Memaparkan catatan dengan label Politik Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik Malaysia. Papar semua catatan

Isnin, 1 Ogos 2016

Nabi Tak Pernah Halau Anak-Anak Ke Saf Belakang..

Nabi Tak Pernah Halau Anak-Anak Ke Saf Belakang..

1- Nabi membawa anak kecil di dalam solat. Nabi membiarkan anak kecil bermain di dalam solat berjemaah sehinggakan membiarkan memanjat belakang baginda.

2- Anak-anak tidak najis. Perbuatan anda menghalau itulah seperti najis.

Nabi Tak Pernah Halau Anak-Anak Ke Saf Belakang..

3- Nabi tidak menghalau anak kecil ke belakang. Nabi bukan sahaja membawa ke dalam saf orang dewasa, malah Nabi bawa sehingga ke tempat imam.

4- Tiada istilah “putus saf” jika membawa anak kecil ke dalam saf orang dewasa. Saf terputus jika anda menjarakkan kaki. Sambung atau terputus sesuatu saf adalah bergantung kepada anda. Bukan salah anak-anak.

5- Apa perasaan anda jika anak-anak muda menghalau anda yang sudah tua ke belakang?

6- Jika anda mahu berada di saf hadapan, datanglah awal dan cop tempat anda di baris pertama. Bukan dengan cara menghalau orang lain.

7- Membawa anak kecil di dalam saf orang dewasa ada dicontohkan Nabi. Tetapi menghalau anak-anak ke belakang mengikut sunnah siapa? Biasanya Iblis dan Syaitan yang suka menghalang orang lain dari mendapat kebaikan. Janganlah kita menjadi seperti mereka.

Nabi Tak Pernah Halau Anak-Anak Ke Saf Belakang..


8- Kami berterima kasih kepada AJK surau dan masjid kerana menguruskan perjalanan dengan baik. Namun surau dan masjid adalah hak orang Islam termasuk juga anak-anak kecil. Surau dan masjid bukan hak peribadi sesama AJK yang boleh digunakan sesuka hati dan menghalau orang lain sesuka hati.

9- Sepatutnya orang dewasa memberi galakan kepada anak-anak kecil. Bukan menghalau dan mengkastakan mereka. Anak-anak sepatutnya bersolat di sisi ibu bapa supaya ibu bapa dapat mengajar dan mendisiplinkan anak-anak tentang solat berjemaah.

10- Meletak anak-anak di hujung belakang saf menjadikan anak-anak lebih banyak bermain dan berbuat bising selain berbahaya kerana mudahkan penculikan berlaku. Kes pernah terjadi beberapa kali di Malaysia, terbaharu penculikan 3 hari lepas sewaktu si ayah sedang solat di hadapan manakala anak-anaknya di saf belakang..

Ahad, 24 Julai 2016

JANGAN JANGAN BILA GAWAT DATANG

JANGAN JANGAN BILA GAWAT DATANG

1. Jangan tukar kerja waktu ini kerana yang 'terakhir masuk, paling awal keluar'
 JANGAN JANGAN BILA GAWAT DATANG


2. Pakai saja kereta lama jangan berangan nak pakai Honda, beli logo Honda tampal tak mengapa.

 JANGAN JANGAN BILA GAWAT DATANG


3. Jangan bina hutang baru, hutang lama kambus segera.

 JANGAN JANGAN BILA GAWAT DATANG

4. Jangan belanja simpanan kecemasan yang ada, bila bila masa akan berguna.
 JANGAN JANGAN BILA GAWAT DATANG


5. Jangan lupa sedekah, walau kita saat sedang susah sebenarnya.

 JANGAN JANGAN BILA GAWAT DATANG


6. Jangan beli rumah mewah, duduk rumah pangsa bukan dosa.

 JANGAN JANGAN BILA GAWAT DATANG


7. Jangan banyak tengok katalog ikea, nanti geram nak tukar sofa.
 JANGAN JANGAN BILA GAWAT DATANG


8. Jangan malas membaca, ada banyak idea tambah pendapatan yang luar biasa sebenarnya.
 JANGAN JANGAN BILA GAWAT DATANG


9. Jangan 'dating' di Pavilions, makan roti harga macam makan kambing sahaja.
 JANGAN JANGAN BILA GAWAT DATANG


10. Jangan lupa cari pendapatan tambahan, buat buat tido dan harap orang derma dalam akaun kita. Itu kerja giler. Panduan RM 2400 sehari


11. Jangan tambah isteri yang ada, kekal yang lama tambah bahagia.
 JANGAN JANGAN BILA GAWAT DATANG


12. Jangan cari suami yang kaya, banyak dah contoh kekal tak lama.
 JANGAN JANGAN BILA GAWAT DATANG


13. Jangan merungut duit tak ada depan anak kita, berusahalah suami kacak semua.
 JANGAN JANGAN BILA GAWAT DATANG


14. Jangan malu pandu viva, semua yang bawak kacak macam bangla.
 JANGAN JANGAN BILA GAWAT DATANG


15. Jangan lupa bina Tabung Warna. walau ada yang ketawa tengok tabung kita. Jumlahnya beribu juga, engkau ada...

Gawat datang lagi, kali ini lebih ngeri. Bersedialah kita untuk zaman kering ini, katanya panjang musim kering kali ini.
Ditulis oleh Azizul Azli Ahmad.

