditahan. JAIJ akan terus mengadakan lebih banyak serbuan dan pemeriksaan bagi memastikan daerah ini bebas  daripada maksiat,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Selasa, 30 April 2013

PRU 13 : Isu Tanah RM10 juta Didakwa Milik YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat


GEMPAK.. Datuk Ibrahim Ali mendakwa YAB TGNA ada tanah bernilai RM 10 juta sekitar Kota Bharu, Kau peduli apa si katak??? Kau punya harta pun banyak juga kan...




Isu Tanah RM10 juta : Bunga Raya Layu Sebelum Kembang

Saya membaca lontaran fitnah daripada calon Bebas di Parlimen Pasir Mas yang bertanding menggunakan logo Bunga Raya, Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa kononnya Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memiliki tanah bernilai RM10 juta di Bandar Baru Tunjong. Ia disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini 30 April 2013.

Saya kira Ibrahim Ali tidak lebih nilainya daripada sekuntum bunga raya yang sedang layu sebelum berkembang. Ia sudah buruk di tangkai dan menunggu jatuh untuk dipijak-pijak sebelum dilupakan daripada kamus politik rakyat Malaysia. Dalam misi untuk menjatuhkan lawan di Pasir Mas yang merupakan anakanda kepada Menteri Besar Kelantan, Ibrahim Ali menggunakan strategi kotor yang semenangnya sudah sinonim dengan perjuangan politiknya semenjak zaman muda lagi. Generasi lama pastinya tidak lupa insiden demonstrasi di Kota Bharu pada akhir tahun 70-an yang melibatkan peristiwa bakar tayar yang mengakibatkan berlakunya peristiwa Mageran di Kelantan. Siapa lagi dalangnya jika bukan calon Bunga Raya ini?

Dalam isu pemilikan tanah yang dihebohkan ini, perlu dinyatakan kesemua 14 lot tanah tersebut adalah milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang mana ia dibeli oleh PMBK secara terus daripada orang perseorangan antara tahun 2006 sehingga tahun 2007. Kesemua tanah tersebut berada di dalam kawasan Tanah Rezab Melayu dan di atas pegangan hakmilik selama-lamanya (perpetuity).
Di dalam definisi ‘Melayu’ sebagai syarat untuk memiliki tanah Rezab Melayu di Kelantan, institute PMBK tidak ditakrifkan sebagai Melayu. Inilah yang termaktub di bawah Seksyen 13A Enakmen Rizab Melayu Kelantan 1930 dan Seksyen 104 Enakmen Tanah Kelantan 1938.

Dalam situasi pemilik asal tanah ingin mendapatkan segera bayaran daripada pembeli yang terdiri daripada pelbagai badan korporat, PMBK mengambil pendekatan untuk mempercepatkan proses pindah milik bagi memudahkan sebarang usaha memajukan tanah dapat dilaksanakan segera. Justeru pada tahun 2007, PMBK membuat keputusan agar Menteri Besar Kelantan selaku Pengerusi PMBK dinamakan sebagai Pemegang Amanah bagi kesemua 14 lot tanah tersebut bagi pihak PMBK.

Bagi mengesahkan keputusan tersebut satu Surat Ikatan Amanah (Deed Trust) bertarikh 5 November 2007 telah dimeterai antara PMBK dan YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. Surat ini mensyaratkan bahawa YAB Tuan Guru selaku Pemegang Amanah wajib melepaskan pegangan tanah tersebut pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh PMBK. Ia berkuatkuasa sehingga ke saat ini. 




Berasaskan kepada fakta-fakta ini, YAB Tuan Guru bukanlah pemegang pemilik sebenar bagi 14 lot tanah seluas 4.4 ekar (1.76 ekar) sebagaimana yang didakwa oleh calon Bunga Raya. Beliau hanyalah pemegang amanah bagi pihak PMBK. Bila-bila masa hak pemilikan ke atas tanah tersebut boleh dituntut oleh PMBK.

Dengan penjelasan ini, saya kira kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh calon Bunga Raya tersebut dapat dijernihkan. Seeloknya saya nasihatkan calon Bunga Raya agar dapat mencari strategi yang lebih bersih dan jernih untuk menang. Janganlah pula kerana maruah jatuh di mata Tun Mahathir kerana hanya berjaya mengerah 200 orang sahaja dua hari lepas, beliau meracau bagaikan hantu raya mencari mangsa sehingga terlupa telur yang ditelan ialah telur buaya bukannya telur ayam.

