Ahad, 26 Jun 2016

BUDAYA YANG PATUT DI PADAMKAN

Bila sebut sahaja KAHWIN..Semua akan tersenyum..Senyum itu memberi kegembiraan atau gembira di dalam duka? Hanya LELAKI sahaja mengetahui..

BUDAYA YANG PATUT DI PADAMKAN


Beratnya jadi lelaki. Disebalik mereka lihat setannya perangai lelaki-lelaki, di sebalik mereka lihat mudahnya jadi lelaki boleh kahwin empat, mudahnya lelaki boleh buat apa sahaja yang mereka nak buat, orang perempuan terlupa untuk pandang sesuatu yang hari ini telah membunuh lelaki dalam senyap.


Untuk pengetahuan semua perempuan, jadi lelaki ini nampak mudah kerana bebanan mereka semua mereka simpan kemas dalam hati dan digantikan pula dengan senyuman yang acah tiada masalah. Lelaki di Malaysia telah dikerah gila-gila seawal perkenalan dengan perempuan. Entah budaya orang gila mana yang buat yang mana lelaki perlu jadi "bank" bagi perempuan sebelum kahwin. Kononnya lelaki perlu gentleman. Gentleman kepala zionis kau!


Lelaki di pau teruk seawal perkenalan pertama. Mula bercinta, setiap makan luar, setiap berjalan bagai lelaki di galakkan sponsor perempuan. Full sponsor.
Gentleman lah konon. Padahal belum konfem pun jadi hak milik. Kau bayangkan, lelaki nak keluar untuk berkenalan pun kadang terpaksa kerja 2,3 hari untuk buat duit belanja semata nak keluar dengan kau. Dan kau pula perempuan, cuma dengan sengih sahaja dh cukup untuk keluar pada sesi perkenalan. Tak payah bawak purse okey! Standby je kot laki gak bayar, kau terus minta putus cakap yang lelaki tu lelaki tak guna.


Bila dah mula serius berkenalan, masuk ke part bertunang. Lelaki mula berkira-kira duit gaji, tengok ibu ayah pula bukan orang senang. Maka bermulalah edisi kumpul duit dan kerja keras lelaki. Nak lepaskan trend tunang style meriah punya pasal. Anggaran RM2,000 sekrang ni. Konon gentleman dan romantik! Kerja lah siang malam si lelaki untuk ikat si perempuan. Perempuan waktu itu hanya pegang pada janji lelaki yang ingin ikat dia jadi tunang. Tinggal nak pilih baju cantik ala princes, dan lelaki hulur duit bayarkan guna duit berhempas pulas kerja. Selamba kerja bagai nak rak nak kejar duit modal untuk tunang. Lepas tu hangus sekejap je income yg sebulan dua kau kumpul tu.


Di bisikkan pula, hantaran RM10,000. Ternganga kejap lelaki. Ahh, demi kau perempuan, demi cinta. Terus lah lelaki mengelabah cari kerja yang kedua. Sehari buat dua tiga kerja semata untuk halalkan kau. Berpeluh-peluh lelaki. Kadang sampai jatuh sakit nak halalkan kau punya pasal. Hingga ada yang smpai terpaksa ikat perut, terpaksa potong duit belanja bulanan mak ayah. Akhirnya dapat kumpul. Selepas berkotor tangan, bersepah peluh. Kau pula perempuan waktu itu sedang sibuk mencari apa-apa yang cantik, sedang bahagia terbayang nak jadi princes. Nak jadi cantik gila waktu kahwin. Dasyat pengorbanan lelaki nak bahagiakan kau.

BUDAYA YANG PATUT DI PADAMKAN
Akad Nikah


Tapi siapa sahaja perempuan lihat pengorbanan lelaki tu?
Bab hantaran ni yang sbnrnya banyak matikan ramai lelaki. Lelaki bagai nak gila ada yang sanggup buat loan berpuluh ribu, yang sanggup tidur sehari cuma 2-3jam semata untuk kerja nak cukupkan duit halalkan kau. Kau bayangkan sahaja, lelaki perlu modal yang sangat tinggi sehingga sanggup gadai kesihatan, gadai keringat untuk "beli" tanggungjawab yang paling berat dalam dunia ni daripada ayah dan ibu kau. Tanggungjawab yang sangat berpotensi untuk di humban ke api neraka. Semua untuk kau tau perempuan. Dia ambil tanggungjawab utk tanggung semua dosa kau daripada bapak kau. Dari bapak kau tau bukan kepala bapak kau. Sori, saja aku nak bikin panas.


Sebaiknya hantaran ni,belah perempuan sepatutnya ambil tanggungjawab untuk ringankan beban si lelaki yang bakal pikul tanggungjawab besar nak mampps tu. Woi, kau ingat senang ke nak kumpul 10k? Ada pula sampai 20k! Lelaki juga ada tanggungjawab pada emak ayah, pada keluarga. Entah bila nak dapat kumpul duit sebanyak tu semata untuk kau. Kau senang lah cakap bila lelaki tak cukup duit je kau kata lelaki tak serius.Apakah kau pernah hargai keringat lelaki ini? Yang kau tahu, bercerita tentang romantiknya lelaki lain yang buat surprise pada pasangan dorang. Sibuk cerita bahagia orang lain. Kau try kumpul duit tengok. Set 3bulan ke 4bulan ke kumpul duit hantaran tu. Dalam masa yang sama, kau wajib bagi duit belanja dekat mak bapak kau setiap bulan, wajib ajak pasangan kau tu keluar setiap minggu. Kau bawa kereta isi minyak semua sendiri, makan semua kau bayar. Cuba kau tengok dapat kumpul ke tak.