Isnin, 18 Julai 2016

Air Berkeladak Selut dan Payau di Kelantan

Air Berkeladak Selut dan Payau di Kelantan : 

Terima Kasih Kerajaan Persekutuan

Oleh : Nazman bin Che Iberahim, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

Air Berkeladak Selut dan Payau di Kelantan


1. Isu air di Kelantan ibarat penyakit barah ataupun kanser. Setidak tidaknya ini yang diharapkan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Penyakit ini jika tidak membunuh dengan segera pun, lama kelamaan ia boleh mengundang kecelakaan dan kematian. Sebab itu isu air ini sering hangat diperkatakan dan musimnya juga agak kerap. Lebih lebih lagi menjelang pilihanraya umum. Dan yang lebih besar lagi adalah isu ini menjadi permasalahan yang terpaksa dihadapi rakyat saban saat, jam dan juga hari. Ia kemudahan asas yang tidak boleh tidak wajib ada.


2. Apa sahaja permasalahan yang timbul dan wujud di negeri ini akan terus menjadi fokus dan tumpuan satu Malaysia. Ia biasa bagi kami, atas apa jua isu. Sedangkan jika di tempat dan negeri lain, apa apa isu agak sukar untuk heboh. Lihat sahaja orang kampung di Pekan Pahang yang terpaksa menggunakan air parit dan juga air bukit beberapa bulan lepas akibat El Nino dan kemarau yang melampau, ia tidak menjadi tajuk utama pun dalam mana mana akhbar mahupun berita TV. Biasalah.


3. Namun, adakah isu air ini baru wujud kelmarin? Atau baru timbul tahun ini? Atau sejak Kelantan diperintah PAS pada tahun 1990? Ia adalah masalah lama yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu lagi. Ir Haji Wan Mohd Zamri Wan Ismail, Ketua Jabatan Pembangunan Teknikal AKSB, menyebut bahawa peruntukan pembangunan bekalan air untuk Kelantan bermula tahun 1990 iaitu seawal PAS diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah Kelantan sehinggalah tahun 2001 telah disekat. Dan bermula pada tahun 2003 barulah Kelantan dapat membina loji baru di Chicha. Maksudnya 13 tahun kita disekat daripada membangunkan dan meningkatkan keupayaan loji air.


4. Kerajaan negeri memohon RM600 juta untuk 5 tahun bagi membangunkan dan menguruskan sistem bekalan air, tetapi diluluskan pinjaman itu untuk tempoh 15 tahun. Negeri lain semuanya diberikan geran secara percuma sehingga RM1000 juta ataupun 1 billion, namun Kelantan hanya diberi RM600 juta. Itupun pinjaman dan ia pula diberi untuk tempoh 15 tahun ataupun 3 kali rancangan. Sedangkan keperluan sebenar untuk tempoh 15 tahun ini adalah sehingga RM2 billion.

Air Berkeladak Selut dan Payau di Kelantan


5. Saya juga teringat pada beberapa tahun yang lalu apabila Professor Datuk Ir Dr Zaini Ujang, iaitu Pengerusi Majlis Kualiti Alam Sekeliling Malaysia, yang mana sekarang beliau sedang berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, menyatakan bahawa peruntukan sebanyak RM600 juta yg AKSB terima adalah teramat sedikit untuk dibangunkan rancangan pemulihan bekalan air secara efektif. Dengan penduduk negeri ini yang melebihi 1.5 juta orang, jumlah pinjaman RM600 juta ini, yang diberi untuk pembangunan bekalan air adalah teramat kecil dan terhad. Malahan untuk menggantikan paip lama sahaja kosnya berjumlah RM1.1 billion. Bermaksud isu bekalan air ini adalah satu kerja yang melibatkan kos dan wang yang begitu banyak.


6. Seperti yang saya sebutkan di atas, UMNO-Barisan Nasional begitu berharap agar isu bekalan air ini akan berterusan dan ianya mampu menjadi modal politik yang paling utuh menjelang PRU14 nanti. Lihat sahaja RM600 juta pinjaman itu, ia dieksploitasi secara ekstrem dengan mengatakan jumlah ini lebih daripada cukup untuk membangunkan sistem bekalan air, kerajaan negeri tidak pandai menguruskan wang dengan jumlah ini, malahan mereka mendakwa wang ini adalah geran percuma ! Dan lebih teruk lagi mereka mempertikaikan ke mana perginya wang RM600 juta ini sedangkan masalah bekalan air masih di takuk lama. Adakah ada unsur rasuah kata mereka.