Sekian.
Ahmad Fadhi bin Shaari,
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Bertarikh : 30 April 2013

MasterChef Selebriti 2 : Zain Saidin Dipergunakan???

Zain Saidin dipergunakan dalam rancangan MasterChef Selebriti 2? Anda percaya ke atau ini sekdar menaikkan rating penonton untuk rancangan di Astro Prima ini???




BERTEPATAN dengan tema, Bila Dapur Menjadi Panas, Watak Lain Menjadi Jelas, rancangan MasterChef Selebriti 2 (MSM2) semakin ‘panas’ dengan aksi setiap peserta.

Bagi penonton setia rancangan ini, pastinya terkejut dengan tindakan pelakon Oh My English!, Zain Saidin.

Disingkirkan dari gelanggang MSM2 apabila ‘pancakenya’ gagal menambat hati juri, Zain turut mempertikaikan tindakan juri yang dilihat tidak adil dalam pertandingan.

Menerusi Zass, kekasih kepada aktres cantik, Rozita Che Wan atau Che Ta ini mengakui penjelasannya di pentas penyingkiran itu hanyalah luahan hati setelah memerhatikan situasi berkenaan sejak di awal pertandingan.

“Tidak semua babak yang berlaku dipertontonkan secara umum. Banyak yang dipotong dan diedit sehingga menampakkan saya begitu biadab dan jahat.

“Saya dipergunakan dan dijadikan watak jahat dalam drama ini. Saya akui, rancangan ini separuh real, separuh drama. Namun, banyak kata-kata ‘pedas’ juri dibuang dan kelantangan saya menyerlah.

“Saya tidak kecewa apabila disingkirkan kerana saya tahu setakat mana kemampuan saya, namun saya tidak suka bila ada unsur-unsur ketidakadilan dalam pertandingan,” katanya yang menolak dakwaan iri hati terhadap Pak Nil (Datuk Aznil Nawawi).

Menurut Zain, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Pak Nil dan tetap menghormati selebriti itu.

“Saya menyuarakan rasa tidak puas hati bukan kerana iri hati dengan Pak Nil atau peserta lain.

“Saya cuma mengingatkan juri mengenai proses penjurian. Saya tidak kisah untuk berkongsi barang bersama kerana kami memang dalam satu keluarga besar.

“Namun, saya lihat ianya tidak adil kerana juri yang juga chef hanya membiarkan Pak Nil mengambil nasi daripada Kenchana Dewi sedangkan sebelum ini kami telah diingatkan untuk menggunakan bahan sendiri,” katanya yang mengakui sudah berdamai dengan Chef Adu, Chef Joe dan Chef Zubir.


Didesak sertai MSM 2

Mengakui pada awalnya menolak untuk menyertai pertandingan ini, Zain memberitahu, dia dipaksa pihak produksi untuk sama-sama memeriahkan dapur MSM 2 bersama Che Ta.

Katanya, dia terpaksa menolak tawaran lakonan dan bersetuju untuk turut sama dalam MSM 2.

“Saya memang tak nak masuk MSM 2 kerana saya tiada kemahiran memasak. Mereka mahu saya masuk kerana kisah percintaan saya bersama Che Ta.

“Namun, saya tidak sangka ia bukan sekadar pertandingan. Sejak awal lagi saya sudah nampak sikap juri yang tidak adil.

Namun, sebelum ini, saya tidak berpeluang untuk bercakap.

“Saya mengeluarkan pendapat itu bukan kerana kepentingan peribadi kerana perkara ini turut diberitahu peserta lain termasuk Pak Nil. Saya berharap, selepas ini mereka lebih telus dalam menghakimi masakan tanpa memandang siapa selebriti itu,” katanya yang tidak kisah mengenai pandangan masyarakat mengenainya.



Hubungan bersama Che Ta tergugat?

Akibat tindakan Zain di dapur MSM2, Che Ta juga turut diheret dalam kontroversi tersebut.

Malah, ada yang beranggapan, tindakan Zain yang kurang matang dan ego itu bakal meranapkan hubungan yang dibina bersama kekasihnya.

“Kenapa pula nak babitkan Che Ta dalam hal ini? Che Ta sendiri tahu perangai saya dan saya hanya bersuara apabila ada perkara yang tidak betul.

“Sepanjang bersama Che Ta, saya tidak pernah marah dia ataupun berkelakuan tidak elok. Saya tidak kisah apa yang orang cakap kerana kami tahu apa yang berlaku.

“Saya dan Che Ta ok saja dan rakaman itu dibuat sebulan lalu. Hubungan saya dengan juri dan Pak Nil juga sudah seperti sedia kala,” katanya.


Sumber : Sinar Harian

Rabu, 24 April 2013

Wanita Disembelih..Dimana Dunia ISLAM???

Wanita di syiah di sembelih dan di bunuh lagi teruk mereka juga dibakar hidup-hidup oleh rejim Basyar. Persoalannya dimana negara islam yang memperjuangkan ISLAM selama ini??Kenapa harus kita membisu dan memekakkan telinga??


Halaman berita negara-negara Arab hari ini masih hangat membicarakan pembunuhan menyayat hati yang dilakukan oleh askar rejim Basyar beserta talibarut upahan mereka di “Ertouz Al-Fadhl” apabila ratusan mayat ditemui bergelimpangan sehari selepas operasi penyembelihan berlaku.
Jumlah tepat angka korban sehingga kini dilaporkan mencecah 566 orang, 483 orang daripadanya kalangan wanita dan kanak-kanak.


Paling menyedihkan, mereka bukan sahaja ditembak beramai-ramai, terdapat kesan kelar di leher mereka yang disembelih dengan pisau serta terdapat mayat yang hangus akibat dibakar hidup-hidup.
Kumpulan pembangkang mendakwa, pembunuhan Ahad lalu merupakan jenayah terbesar yang dilakukan rejim sejak tercetus revolusi 2 tahun lalu.
Jaringan Hak Asasi Manusia Syria pula mendakwa askar rejim dan tentera Hizbullah bertanggungjawab kerana usaha mereka bagi menguasai beberapa kawasan yang dikuasai oleh Tentera Pembebasan Syria sebelum ini.
Halaman “Berita Syam” melaporkan, hampir 100 mayat ditemui dalam sebuah perkuburan dan pengumpulan mayat-mayat penduduk masih diteruskan.
Sementara itu, di wilayah Idlib juga dilaporkan 14 penduduk awam terbunuh, 5 daripadanya adalah kanak-kanak apabila sebuah bom digugurkan mengena sebuah sekolah “Sekolah Rendah As-Syahid Ali El-Khatib”.


RUJUKAN http://www.fj-p.com/article.php?id=56987

Credit: FB Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria

Sumber : Harian Metro Online 

Selasa, 23 April 2013

Pinjaman Perumahan Hanya 10 Minit Sahaja..Terbaikk!!!

Hanya 10 minit sahaja untuk kelulusan pinjaman perumahan sekarang. Perkhimatan semakin cepat dan pantas dah macam pinjaman peribadi pulak. Tak ada alasan lagi pinjaman perumahan nie lambat ke apa lagi.


CITIBANK Bhd (Citibank) memperkenalkan kelulusan pinjaman perumahan baru hanya dalam tempoh 10 minit, iaitu yang pertama di negara ini dalam usaha bank itu untuk menguasai segmen mewah bagi perniagaan pinjaman perumahan di Malaysia.

Pengarah Perniagaan Gadai Janji Citibank Lum Choong Yu berkata, penyelidikan pengguna yang dijalankan syarikat itu mendapati antara pertimbangan utama pengguna untuk membuat pinjaman perumahan adalah kelulusan cepat dan proses permohonan mudah.

"Bagi menampung keperluan pinjaman perumahan dalam segmen mewah, Citibank melancarkan kelulusan pinjaman perumahan 10 minit ini," katanya.

Menurutnya, perkhidmatan berasaskan teknologi itu membolehkan Citibank menawarkan keputusan pinjaman perumahan dalam 10 minit berbanding kebiasaan selama lima hingga tujuh hari.





"Sejak dilancarkan sebagai projek perintis Januari lalu, ribuan pelanggan telah mencuba dan mendapat manfaat daripada perkhidmatan ini.

“Sebagai pemberi pinjaman bertanggungjawab, tumpuan kami adalah memberi pilihan pembiayaan fleksibel kepada pelanggan untuk memiliki kediaman sendiri sambil menikmati penjimatan," katanya.
Perkhidmatan itu disediakan di mana-mana cawangan Citibank seluruh negara.