Senangnya kerja kau.
Dan bila dah halalkan kau, kau dah jadi isteri. Bermakna semua tanggungan, segala hutang pemiutang kau dah jatuh atas tanggungjawab suami. Tak kisah lah apa jenis hutang pun termasuk hutang Ptptn. Semuanya lelaki perlu bertanggungjawab untuk sara segalanya. Bertambah lagi komitmen laki. Kau boleh bayangkan waktu itu apa yang ada dalam fikiran lelaki? Lelaki cuma belanja senyuman, untuk kau lihat dia tenang. Kuat. Keluar lagi lelaki bersepah peluh memikirkan kau, urat-urat tangan berselirat timbul membuat kerja berat, tidak cukup tidur, memikirkan keluarga kandungnya, memikirkan ibu ayah kau. Apa sahaja sanggup mereka buat demi bahagiakan semua yang tersayang. Tak habis dia berkira-kira incomenya untuk kau semua tidak terbeban. Untuk kau tidak sesekali terpaksa susah. Lelaki waktu itu cuma mampu senyum sambil bisik dalam hati...


"Asalkan semua yang tersayang ini bahagia dan tidak merasa peritnya kehidupan, strugglenya kehidupan..merasa semua serba cukup..biar lah aku yang susah yang penting korang semua bahagia itu pun dah cukup buat hilang segala letih."
Di saat strugglenya bekerja, hati mereka tidak pernah hilang dari ingatkan kau dan anak-anak. Kau pula mudah bercerita lagi keinginan kau untuk dapat itu seperti pasangan lain, mengeluh tentang kereta yang panas, mengeluh tentang rumah yang kecil, mengeluh mahukan surprise, mengeluh mahukan 24jam masa bersama, mengeluh tentang inginnya bercuti seperti pasangan lain. Apakah kau tak tahu, itu semua perbuatan yang sangat penting diri? Kau tidak pernah cuba ambil tahu keinginan lelaki, tidak cuba tahu hargai strugglenya suami. Kau mudah jawab kononnya kau sanggup susah asalkan si lelaki sentiasa ada bersama, tapi berapa banyak akhirnya rumah tangga ranap dek konon kau sanggup susah tu? Berhenti jadi penipu. Yang kau mudah lafaz, lelaki ini kedekut, tidak faham kau dan suka pentingkan perkara lain berbanding kau.


Kasihan lelaki. Maka termenung lah lelaki sambil merungut dalam hati..
"Entah bangsat mana yang awal buat semua ini sebagai cara untuk dilihat gentleman.. kalau aku dapat tahu, memang keturunan dia aku sumpah jadi pakar matematik.. biar dia tahu sikit kira-kira yang tak menyusahkan bangsa.."
Hargai lah lelaki. Kerana kalian tidak pernah akan nampak betapa strugglenya lelaki nak bahagiakan semua yang tersayang. Kadang hingga terpaksa tebal muka pinjam duit kawan, kawan pula dengan sinis kata..
"Time kitorg melepak kau tak pernah ada pun, asik dengan pasangan je 24jam.."
Semua untuk lepaskan kau dan anak-anak. Mereka pilih untuk membahagiakan daripada di bahagiakan. Kau dahulu perlu belajar bersyukur dari apa yang lelaki struggle untuk kau seawal perkenalan pertama. Bukan berterusan muncung bibir macam minta di uppercut bila merajuk.


Kau apa tahu? Merengek minta difahami 24jam. Kau sendiri tidak pernah langsung memahami. Menepek muka di FB tahu lah kau. Yang ini memang aku saja bakar line. Ini realiti. Kau perempuan kena selalu belajar bersyukur. Dan kena yakin,Cerekarama TV3 pasal lelaki romantik kaya raya anak dato keparat tu semua kisah di planet lain. Bukan di bumi kita.


Dan pesanan keras untuk lelaki,bila kau dapat pasangan yang sanggup sama-sama susah dengan kau, sanggup sama-sama susah untuk ke jalan halal, kongsi duit, bantu kau naik.. hargai lah. Jangan mudah sangat lupa sampai terlalu cepat plan untuk kahwin dua. Lagi-lagi bila kau mula berjaya dan selera dah mula meraba-raba. Itu gampang namanya.


Bahagiakan lah. Bina cinta sampai akhir nyawa.
Apapun, hargai pasangan korang yang tidak terlihat pengorbanannya pada korang. Cinta mereka melebihi segalanya. Solopeh Allah dan Rasul.
Salam kejayaan,geng!


Siapa meroyan bila baca status ni, memang aku penumbuk tulang rusuk kiri dia sampai jodoh dia cedera parah. Nak kahwin, sama-sama lah bantu. Bukan belum jadi hak milik lagi kau dah melenggang kangkung macam Princes Fiona. Princes fiona pun yang lenggang kangkung pun dapat bersuamikan Shrek je tau. Ini kau dapat lelaki yang gila struggle, apa lagi? Hargai lah. Jangan penting diri fikir korang punya hati je. Korang punya keinginan je.
Saling Melengkapi! Bertolak ansur.

Yang ikhlas dan kurang ajar,
Bro Kepala Bapak Berjambul 7 Petala Harimau Selatan Tuan Amir Danau

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon