Memaparkan catatan dengan label Best Blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Best Blog. Papar semua catatan

Ahad, 26 Jun 2016

BUDAYA YANG PATUT DI PADAMKAN

Bila sebut sahaja KAHWIN..Semua akan tersenyum..Senyum itu memberi kegembiraan atau gembira di dalam duka? Hanya LELAKI sahaja mengetahui..

BUDAYA YANG PATUT DI PADAMKAN


Beratnya jadi lelaki. Disebalik mereka lihat setannya perangai lelaki-lelaki, di sebalik mereka lihat mudahnya jadi lelaki boleh kahwin empat, mudahnya lelaki boleh buat apa sahaja yang mereka nak buat, orang perempuan terlupa untuk pandang sesuatu yang hari ini telah membunuh lelaki dalam senyap.


Untuk pengetahuan semua perempuan, jadi lelaki ini nampak mudah kerana bebanan mereka semua mereka simpan kemas dalam hati dan digantikan pula dengan senyuman yang acah tiada masalah. Lelaki di Malaysia telah dikerah gila-gila seawal perkenalan dengan perempuan. Entah budaya orang gila mana yang buat yang mana lelaki perlu jadi "bank" bagi perempuan sebelum kahwin. Kononnya lelaki perlu gentleman. Gentleman kepala zionis kau!


Lelaki di pau teruk seawal perkenalan pertama. Mula bercinta, setiap makan luar, setiap berjalan bagai lelaki di galakkan sponsor perempuan. Full sponsor.
Gentleman lah konon. Padahal belum konfem pun jadi hak milik. Kau bayangkan, lelaki nak keluar untuk berkenalan pun kadang terpaksa kerja 2,3 hari untuk buat duit belanja semata nak keluar dengan kau. Dan kau pula perempuan, cuma dengan sengih sahaja dh cukup untuk keluar pada sesi perkenalan. Tak payah bawak purse okey! Standby je kot laki gak bayar, kau terus minta putus cakap yang lelaki tu lelaki tak guna.


Bila dah mula serius berkenalan, masuk ke part bertunang. Lelaki mula berkira-kira duit gaji, tengok ibu ayah pula bukan orang senang. Maka bermulalah edisi kumpul duit dan kerja keras lelaki. Nak lepaskan trend tunang style meriah punya pasal. Anggaran RM2,000 sekrang ni. Konon gentleman dan romantik! Kerja lah siang malam si lelaki untuk ikat si perempuan. Perempuan waktu itu hanya pegang pada janji lelaki yang ingin ikat dia jadi tunang. Tinggal nak pilih baju cantik ala princes, dan lelaki hulur duit bayarkan guna duit berhempas pulas kerja. Selamba kerja bagai nak rak nak kejar duit modal untuk tunang. Lepas tu hangus sekejap je income yg sebulan dua kau kumpul tu.


Di bisikkan pula, hantaran RM10,000. Ternganga kejap lelaki. Ahh, demi kau perempuan, demi cinta. Terus lah lelaki mengelabah cari kerja yang kedua. Sehari buat dua tiga kerja semata untuk halalkan kau. Berpeluh-peluh lelaki. Kadang sampai jatuh sakit nak halalkan kau punya pasal. Hingga ada yang smpai terpaksa ikat perut, terpaksa potong duit belanja bulanan mak ayah. Akhirnya dapat kumpul. Selepas berkotor tangan, bersepah peluh. Kau pula perempuan waktu itu sedang sibuk mencari apa-apa yang cantik, sedang bahagia terbayang nak jadi princes. Nak jadi cantik gila waktu kahwin. Dasyat pengorbanan lelaki nak bahagiakan kau.