7. Perlu diingat, bahawa isu tuduhan berkaitan wang RM600 juta ini juga sudah selesai di mahkamah. Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) Azmi Che Ali diperintahkan membayar ganti rugi RM50,000 kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) berhubung kenyataan fitnah yang mengaitkan penyelewengan bantuan kewangan kerajaan Persekutuan oleh syarikat air itu, tiga tahun lepas. Fitnah ini disiarkan oleh akhbar The Star pada 26 April tahun 2012 bertajuk "Murky Waters Over A Million Kelantanese Drink Water that Looks Like This", yang mana artikel itu adalah jelas tidak benar dan tidak berasas.


8. Ramai yang tidak mengetahui bagaimana pinjaman RM600 juta itu dibelanjakan untuk meningkatkan keupayaan bekalan air di negeri ini. Adakah AKSB yang menguruskan 100% pinjaman ini atau ada pihak lain yang mengaturnya? Ramai yang berhujah di medan alam maya tanpa mengetahui fakta sebenar dengan beranggapan bahawa bantuan kewangan oleh kerajaan persekutuan kepada AKSB sebanyak RM600 juta adalah boleh digunakan serta merta, padahal ia adalah bantuan secara  berperingkat untuk jangka masa 20 tahun dan segala bayaran kepada kontraktor mesti mendapat kelulusan Kementerian Kewangan dari kerajaan persekutuan bukannya boleh dibelanja  sewenang-wenangnya oleh kerajaan negeri ataupun AKSB.


9.Apakah keperluan AKSB yang sebenarnya untuk membangunkan sistem yang efektif ini? Seperti yang saya nyatakan pada awal tadi, bermula pada tahun 1990 sehinggalah tahun 2003, AKSB tidak menerima satu sen pun untuk pembangunan air di negeri ini yang membawa makna selama 13 tahun pengurusan sistem air berada di bawah paras yang memuaskan. Dan semasa pinjaman diberi pada tahun 2003 oleh Tun Mahathir, AKSB sebenarnya memerlukan RM2 billion untuk menguruskan balik 'lost development years'.


10. Dan terkini, Kelantan memerlukan lebih RM5 billion bagi rancangan pembangunan melibatkan kerja kerja untuk menguruskan semula "lost development years", memenuhi permintaan pengguna yang meningkat 3% setiap tahun dan membuat persiapan bagi jangkaan permintaan masa hadapan dengan unjuran 20 tahun akan datang. Ini tidak termasuk rancangan 'upstream' ataupun sumber air yang biasanya dibiayai oleh kerajaan persekutuan secara geran, pembinaan empangan bawah tanah dan struktur lain bagi memastikan sumber air mencukupi untuk 50 tahun yang akan datang.


11. Berkaitan dengan aduan beberapa pengguna yang mengatakan air paip terasa agak payau, penjelasan juga ada diberikan oleh pegawai pegawai AKSB. Sungai Kelantan, sejak berpuluh-puluh tahun aras minima tahunan yang dicerap di kawasan Pasir Mas, tidak pernah turun sehingga di bawah 1.0 meter walaupun sewaktu kemarau. Namun selepas tahun 2010 ia semakin jelas turun sehingga 0.20 meter. Dan kesannya adalah air laut mula merayau masuk ke kawasan sungai Kelantan. Kehadiran garam di dalam air Sungai Kelantan pada bulan Mac 2016 boleh dikesan sehingga ke Jambatan Tendong. Kesan penurunan air sungai ini serta risiko air masin memaksa KADA melalui MOA merancang dan membina satu empangan rendah atau 'low weir' di Kg Kubang Pak Amin, Kasa dengan kos melebihi RM40 juta.


12. Pemuda PAS Kelantan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan kerana bersetuju dan meluluskan rancangan migrasi kepada Kelantan setelah AKSB memohon sejak tahun 2008 lagi. Terkini enam negeri telah migrasi ke rejim SPAN iaitu Johor, Perak, Pulau Pinang, Perlis, Melaka dan Negeri Sembilan di bawah rancangan nasional untuk melestarikan perkhidmatan air. Kelantan bakal memperoleh banyak manfaat di bawah rancangan ini dalam usaha untuk membangunkan projek projek bekalan air kepada rakyat.


13. Dan sudah pasti kelulusan kabinet ini amat tidak disukai oleh musuh musuh politik PAS Kelantan kerana migrasi akan menyebabkan masalah bekalan air di Kelantan selesai dan dapat diperbaiki dengan jayanya nanti, Insyaallah. Sehinggakan satu taklimat terpaksa dibuat pada 20hb Jun kelmarin di Kota Bharu oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kepada agensi agensi kerajaan persekutuan, pimpinan parti politik BN dan JKKK. Walaupun dibuat di Kota Bharu, sesi penerangan bertajuk Melestarikan Air Kelantan Demi Kesejahteraan Hidup Rakyat ini langsung tidak mempelawa dan menjemput wakil kerajaan negeri dan juga AKSB. Apalah nasib Kelantan yang selalu dianaktirikan. Untuk pemahaman kita, rancangan migrasi ini terpaksa diluluskan kerana ia adalah agenda nasional dan menyeluruh ke atas semua negeri yang telah bersedia untuk proses migrasi.