Sumber : Sinar Harian 

Rabu, 10 April 2013

Rogol : Pekerja kedai 24 jam dilarikan, dirogol 5 lelaki

GILA punya manusia...Budak baru 19 tahun sanggup rogol bergilir-gilir..Inikah keamanan yang kita kecapi??Anak2 kita sudah tidak selamat lagi..Memang aman sungguh MALAYSIA..Oh tidakkkkk



SHAH ALAM – Seorang pekerja kedai 24 jam mengalami detik hitam dilarikan dan dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki di sebuah hotel di Bandar Puteri Puchong, Puchong, baru-baru ini.

Mangsa, berusia 19 tahun, sebelum itu dalam perjalanan ke tempat kerja, kira-kira jam 7.45 pagi, 31 Mac lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, mangsa berjalan kaki kemudiannya didatangi dua lelaki.

“Mangsa ditarik ke dalam kereta dan terus dilarikan. Di dalam kereta itu ada tiga lagi lelaki. Dia dibawa ke sebuah hotel, dirogol bergilir-gilir dan ditinggalkan bersendirian,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Mohd Adnan berkata, berdasarkan laporan dibuat mangsa, polis menahan tiga lelaki berusia 17, 18 dan 24 tahun di kawasan Puchong dalam operasi khas berakhir Jumaat lalu.

Menurutnya, dua lagi lelaki sedang dikesan iaitu, B Teiventhirraupillai, 26, dan seorang mekanik dikenali Ramu, berusia lingkungan 20-an.

Orang ramai yang tahu di mana dua lelaki itu berada diminta hubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Haziratul Qiffiah Hasim di talian 017-7087501 bagi bantu siasatan.

Dalam perkembangan lain, seorang lelaki sedang dikesan bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan dua kumpulan yang menyebabkan kematian di SS3, Serdang Raya, Seri Kembangan, pada 23 November 2011.

Mohd Adnan berkata, dalam kejadian tersebut tiga lelaki ditikam di mana salah seorangnya maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.

Katanya, polis menahan enam lelaki berusia 31 hingga 64 tahun selepas kejadian itu.

Mohd Adnan berkata, lelaki yang dikesan dikenali Lim Mun Vei atau Tai Seow, 38, yang beralamat terakhir di No D30A Jalan Kuyow, Sri Kembangan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat ketiga-tiga lelaki terbabit diminta menghubungi talian 019-3388288 bagi membantu siasatan.


Sumber : Sinar Harian

Warga emas maut dilanggar lori.. Depan Mata Sendiri

Kejadian ini terjadi 2 hari lepas, warga emas maut di langgar lori dan saya adalah salah seorang yang sempat melihat mangsa yang meninggal masih di bawah lori yang melanggarnya. Ingatkan ada sekatan jalan oleh polis atau JPJ rupa-rupanya kemalangan maut. Semoga roh mangsa ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..Aminnn


KOTA BHARU - Seorang warga emas maut apabila basikal yang ditungganginya dilanggar sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Panji di Jalan Raja Perempuan Zainab II di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kejadian yang berlaku pada jam 4.55 petang tersebut menyebabkan mangsa, Hamzah Abu Bakar, 69, mengalami kecederaan parah dan maut di tempat kejadian.




“Mangsa yang menunggang basikal dari arah Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) itu dikatakan cuba menyeberang ke kanan jalan dan membuat pusingan U.

“Ketika mangsa berbuat demikian sebuah lori dari arah lampu isyarat Panji menghala ke arah Pengkalan Chepa merempuhnya,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Menurutnya, mayat mangsa yang bekerja sebagai tukang kebun di JPJ Panji itu dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sebelum diserahkan kepada keluarganya.

Beliau berkata, mangsa berasal dari Kampung Beris Pauh Sembilan, Tawang, Bachok.

Sementara itu, seorang penduduk, Jayaraman Karappan, 63, berkata, ketika kejadian berlaku dia sedang berehat di dalam kedainya dan dikejutkan dengan bunyi geseran.

“Saya keluar dari kedai dan terkejut melihat tayar di sebelah kanan lori tersebut berada di atas separuh badan mangsa,” katanya.

Menurutnya, ia merupakan kali pertama kemalangan maut berlaku di kawasan tersebut semenjak dia berniaga di sini 30 tahun lalu.

“Sebelum ini kalau ada kemalangan pun hanyalah yang ringan sahaja,” katanya.

Jayaraman menunjukkan tempat kejadian di mana Hamzah maut apabila basikal ditungganginya dilanggar lori kecil.


Sumber : Sinar Harian