Khamis, 9 Mei 2013

Penolong Pegawai Tadbir N27

Puan isteri pula dapat panggilan temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 (Jabatan Perkhimatan Awam), ada sesiapa yang tahu mengenai skop kerja atau apa-apa yang berkaitan dengan jawatan ini??





Email dari SPA

NOR MIMI SUZITA BINTI SAPIAE 
No. KP : 

Tuan/Puan, 

PANGGILAN TEMU DUGA PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27 (JABATAN PERKHIDMATAN AWAM) 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

2.   Tuan/Puan adalah dijemput menghadiri temu duga bagi jawatan yang tersebut di bawah pada tarikh, masa dan tempat temu duga seperti berikut: 

TARIKH/MASAKODJAWATANTEMPAT TEMU DUGA
10/06/2013
10:00 pagi
2200PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27PUSAT TEMU DUGA SPA KOTA BHARU, KELANTAN
LOT 1211, TINGKAT G & 1 JALAN PENGKALAN CHEPA,
15000 KOTA BHARU, KELANTAN 


3.    Tuan/Puan dikehendaki membawa bersama semasa temu duga dokumen-dokumen ASAL dan SALINAN FOTOSTAT seperti berikut: 

a.Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
b.Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa; (jika berkenaan)
c.Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V) dan STPM/STP atau setaraf;
d.Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM; (jika berkenaan) dan
e.Ijazah/Diploma dan transkrip/Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir dari pusat-pusat pengajian tinggi;
f.Surat Pelepasan Biasiswa selain daripada Pemegang Biasiswa Persekutuan; (jika berkenaan)
g.Sijil-sijil lain yang ada berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;
hi.Sijil kegiatan luar; (Asal Sahaja)
i.Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/Surat pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia/Program Kesejahteraan Rakyat; (jika berkenaan)
j.Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi Terkini, Surat Perakuan Ketua Jabatan dan slip gaji terakhir untuk pegawai sedang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam sahaja.


4.   Anda dikehendaki membawa 'resume' bergambar yang ringkas dan padat. 

5.   Kegagalan mengemukakan dokumen seperti dikehendaki serta mengemukakan maklumat palsu akan menjejaskan pertimbangan untuk lantikan. "Resume" dan salinan fotostat dokumen yang diserahkan tidak akan dikembalikan dan menjadi hak milik Suruhanjaya. 

6.   Anda dikehendaki berpakaian sopan semasa menghadiri temu duga. 

7.   Sila cetak dan bawa bersama emel ini semasa temu duga sebagai bukti. 

8.   Sila layari Portal Rasmi SPA (http://www.spa.gov.my) untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini. 

Sekian,terima kasih. 

“BERSAMA MENGGALAS TRANSFORMASI” 

Urus Setia Bahagian Pengambilan 
b.p Setiausaha 
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 
Aras 6-10, Blok C7, Kompleks C, 
Pusat Pentradbiran Kerajaan Persekutuan, 
62520 PUTRAJAYA. 
Tel : 603 8885 6000 
Faks : 603 8888 5036 






Deskripsi Tugas / Gaji Pemulaan
Kumpulan: Sokongan
Kem/Jab: Jabatan Perkhidmatan Awam/ Kementerian Pertahanan 
Jadual Gaji:
GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,361.14RM4,427.94RM145.00
Syarat Lantikan:
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
    [ Gaji Permulaan: RM1,361.14 ]
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
    [ Gaji Permulaan: RM1,361.14 ]
  • Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    [ Gaji Permulaan: RM1,661.95 ]
  • Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [ Gaji Permulaan: RM1,737.15 ]
  • kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan :
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir (Kewangan), Pengurus Stesen, Pemeriksa Cap Jari dan Penyelia Jurupakaian adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
a)i.mempunyai kelayakan di atas; atau
ii.lulus Peperiksaan Khas; dan
b)berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas :
Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

Sumber : Laman Web SPA
Teknik Menjawab Soalan Temuduga

Artikel Terkait