Apa itu MIVEC? MIVEC adalah Mitsubishi Innovative
Valve timing Electronic Control system. Sistem ini serupa dengan saingan
terdekat atau musuh ketatnya VTEC. Sistem jenis ini mempunyai sistem cam profil
yang cukup unik. Sistem ini akan menyebabkan enjin bergerak seperti enjin biasa
jika rpm dibawah 5500 tapi kuasa sebenarnya akan muncul apabila kita menekan
pedal minyak sehingga meter rpm melebihi 5500 dan waktu itulah kita akan
kedengaran bunyi kuat yang dikeluarkan oleh enjin dan kuasa sebenarnya akan muncul.
Lancer Evolution X
Enjin ini atau sistem
ini mula diadaptasikan pada tahun 1992. Kod untuk enjin ini yang mempunyai
sistem MIVEC ini adalah 4G92 yang mempunyai 1597 cc, 175hp, 16 valve. Sistem
seperti ini juga digunakan untuk enjin V6 yang mempunyai kod enjin 6A12 dimana
enjin ini boleh menghasilkan 200 kuasa kuda.memang laju tu.
Tapi hari ini kita
hanya bicara mengenai kod enjin 4G92 kerana enjin ini lah yang paling popular
di Jepun mahupun di Malaysia.
MIVEC CA4/CB4
Popular di Malaysia
khasnya di kalangan pengguna Proton Wira, Satria dan Putra kerana kedudukan
enjin yang sama. Enjin ini juga popular kerana pengguna kenderaan seperti yang
saya ckpkan tadi terlalu ramai di jalanraya dan bagi mereka yang inginkan
kepantasan, kelajuan kuasa kuda.(1.6cc je) maka MIVEC lah jawapan kepada soalan
tadi.
Enjin CA4/CB4
Mivec CB4
Di Malaysia harga
untuk sesebuah enjin MIVEC hampir mencecah RM 5000 ke 7000.
Selalunya enjin yang
berharga RM 7000.00 ini selalunya enjin MIVEC Rs atau CB4. Enjin RS ini atau
CB4 yang menyebabkan ianya mahal kerana enjin ini dilengkapi gearbox LSD. Dari
sudut enjin pula model RS ini dilengkapi dengan spring valve titanium dan
duration cam ia agak tinggi dari model CA4. Namun dari sudut kekuatan enjin
(horsepower) tetap sama. Tapi bagi mereka yang meminati perlumbaan drag atau
trek, mempunyai gearbox LSD merupakan satu kelebihan kerana jika kita mempunyai
gearbox seperti ini kerana keupayaannya untuk melonjak keluar ketika lampu
hijau menyala lagi berkesan dari gearbox yang tidak mempunyai gearbox LSD
kerana, LSD akan mengelakkan tayar slip atau berpusing secara berlebihan di
atas jalan.Boleh terus jalan la jawabnya!!!!!!!!!!!!!!!
Enjin ini juga
mempunyai saingan terdekatnya. Saingan itu tidak lain tidak bukan B16A DOHC
VTEC. Walaupun dari sudut kuasa kuda enjin yang lebih tinggi dari B16A, cc yang
lebih tinggi dari B16A, namun enjin ini tetap gagal untuk menyaingi kekuatan
dan kepantasan dari B16A. Jika anda tidak percaya sila ke youtube dan taip 1993
Mirage Review dan lihatlah bagaimana model jenis ini telah ditinggal jauh oleh
enjin B16A ini.
Vtec B16A
Punca kenapa enjin
ini kurang daripada B16A adalah kerana MIVEC CA4/CB4 lemah dari sudut gear
ratio.
Buat peminat enjin
MIVEC jenis ini sila lihat perbandingan gear ratio dibawah ini.
MIVEC 4G92 CB4A :
1 - 3.083
2 - 1.947
3 - 1.285
4 - 0.939
5 - 0.756
R - 3.083
F - 4.592
2 - 1.947
3 - 1.285
4 - 0.939
5 - 0.756
R - 3.083
F - 4.592
B16A
1 - 3.230
2 - 2.105
3 - 1.458
4 - 1.107
5 - 0.848
R - 3.000
F - 4.400
2 - 2.105
3 - 1.458
4 - 1.107
5 - 0.848
R - 3.000
F - 4.400
Jika dilihat pada sudut final drive memang MIVEC
mempunyai final drive yang tinggi sedikit daripada B16A ini namun jika dilihat
ratio dari gear 1 hingga 3 ternyata B16A mempunyai ratio yang lebih mantap dan
menarik daripada MIVEC 4G92. Sistem gear yang rapat atau close ratio yang
dihasilkan oleh Honda ketika itu memang menakjubkan. Hanya sekadar kotak gear
tersebut, Honda mampu meninggalkan enjin MIVEC CB4A itu dengan begitu jauh.
Honda dikatakan memang hebat.!
Dari sudut keringanan
sesuatu komponen enjin, MIVEC model CA4A/CB4A atau kita sebutkan sebagai MIVEC
Gen1, ternyata lebih berat berbanding B16A VTEC. Sebagai contoh gearbox. MIVEC
Gen1 mempunyai 3 batang shaft (penyambung gigi -gigi gear) manakala B16A hanya
mempunyai 2 batang shaft. Dari sudut ini jelas kelihatan MIVEC Gen1 sudah
ketinggalan dari sudut berat sesuatu kompanen jika hendak dibandingkan dengan
B16A.
Mungkin ada tak
percaya tapi sila ke http://www.youtube.com/ dan sila taip 1993 Mirage Review
dan saksikannya....
CK4A/CJ4A
Selang beberapa tahun
kemudian, Mitsubishi melancarkan model baru untuk Mirage Cyborg ZR. Model ini
dikeluarkan pada tahun 1996. Masih menggunakan nadi yang sama iaitu 4G92 MIVEC.
Cuma kali ini enjin telah diubahsuai kedudukannya.
Mivec CK4A
Model Ck4A/CJ4A
Anda boleh lihat
perbezaan dari sudut kedudukan enjin baru ini. Kedudukan timing belt yang telah
pun berubah, extractor yang mempunyai flow yang lebih cantik dan mantap.
Enjin ini mula
mendapat perhatian buat peminat permotoran Malaysia khasnya buat pengguna
kenderaan jenis Proton Waja, Gen-2, Pesona, Satria Neo, dan Saga-BLM. Namun
enjin jenis ini masih tidak popular jika hendak dibandingkan dengan CA4a/CB4a
kereta majoriti kereta - kereta yang saya sebutkan tadi masih baru dan tidak
ramai yang berani mengambil risiko untuk menukar enjin asal kepada enjin Mivec
atau enjin - enjin Mitsubishi yang lain. Takut waranty hilang!!!
Namun, tidak ramai
yang tahu di Malaysia khasnya kehebatan prestasi enjin ini. Inilah satu -
satunya enjin yang dapat memberi saingan paling hebat buat B16A pada tahun yang
juga telah mengeluarkan model baru iaitu Honda Civic Ek4 yang masih menggunakan
jentera B16A. Jika tidak percaya sila ke http://www.youtube.com/ dan sila taip
1996 Mirage Review.
Jentera baru Mitsubishi ini benar - benar hampir
memalukan B16A. vtec killer Walaupun tewas pada penghujungnya. Namun jika
saudara - saudari lihat pada video tersebut ternyata B16A hanya mampu
meninggalkan Mivec 4G92 sangat sedikit. Jika dahulu, B16A meninggalkan 4G92
Mivec dengan begitu jauh namun kali ini tidak lagi. Mitsubishi beralaih kearah
kemajuan.
Jadi apa yang
membezakan Mivec tahun 1993 dengan Mivec tahun 1996.
Perbezaannya ialah pada gear ratio. Mari kita lihat
perbezaannya
Ck4A/CJ4A
1 - 3.071
2 - 1.947
3 - 1.379
4 - 1.030
5 - 0.820
R - 3.363
F - 4.625
CA4A/CB4A
1 - 3.083
2 - 1.947
3 - 1.285
4 - 0.939
5 - 0.756
R - 3.083
F - 4.592
Kekuatan utama pada Mivec Ck4A/CJ4A ini berada pada
gear 3 dan 4. Gear 3 pada model ini telah dipertingkatkan lagi kekuatannya
dengan menambah gigi gear 3 itu daripada 1.285 kepada 1.379. Manakala final
drive model CK4A/CJ4A telah dinaikkan dari 4.592 kepada 4.625. Dengan
meningkatkan final drive dan gear 3 pada model ini ternyata berhasil apabila
Mivec model ini nyaris - nyaris dapat memalukan B16A.
Dari sudut berat
sesuatu komponen enjin, model ini telah membuat perubahan pada isi dalam gear
box tersebut. Daripada mempunyai 3 shaft kepada 2 shaft sahaja. Ini telah
menyerupai sistem gear Honda VTEC.
Saya ulangi sekali
lagi, buat peminat MIVEC sila membuat perbandingannya sendiri dengan menaip
1993 Mirage Review dan 1996 Mirage Review di laman web
Mitsubishi juga tidak
berdiam diri apabila melihat formula yang dihasilkan pada model tahun 1996 ini
hampir berjaya menjadi Raja 1.6 dan sekali pada tahun 1999, mitsubishi telah
mengeluarkan model yang sama dan enjin sama cuma diubahnya ratio pada gear 2,
daripada 1.947 kepada 2.071. Hasilnya? 4G92 model Ck4A/CJ4A telah berjaya
meninggalkan B16A. vtec killer did it.... Anda semua boleh mencarinya dengan
membeli VCD atau DVD yang bertajuk Best Motoring (maaf saya lupa volume
keberapa).
Kesimpulan
Model ini sebenarnya
popular di Jepun. Banyak barang - barang prestasi atau performance telah
dihasilkan (khasnya model Ck4A/CJ4A). Sememangnya MIVEC benar - benar memberi
saingan sengit kepada VTEC jika sama - sama masih mengekalkan 1.6cc. Namun jika
sudah melakukan modifikasi itu cerita lain. Jadi saya berharap, buat pemilik
enjin MIVEC yang memandu kereta Proton Wira, Satria dan Putra saya harap anda
semua boleh faham kenapa anda tertinggal jauh dengan B16A.
Buat pemilik
kenderaan Proton Waja, Gen-2, Pesona, Satria Neo dan Saga - BLM. Anda harus
berbangga, model inilah yang dapat memberi sainga hebat kepada B16A.
Sekian..... Maaf jika
ada ayat atau salah, maklumlah info ni kongsi kongsi
EmoticonEmoticon