BUDAYA YANG PATUT DI PADAMKAN
Akad Nikah


Tapi siapa sahaja perempuan lihat pengorbanan lelaki tu?
Bab hantaran ni yang sbnrnya banyak matikan ramai lelaki. Lelaki bagai nak gila ada yang sanggup buat loan berpuluh ribu, yang sanggup tidur sehari cuma 2-3jam semata untuk kerja nak cukupkan duit halalkan kau. Kau bayangkan sahaja, lelaki perlu modal yang sangat tinggi sehingga sanggup gadai kesihatan, gadai keringat untuk "beli" tanggungjawab yang paling berat dalam dunia ni daripada ayah dan ibu kau. Tanggungjawab yang sangat berpotensi untuk di humban ke api neraka. Semua untuk kau tau perempuan. Dia ambil tanggungjawab utk tanggung semua dosa kau daripada bapak kau. Dari bapak kau tau bukan kepala bapak kau. Sori, saja aku nak bikin panas.


Sebaiknya hantaran ni,belah perempuan sepatutnya ambil tanggungjawab untuk ringankan beban si lelaki yang bakal pikul tanggungjawab besar nak mampps tu. Woi, kau ingat senang ke nak kumpul 10k? Ada pula sampai 20k! Lelaki juga ada tanggungjawab pada emak ayah, pada keluarga. Entah bila nak dapat kumpul duit sebanyak tu semata untuk kau. Kau senang lah cakap bila lelaki tak cukup duit je kau kata lelaki tak serius.Apakah kau pernah hargai keringat lelaki ini? Yang kau tahu, bercerita tentang romantiknya lelaki lain yang buat surprise pada pasangan dorang. Sibuk cerita bahagia orang lain. Kau try kumpul duit tengok. Set 3bulan ke 4bulan ke kumpul duit hantaran tu. Dalam masa yang sama, kau wajib bagi duit belanja dekat mak bapak kau setiap bulan, wajib ajak pasangan kau tu keluar setiap minggu. Kau bawa kereta isi minyak semua sendiri, makan semua kau bayar. Cuba kau tengok dapat kumpul ke tak.


Senangnya kerja kau.
Dan bila dah halalkan kau, kau dah jadi isteri. Bermakna semua tanggungan, segala hutang pemiutang kau dah jatuh atas tanggungjawab suami. Tak kisah lah apa jenis hutang pun termasuk hutang Ptptn. Semuanya lelaki perlu bertanggungjawab untuk sara segalanya. Bertambah lagi komitmen laki. Kau boleh bayangkan waktu itu apa yang ada dalam fikiran lelaki? Lelaki cuma belanja senyuman, untuk kau lihat dia tenang. Kuat. Keluar lagi lelaki bersepah peluh memikirkan kau, urat-urat tangan berselirat timbul membuat kerja berat, tidak cukup tidur, memikirkan keluarga kandungnya, memikirkan ibu ayah kau. Apa sahaja sanggup mereka buat demi bahagiakan semua yang tersayang. Tak habis dia berkira-kira incomenya untuk kau semua tidak terbeban. Untuk kau tidak sesekali terpaksa susah. Lelaki waktu itu cuma mampu senyum sambil bisik dalam hati...


"Asalkan semua yang tersayang ini bahagia dan tidak merasa peritnya kehidupan, strugglenya kehidupan..merasa semua serba cukup..biar lah aku yang susah yang penting korang semua bahagia itu pun dah cukup buat hilang segala letih."
Di saat strugglenya bekerja, hati mereka tidak pernah hilang dari ingatkan kau dan anak-anak. Kau pula mudah bercerita lagi keinginan kau untuk dapat itu seperti pasangan lain, mengeluh tentang kereta yang panas, mengeluh tentang rumah yang kecil, mengeluh mahukan surprise, mengeluh mahukan 24jam masa bersama, mengeluh tentang inginnya bercuti seperti pasangan lain. Apakah kau tak tahu, itu semua perbuatan yang sangat penting diri? Kau tidak pernah cuba ambil tahu keinginan lelaki, tidak cuba tahu hargai strugglenya suami. Kau mudah jawab kononnya kau sanggup susah asalkan si lelaki sentiasa ada bersama, tapi berapa banyak akhirnya rumah tangga ranap dek konon kau sanggup susah tu? Berhenti jadi penipu. Yang kau mudah lafaz, lelaki ini kedekut, tidak faham kau dan suka pentingkan perkara lain berbanding kau.


Kasihan lelaki. Maka termenung lah lelaki sambil merungut dalam hati..
"Entah bangsat mana yang awal buat semua ini sebagai cara untuk dilihat gentleman.. kalau aku dapat tahu, memang keturunan dia aku sumpah jadi pakar matematik.. biar dia tahu sikit kira-kira yang tak menyusahkan bangsa.."
Hargai lah lelaki. Kerana kalian tidak pernah akan nampak betapa strugglenya lelaki nak bahagiakan semua yang tersayang. Kadang hingga terpaksa tebal muka pinjam duit kawan, kawan pula dengan sinis kata..
"Time kitorg melepak kau tak pernah ada pun, asik dengan pasangan je 24jam.."
Semua untuk lepaskan kau dan anak-anak. Mereka pilih untuk membahagiakan daripada di bahagiakan. Kau dahulu perlu belajar bersyukur dari apa yang lelaki struggle untuk kau seawal perkenalan pertama. Bukan berterusan muncung bibir macam minta di uppercut bila merajuk.


Kau apa tahu? Merengek minta difahami 24jam. Kau sendiri tidak pernah langsung memahami. Menepek muka di FB tahu lah kau. Yang ini memang aku saja bakar line. Ini realiti. Kau perempuan kena selalu belajar bersyukur. Dan kena yakin,Cerekarama TV3 pasal lelaki romantik kaya raya anak dato keparat tu semua kisah di planet lain. Bukan di bumi kita.


Dan pesanan keras untuk lelaki,bila kau dapat pasangan yang sanggup sama-sama susah dengan kau, sanggup sama-sama susah untuk ke jalan halal, kongsi duit, bantu kau naik.. hargai lah. Jangan mudah sangat lupa sampai terlalu cepat plan untuk kahwin dua. Lagi-lagi bila kau mula berjaya dan selera dah mula meraba-raba. Itu gampang namanya.


Bahagiakan lah. Bina cinta sampai akhir nyawa.
Apapun, hargai pasangan korang yang tidak terlihat pengorbanannya pada korang. Cinta mereka melebihi segalanya. Solopeh Allah dan Rasul.
Salam kejayaan,geng!


Siapa meroyan bila baca status ni, memang aku penumbuk tulang rusuk kiri dia sampai jodoh dia cedera parah. Nak kahwin, sama-sama lah bantu. Bukan belum jadi hak milik lagi kau dah melenggang kangkung macam Princes Fiona. Princes fiona pun yang lenggang kangkung pun dapat bersuamikan Shrek je tau. Ini kau dapat lelaki yang gila struggle, apa lagi? Hargai lah. Jangan penting diri fikir korang punya hati je. Korang punya keinginan je.
Saling Melengkapi! Bertolak ansur.

Yang ikhlas dan kurang ajar,
Bro Kepala Bapak Berjambul 7 Petala Harimau Selatan Tuan Amir Danau

Jumaat, 18 September 2015

Cerita Nak Beli Minyak Wangi...

SIAPA CAKAP MINYAK WANGI HOMEMADE TAKDE KUALITI ?

Selalu kita tengok kat internet atau majalah, macam banyak sangat minyak wangi dalam dunia ni. Tak kisahlah mahal ke, murah ke..

Padahal, kita ni asas menilai kualiti wangian pun takde. tongue emoticon

Pandai le sangat !! (perasan..hahaha)

Yang best tu, lepas tengok kat goggle atau majalah, berkobar-kobar semangat, teruja  nak beli minyak wangi tu..

Kita pun oder. Buat bayaran online..

Lepas seketika, oder pun sampai. Dah terbayang-bayang nak tunjuk pada semua..

Rupanya, kualiti tak seperti yang diharapkan..

Kesian.. Kesian sangat..!

Kawan dah tunggu. Suami dah diberitahu. Tapi, wangiannya.. Hmm, Allah je la yang tahu..

Nak mengaku salah pilih, malu. Tapi tak kisahlah. Apa yang DIKISAHKAN, diperli-perli, dikutuk oleh mereka tu.. Sadiss..!

Tapi takpe, boleh cari yang lain..

LeoRa


WhatsApp "LEORA" KE 017-2945851

Nak cerita takut ramai yang tak percaya. Tapi, itulah hakikatnya..

Ilmu wangian ni sejujurnya perlu ada. Bukan main hentam tengok jenama, tengok iklan saja tau..!

Saya sendiri dulu kononnya beli yang mahal. Beli yang branded.. Tapi, masih tak cukup memenuhi kehendak peribadi.

Tapi, hasilnya lain sangat bila tahu memilih..

Wangian yang berkualiti wajib ada....
Wangian yang bagus tahan baunya lebih dari 12 jam.
Wangain yang hebat buat lelaki mudah jeling terpikat!!

WhatsApp "LEORA" KE 017-2945851
WhatsApp "LEORA" KE 017-2945851

Kita boleh lihat perbezaan yang ketara apabila kita MEMILIH WANGIAN dari kualiti yang hebat. DIRI AKAN JADI YAKIN, CERIA DAN ANGGUN apabila guna wangian yang betul..!!

Kalau dulu WANGAIN BRANDED tu kununnya dah OK, boleh bezakan apabila sudah memiliki Homemade Fragrance By LeoRa. Banyak perbezaan baru..

Apalah salahnya mencuba. Bukan jenis mahal-mahal ribu-riban. Maharnya, tak sampai seratus pun..

Masih nak branded luar, tak mahu cuba wangian muslimah yang suci dan halal ? 

LEORA, WANGIAN PEMIKAT LELAKI TERHEBAT

Kita boleh bezakan sendiri AURAnya apabila sudah memiliki dan mencubanya walaupun pada kali yang pertama..

Wangian ini dihasilkan secara premium, terhad serta terjamin kualiti penghasilannya.

Harga sebotol (30ml) bermula serendah RM 70.00 sahaja. 

Untuk maklumat jenis wangian atau minat menjadi agen pemasaran, sms atau call terus nombor tertera. 

Jangan tunggu lama-lama, sebab, terhad hanya 50 botol wangian dihasilkan setiap minggu..

WhatsApp "LEORA" KE 017-2945851
WhatsApp "LEORA" KE 017-2945851
WhatsApp "LEORA" KE 017-2945851


TAK SABAR NAK ORDER...


NAK LIHAT WANGIAN LEORA...


NAK ODER DAH....

Ahad, 13 September 2015

GIVEAWAY: MY GRADUATION CELEBRATION!

Giveaway : My Graduation Celebration


AM mendapat jemputan daripada penganjur untuk join GA yang AWESOME nie...

Bukan SENANG nak menang tau....
Syarat simple-simple TAPI .....
sambung ayat seterusnya..

Paling PENTING.. Ucapan kepada Penganjur..
"Tahniah dari AM tamat pengajian dan Selamat Maju Jaya untuk Terus Maju Ke Hadapan. Paling PENTING tamatnya pengajian bukan PENAMAT untuk segalanya TAPI ini baru PERMULAAN kehidupan. Semoga perjalanan anda sentiasa ceria dan chill je"



Pilihan Hadiah : 
giveaway

6) YAASIN + EBOOK CARA MEMULAKAN PERNIAGAAN [x1]


.
.
.
.
.

Facebook





GIVEAWAY AKAN BERLANGSUNG DARI 7/9/2015-7/10/2015



Support Blog AM yang baru
Follow dan Komen..
AlongMisuari.com

Khamis, 10 September 2015

Mini Giveaway By Impiana Cik Yanie 2015 #1



Syarat nak join? 

1. Follow belog IMPIANA CIK YANIE *WAJIB!*

2. Follow instagram [ yanieninie] & [impiana_cikyanie] *TAK WAJIB PUN*

3. Buat entri tajuk "Mini Giveaway By Impiana Cik Yanie 2015 #1" and copy banner kat atas serta BACKLINK kat entri original ni.

4. LETAK link entri korang kat kotak komen di bawah! 

Simple dan Mudah kan? Harap dapat sambutan. Bismillah. Sikit atau banyak yang join GA berjalan juga. Goodluck :)

TAMAT PADA : 25 SEPTEMBER 2015 !


Jangan Lupa juga Untuk terjah Blog AM yang baru 



Rabu, 9 September 2015

LeoRa Fragrance Buatan Malaysia




Leora Fragrance di hasilkan oleh BUMIPUTERA MALAYSIA...
Mampu bertahan selama 8 JAM


LeoRa


Ahad, 15 Februari 2015

1st Giveaway myhoneyy.blogspot.com


Jom sama-sama kita memeriahkan 1st Giveaway by myhonneyy.blogspot.com ..


myhoneyy.blogspot.com


Kita meriahkan Giveaway ini, sama2 kita sokong sahabat-sahabat blogger kita.

Hadiah pun cukup menarik juga nie...

Hanya SEORANG sahaja yang bertuah tau..


myhoneyy.blogspot.com

Jom sama-sama memeriahkan 1st Giveaway by myhoneyy.blogspot.com

Khamis, 15 Januari 2015

Malaysia Best Blog 2015 ... Kali Pertama Join Contest SEO

Malaysia Best Blog 2015

Kali pertama join Contest SEO yang dianjurkan oleh Ohduit.com. Masih terlalu awal untuk menyatakan siapakah yang akan menjadi JUARA Malaysia best Blog 2015 kerana Contest ini baru sahaja bermula 15 Januari 2015 sehingga 31 Mac 2015. Untuk menghantar borang penyertaan sehingga 18 Februari 2015.

Disini kita akan lihat siapa yang akan pakar dalam SEO ini.. Antara syarat adalah menyenaraikan 10 Blog yang menjadi Best Blog saya sendiri, adalah :-

1. profhariz.com
 Blog yang membawa saya ke dalam bidang blog secara serius setelah 5 tahun dalam bidang ini. Seorang sahabat dan blogger yang TERBAIK pada pendapat saya kerana beliau sendiri banyak membantu saya dari segi teknikal dan ilmu SEO. Tajuk yang menjadi ingatan saya adalah Cabaran Mengumpul RM20k dalam masa 5bulan, cukup memberi motivasi dan semangat.



2. Denaihati.com
Blog yang banyak membantu saya dalam mempelajari SEO dan cara penyampaian yang santai dan berilmu

3.hasrulhassan.com
Insan yang cukup luar biasa yang begitu banyak ilmu dan tidak kedekut ilmu mengenai pelbagai bidang terutama teknik SEO dan pengalaman hidup.

4.kujie2.com
Cukup tertarik dengan pengalaman beliau yang banyak dikongsi dengan pembaca dan banyak juga teknik SEO yang dapat dipelajari.

5.ahmadfaizal.com
Insan yang cukup istimewa bagi saya kerana beliau merupakan pengarang Kitab SEO Merah Jambu yang cukup memberi kesan yang mendalam dalam kesan kepada saya untuk terus dan terus mempelajari dan mencari income melalui program affiliate.




6. Fatin Liyana
Menceritakan kisah kehidupan beliau semasa dari semasa. Walaupun sekadar penceritaan yang santai tapi banyak memberi motivasi dan teladan kepada sesiapa sahaja yang membaca.

7. Ohduit.com
Baru sahaja mengenali ohduit.com tetapi telah meninggalkan suatu kesan yang mendalam dengan perkongsian isu-isu semasa dan teknik SEO yang cukup simple.

8. tiffinbiru.com
Mencari resipi masakan?? Disini la rujukan saya dari bujang hingga ada isteri. Resipi yang simpan dan lengkap untuk bakal-bakal suami mahupun suami yang berminat membantu isteri di dapur.

9.nameeroslan.blogspot.com
Sebuah blog yang santai yang menrangkumi pelbagai aspek kehidupan. ada yang romantika dan keperluan kita seharian. cukup santai untuk membaca dan tersenyum tanpa kata.

10.abangensem.com
Blog rujukan saya dalam mengkaji dan menimba ilmu mengenai hartanah dan pinjaman. Banyak ilmu yang dikongsi yang cukup bermanfaat untuk di amalkan.


Cukup sudah 10 blog yang sentiasa saya lawat dan membaca. Banyk ilmu dan pengalaman para blogger di atas saya jadikan teladan dan pengajaran. Mungkin pilihan saya bukan pilihan blogger lain. Masing-masing ada pilihan tersendiri.

“Mari menyertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama, wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com