14. Terima kasih Putrajaya. Isu selut dan karat yang keluar daripada paip kami sejak sekian lama adalah disebabkan sikap 'double standard' kerajaan persekutuan sejak sekian lama dahulu. Puluhan tahun Kelantan diburuk burukkan dengan isu air, akan  tetapi rakyat dan pengundi kekal setia dengan terus memberikan mandat kepada PAS untuk mentadbir. Rakyat tahu selut ini bukan sekadar datang dari hulu Kelantan, rakyat sedar karat ini bukan semata mata terkakis dari saluran paip, tapi punca besarnya adalah akibat diskriminasi Putrajaya. Terima kasih Putrajaya.


15. Kali ini dengan rancangan migrasi ini, masalah air akan pulih dan selesai secara berperingkat-peringkat. Dan diharapkan rakyat Kelantan terus bersabar dan terus memberikan sokongan kepada pimpinan negeri kita. Insyaallah segala masalah akan diselesaikan satu persatu.

Ahad, 3 Julai 2016

Zakat..Luahan Netizen Facebook


Saya tidak menafikan usaha-usaha baik pengurusan zakat yang telah pun berjaya dilakukan. Kita tahu, zakat kita banyak. Jika dihimpun seluruh negara, mungkin mencecah lebih 1.5 billion. Itu setiap tahun. Bangunan-bangunan zakat cantik dan indah. Iklan-iklan mengutip zakat juga canggih dan mahal. Gaji-gaji yang terlibat mengurusnya jangan ditanya lagi. Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi. Iklan-iklan  kutip zakat mahal dan hebat. Tiba-tiba ada si miskin kita terpaksa merintih simpati dari pihak lain termasuk gereja?

Zakat..Luahan Netizen Facebook


Ada pegawai zakat bersifat begitu meterialistik. Berwajah manis jika hadir di depannya pembayar zakat, tapi berwajah suram jika yang hadir itu pemohon zakat. Tiada semangat dakwah dan ukhuwwah Islamiyyah. Pemohonan sulit dan sukar. Apatahlagi jika mak cik tua yang uzur disuruh mengisi borang. Maka, pemohon zakat bagaikan peminta sedekah. Sebab itu barangkali ramai fakir yang tidak sanggup ke pejabat zakat.


Jika program ‘Bersamamu’ boleh menemui si fakir saban minggu, kenapa pula ada pihak zakat yang gagal mengesan mereka. Jika usaha mengutip zakat begitu hebat, alangkah baik dihebatkan juga usaha mencari mereka yang layak menerima zakat. Mencari orang miskin itu penting, bukan menunggu mereka datang. Bukan semua yang miskin sanggup atau dapat datang kepada pejabat zakat.

Zakat..Luahan Netizen Facebook


Menurut al-Quran, yang miskin tidak meminta itu lebih patut diutamakan. Firman Allah (maksudnya): “(Pemberian sedekah itu) adalah untuk golongan fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); orang yang jahil menyangka mereka kaya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) tanda-tanda mereka, mereka tidak meminta daripada orang ramai secara mendesak-desak, dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang baik maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya”.( Surah al-Baqarah ayat 273)
Berilah zakat kepada mereka, kerana itu memang hak mereka. Jangan jadikan mereka pengemis di pejabat zakat. Berilah dengan kasih dan perancangan agar mereka keluar dari daerah kemiskinan. Bukan RM 100 ataupun 200 yang menyebabkan mereka akan beratur mengemis zakat setiap tahun.


Kata Saidina ‘Umar r.a.:“Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka”. Kata Ibn Hazm (meninggal 456H): “Apa yang kami tahu tiada sahabah yang berbeza dalam hal ini” (Ibn Hazm, Al-Muhalla 4/280, Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah).


Bahkan zakat boleh diberikan kepada bukan muslim yang miskin atas peruntukan fakir dan untuk dakwah atas peruntukan muallaf. Lihatlah perbahasan fekah yang lebih luas. Jika zakat berfungsi, bukan muslim juga akan tertarik dengan Islam. Jika ia tidak berfungsi, yang sudah Islam pun ingin keluar dari Islam!

Khamis, 6 Ogos 2015

Beza Zaman Tun M dengan Zaman Datuk Sri Najib


Zaman Tun M
Tapi zaman mahathir... walau pun ada krisis tapi negara tetap berjalan lancar...malah negara Malaysia di kagumi oleh satu Dunia kerana mahathir..
ingat masa tu SATU ASIA duit jatuh... tapi kita sebagai rakyat boleh di katakan tak terasa... mahathir dengan Daim langsung tutup aliran duit keluar negara... sekat duit keluar.... batal note 500 dan 1000... jual jet semata mata pertahankan mata wang negara... tolak tawaran pinjaman IMF...kena kutuk pulak tu sebab tolak pinjaman imf.... tapi sudahnya negara kita dapat bertahan dengan baik... pembangunan berjalan dengan teratur... dan negara lain yang dulu pinjam imf... maseh berhutang...terikat dengan imf..
Nak lagi hebat... pernah tahukah korang tahu bahwa Tun Mahatihr dan seangkatannya pernah secara senyap senyap ambil alih syarikat terbesar dibritish dan seterusnya mengambil alih ekonomi negara yang dulunya di bawah british???? Peristiwa itu amat manis sebab dulu kita hanya merdeka pada nama tapi banyak aset negara di kuasai british tapi berkat kebijaksanaan tun.. kita kembali kuasai ekonomi kita sendiri... Sehingga ianya jadi kejutan satu dunia...
Carilah maklumat tentang mahathir di luar negara... boleh di katakan semua pemimpin luar negara kagum dengan tun Mahathir.. kelantangan beliau bersuara... prinsip beliau tentang kekejaman yahudi semua secara terang.. Tun Mahathir la yang membuatkan Malaysia terkenal di dunia... sampaikan kemajuan Dubai pun di kaitkan dengan Tun Mahathir..
Tapi berbeza dengan pimpinan Najib... terlalu boros duit keluar... seminggu sebelum GST bermula beli jet... jet dah ada 7 tau sekarang... seminggu selepas GST bermula semua menteri naik gaji rm5000... melabur di luar negara yang langsung tak de keuntungan... mara pun dengar ada melabur di luar negara... dengan cara rosmah berbelanja ... semua satu dunia tau...
Tambah pula nak di masukkan 1.5 juta bangla masuk malaysia... tahu tak masa bangla 1.5 juta tu bila dah berkerja di sini.. berapa banyak pula duit malaysia yang keluar?????
Ingatlah selagi laju deras mata wang kita keluar.... selagi itulah rm kita jatuh...
Tahu tak sekarang di asia hanya malaysia duit rm kita yang ketara jatuh??? Sampai sekarang satu langkah pun takde cara selamatkan duit ringgit kita.. ada tak.. atau pun menteri kewangan kita maslan sibuk dengan nasi goreng die dan suruh kita berjimat di atas landasan yang dia buat... ada rasa macam pendapat dungu tak..
Yang si menteri Nazri pulak bangga duit jatuh sebab katanya pelancong akan suke berbelanje kat sini.. akai ada tak... korang tak da usaha langsung naikkan mata wang malaysia ke... yang nampak naik semuanya menjadi beban pada rakyat....
Berkata tentang brim... mahathir tak pernah setuju tentang pemberian brim.. sebab duit tu duit hangus... memang duit tu berbelanja di negara kita juga... tapi ibarat duit hangus..ibarat duit sogok... cuba duit brim tu di masukkan sebagai subsidi minyak... harga minyak rasa akan lebih murah.. atau duit brim tu di kumpul dan di jadikan modal penubuhan syarikat gergasi di malaysia.. dan rakyat kita berkerja disana... kita dapat gaji... kerajaan dapat untung...
Malang sungguh sebab kita punya menteri menteri yang rasa bijak pandai seorang demi seorang buat stetmen bodoh... boleh dikatakan takde langsung bila menteri keluar stetmen... kita sebagai rakyat boleh mengucapkan terima kasih.... ini tidak... semua stetmen rasa nak balas dengan tapak kaki... nasib baik kita ada bekas TPM muhidin yang sedar... yang nampak...
Dengan GST lagi... dengan kenaikan satu persatu harga barang... kes topup pun tak boleh selesai... mula cerita ... topap dah sedia ada cukai sst 6%... di ganti dengan gst 6% maksud tiada sebarang kenaikan...tapi apa yang dah jadi... senyappppp... sebab melalui topup keuntungan dah berapa keuntungan masuk....
Semua macam dah tak nampak keluhan rakyat... semua buat buat tak tau.... sebab nak selamatkan pangkat dan gaji...
Jangan cari salah Tun Mahathir... itu semua kecil jika di bandingkan dengan apa yang kita kecapi sekarang...pimpinan mahathir jauh beza terurus... Berterima kasih lah dengan Tun Mahathir... tanpa die kita tak kan maju seperti sekarang... PM lain cuma sambung siram air je... pokok Mahathir dah tanam dah berbunga
Jangan kita cari salah Tun Mahathir... tak di nafikan tetap ada kelemahan dan krisis dalam pemerintahan Mahathir... tapi kita pandang jauh berfikiran terbuka... buka mata seluasnya dan lihat segala pembangunan pencapaian yang di bawa oleh mahathir... kita ambil yang positif... pemimpin luar boleh segan bangga dengan cara mahathir... kenapa tidak kita bangga...
Setiap pemimpin ada kelemahan masing masing... tapi kelemahan mahathir bukan menghancurkan negara... tapi beliau naik kan nama Malaysia.
Silap kita cuma cari salah menyalahkan mahathir... kenapa tak ambil yang positif tentang tun? Ego sangat kah kita? Pandai sangatkah kita? Belajarlah rendah diri...
Terlalu mudah mencari salah Tun Mahathir bukan penyelesaian... beliau dah tunjukkan bukti jenama kan Malaysia...
Kenapa mesti orang luar, pemimpin luar negara yang kagum dan tabik pada Mahathir? Siapa lagi pemimpin kita yang di segani selain Tun...
Tun amat tegas dan berani... walaupun Tun berada di studio di tengah tengah kota London... dan di tanya kenapa Mahathir menentang yahudi.. Tun tetap dengan pendiriannya... percaya tak carilah video interview Mahathir di tengah kota London dan lihat bagaimana Mahathir lantang bersuarakan prinsipnya...
Di tanya... bukankah Mahathir sepatutnya sudah mengundurkan diri anda patut diam... Tun berkata apakah saya harus diam bila melihat seseorang melakukan sesuatu yang tak baik dengan negara saya di dalam negara saya....dan saya harus diam?? pasti saya tak boleh diam sebab itu akan menjadikan saya tidak bertanggung jawap pada negara saya sendiri...
Carilah videonya dan tengok....
siapa yang boleh gantikan Tun Mahathir???
Siapa lagi yang tegas seperti Mahathir
Belum ada sesiapa....
Saya tidak kata Tun Mahathir itu sempurna tapi sekurang kurangnya berfikiranlah terbuka dengan dirinya.
Kalau Tun Mahathir seperti "mereka" tak payahlah Tun susah payah tegur demi kita
Betul kata Tun Mahathir... Melayu Mudah Lupa
Kita maseh beruntung sebab TMJ berani tegur tentang konflik dalam negara walau di balas pedas oleh menteri yang pegang kipas...
Saya sendiri pangkah umno setiap kali pilihan raya lepas.. kalau macam ni.. apa yang nak di harapkan..
Tanggung jawap kita kuatkan silahratulrahim... kuat kan melayu... kuatkan islam... sebab melayu kita dah lemah sekarang... dah hanyut...
Bangsa lain yang pegang ekonomi kita... kita tak boleh salahkan mereka sebab mereka rajin... tapi dimana pemuda pemudi kita...??? Hanyut....
Dah sampai masa kita kukuhkan ekonomi kita sendiri... bagaimana? Tentulah bermula dengan diri kita sendiri...
Jangan marah tapi itulah kenyataan
Kita berdoalah negara kita dapat kekal aman sejahtera... segala ancaman dapat kita tangani.. sebab Malaysia adalah negara teristimewa di dunia yang punya bermacam bangsa,agama dan budaya...
Salah petik... maka kembalilah kita pada permusuhan kaum.... masa tu... kalau berlaku.. orang luar cuma tepuk tangan ajek... dengan tunggu masa nak selit dalam masalah dan berlagak hero..
Akan datang... walau parti manapun yang memerintah esok...tolonglah kekal kan jenama Malaysia kita selama ini.... sebab... itulah kita... bahasa kita bahasa melayu kita... islam agama rasmi kita...
Pun begitu kita patut bangga sebab Malaysia adalah satu satunya negara di dunia yang rakyatnya bebas mengamalkan agamanya masing masing dalam harmoni dan aman....
Saya sendiri kalau di beri peluang ingin berdepan bertentang mata dengan Tun Mahathir berbual masa beliau masih hidup.... andailah dapat.... saya bersyukur andai dapat di pertemukan dengan tokoh yang saya kagumi....
Kawan kawan
Bersamalah kita gengam tangan kuat kuat bersama dan kekalkanlah.... sebab... sedikit punca.... nyawa boleh jadi begitu amat murah...

Isnin, 3 Ogos 2015

RM 2.6 billion Dalam Akaun Najib.. Ini Ulasan Tun M

RM 2.6 billion bukan suatu nilai yang kecil untuk dibandingkan dengan jumlah pendapatan seseorang yang berkerja untuk sebuah kerajaan ataupun sebuah perniagaan di Malaysia.

ulasan tun m


Rabu, 29 Julai 2015

Senarai Penuh Menteri Kabinet Malaysia 2015

Belum pun lagi genap 4 tahun untuk membuat Pilihanraya selepas pilihanraya 2013 yang lepas..
Menteri kabinet dah pun bertukar dengan Penguguran Timbalan Perdana Menteri menjadi mangsa utama pentadbiran DS Najib Razak...

DS Najib Razak




Sebagai rakyat Malaysia yang biasa-biasa kena terima segala percaturan yang ddibuat oleh pentadbiran negara malaysia

Khamis, 19 Mac 2015

PRK N06 CHEMPAKA : Kerajaan Negeri Umum Cuti

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR KELANTAN SEMPENA CUTI HARI MENGUNDI BAGI PRK N06 CHEMPAKA.


بسم الله الرحمن الرحيم
Rakyat Kelantan yang menetap di Dun Chempaka, Pengkalan Chepa akan membuat pemilihan calon pada pilihan raya kecil N 06 Chempaka yang akan berlangsung pada hari Ahad 1 Jamadil Akhir 1436 bersamaan 22 Mac 2015. Harapan saya agar proses pengundian pada hari tersebut berjalan dengan lancar dan aman tanpa ada sebarang unsur memanipulasi undi.
Pihak kerajaan amat simpati dengan kesukaran yang bakal dihadapi oleh rakyat pada hari pembuangan undi kerana hari tersebut adalah hari bekerja di Kelantan. Maka dengan ini saya mengistiharkan bahawa tarikh 22 Mac 2015 sebagai hari cuti peristiwa bagi seluruh Negeri Kelantan Darulnaim. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan pembuangan undi pada hari tersebut.
USTAZ DATO’ HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 26 Jamadil Awwal 1436 / 18 Mac 2015

Isnin, 9 Mac 2015

Perginya seorang murabbi, Terhentikah perjuangannya?

Bicara harakah...

tuan guru


Dipengerusi Oleh : Dr Ridhuan Mohd Noor
Jemputan : 1) Ustaz Ahmad Dusuki
                  2) Bob Lokman
                  3) Abby Abadi

Ulasan yang cukup menyentuh perasaan sebuah delegasi TGNA selama 84 tahun kehidupan beliau...


Biodata TGNA DiSini
Parodi TGNA Disini
Sistem Perakaunan DKS

Isnin, 6 Mei 2013

Keputusan Penuh PRU13 : Parlimen dan Dun Kelantan

Keputusana penuh mengenai Pilihanraya Umum ke 13 bagi negeri Kelantan Darul Naim. PAS terus memerintah negeri Kelantan...



P19 TUMPAT
BNMansor Salleh

Bilangan Undi : 35527

PASDatuk Kamaruddin Jaafar

Bilangan Undi : 46151

P20 PENGKALAN CHEPA
BNDatuk Dali Husin

Bilangan Undi : 19497

PASDr Izani Hussin

Bilangan Undi : 34617

P21 KOTA BHARU
BNDatuk Mohamad Fatmi Che Salleh

Bilangan Undi : 24650

PASDatuk Takiyuddin Hassan

Bilangan Undi : 40260

BEBASMohd. Zakiman Abu Bakar

Bilangan Undi : 148

P22 PASIR MAS
BEBASIbrahim Ali

Bilangan Undi : 25384

PASNik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

Bilangan Undi : 33431

P23 RANTAU PANJANG
BNGhazali Ismail

Bilangan Undi : 17448

PASSiti Zailah Mohd Yusoff

Bilangan Undi : 23724

P24 KUBANG KERIAN
BNAnuar Safian

Bilangan Undi : 18769

PASAhmad Baihaki Atiqullah

Bilangan Undi : 35510

P25 BACHOK
BNDatuk Awang Adek Husin

Bilangan Undi : 35218

PASAhmad Marzuk Shaary

Bilangan Undi : 35419

P26 KETEREH
BNAnnuar Musa

Bilangan Undi : 26912

PKRAb Aziz Ab Kadir

Bilangan Undi : 25938

P27 TANAH MERAH
BNDatuk Ikhmal Hisham Abdul Aziz

Bilangan Undi : 26505

PKRNik Mahmood Nik Hasan

Bilangan Undi : 22278

BEBASAhmad Fizal Che Harun

Bilangan Undi : 213

P28 PASIR PUTEH
BNTuan Mustaffa Tuan Mat

Bilangan Undi : 31691

PASDr Nik Mazian Nik Mohamad

Bilangan Undi : 33579

P29 MACHANG
BNDatuk Ahmad Jazlan Yaakub

Bilangan Undi : 25660

PKRDr Wan Zawawi Wan Ismail

Bilangan Undi : 24855

P30 JELI
BNDatuk Seri Mustapa Mohamed

Bilangan Undi : 21223

PASMohd Apandi Mohamad

Bilangan Undi : 15954

P31 KUALA KRAI
BNTuan Aziz Tuan Hamat@Tuan Mat

Bilangan Undi : 25876

PASMohd Hatta Md Ramli

Bilangan Undi : 27919

P32 GUA MUSANG
BNTengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah

Bilangan Undi : 21367

PASDatuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah

Bilangan Undi : 12954

N1 PENGKALAN KUBOR
BNDatuk Noor Zahidi Omar

Bilangan Undi : 10174

PKRSaharun Ibrahim

Bilangan Undi : 8438

BEBASIzat Bukhary Ismail Bukhary

Bilangan Undi : 85

N10 BUNUT PAYONG
BNMohd Fakhrurazi Abdul Rahim

Bilangan Undi : 7655

PASDr Ramli Mamat

Bilangan Undi : 13447

N11 TENDONG
BNDatuk Hanafi Mamat

Bilangan Undi : 8419

PASRozi Muhamad

Bilangan Undi : 9397

N12 PENGKALAN PASIR
BNTuan Anuwa Tuan Mat

Bilangan Undi : 8683

PASHanifa Ahmad

Bilangan Undi : 13398

N13 CHETOK
BNAimi Jusoh

Bilangan Undi : 8593

PASAbdul Halim Abdul Rahman

Bilangan Undi : 10578

N14 MERANTI
BNMohd Afandi Yusoff

Bilangan Undi : 4589

PASMohd Nassuruddin Daud

Bilangan Undi : 8522

N15 GUAL PERIOK
BNDatuk Shaari Mat Hussain

Bilangan Undi : 7609

PASMohamad Awang

Bilangan Undi : 8224

N16 BUKIT TUKU
BNDatuk Mohd Zain Ismail

Bilangan Undi : 5690

PASAbdul Rasul Mohamed

Bilangan Undi : 6569

N17 SALOR
BNDatuk Mohd Noordin Awang

Bilangan Undi : 6548

PASDatuk Husam Musa

Bilangan Undi : 10231

N18 PASIR TUMBOH
BNMohd Syamsul Mohd Yusoff

Bilangan Undi : 5471

PASAbd Rahman Yunus

Bilangan Undi : 9972

N19 DEMIT
BNWan Mohd Nazi Wan Hamat

Bilangan Undi : 6721

PASMumtaz Md Nawi

Bilangan Undi : 15302

N2 KELABORAN
BNWan Hanapi Wan Yaacob

Bilangan Undi : 7992

PASMohamad Zaki Ibrahim

Bilangan Undi : 10098

N20 TAWANG
BNMohd Zain Yasim

Bilangan Undi : 10451

PASHassan Mohamood

Bilangan Undi : 13563

N21 PERUPOK
BNMuhammad Zaidi Sidek

Bilangan Undi : 10882

PASMohd Huzaimy Che Hussein

Bilangan Undi : 12370

N22 JELAWAT
BNDatuk Dr Ilias Husain

Bilangan Undi : 11620

PASAbdul Azziz Kadir

Bilangan Undi : 11722

N23 MELOR
BNMohamed Othman Omar

Bilangan Undi : 8101

PASDr Md Yusnan Yusof

Bilangan Undi : 10590

N24 KADOK
BNMohamad Basri Awang

Bilangan Undi : 5656

PASAzami Mohd Nor

Bilangan Undi : 8753

N25 KOK LANAS
BNDatuk Md. Alwi Che Ahmad

Bilangan Undi : 10040

PASNik Mahadi Nik Mahmood

Bilangan Undi : 9871

N26 BUKIT PANAU
BNBaharudin Yusof

Bilangan Undi : 9552

PASDatuk Abdul Fattah Mahmood

Bilangan Undi : 13292

N27 GUAL IPOH
BNBakri@Mohd Bakri Mustapha

Bilangan Undi : 7689

PASWan Yusoff Wan Mustafa

Bilangan Undi : 6285

N28 KEMAHANG
BNDyg Saniah Awg Hamid

Bilangan Undi : 5517

PASDatuk Md Anizam Ab Rahman

Bilangan Undi : 6953

N29 SELISING
BNZulkifle Ali

Bilangan Undi : 7662

PASSaipul Bahrim Mohamad

Bilangan Undi : 7555

BEBASIBRAHIM BIN ISMAIL

Bilangan Undi : 120

N3 PASIR PEKAN
BNNik Noriza Nik Salleh

Bilangan Undi : 8560

PASDatuk Ahmad Yakob

Bilangan Undi : 14204

N30 LIMBONGAN
BNMohd Rujhan Salleh

Bilangan Undi : 9438

PASMohd Nazlan Mohamed Hasbullah

Bilangan Undi : 10480

N31 SEMERAK
BNZawawi Othman

Bilangan Undi : 8444

PASW Hassan W Ibrahim

Bilangan Undi : 7459

N32 GAAL
BNRedzuan Stapha

Bilangan Undi : 6876

PASTuan Mazlan Tuan Mat

Bilangan Undi : 7178

N33 PULAI CHONDONG
BNHalim@Ab Halim Ismail

Bilangan Undi : 7627

PASZulkifli Mamat

Bilangan Undi : 8546

N34 TEMANGAN
BNAzemi Mat Zin

Bilangan Undi : 7173

PASDatuk Dr Mohamed Fadzli Hassan

Bilangan Undi : 8258

N35 KEMUNING
BNEriandi Ismail

Bilangan Undi : 9015

PASMohd Roseli Ismail

Bilangan Undi : 10049

N36 BUKIT BUNGA
BNMohd Adhan Kechik

Bilangan Undi : 7692

PASSufely Abd Razak

Bilangan Undi : 6159

N37 AIR LANAS
BNDatuk Seri Mustapa Mohamed

Bilangan Undi : 6605

PASAbdullah Ya'kub

Bilangan Undi : 6558

N38 KUALA BALAH
BNDatuk Abdul Aziz Derashid

Bilangan Undi : 6173

PKRRamlan Mat

Bilangan Undi : 4097

N39 MENGKEBANG
BNAzizzuddin Hussein

Bilangan Undi : 7163

PASAbdul Latif Abdul Rahman

Bilangan Undi : 8235

N4 WAKAF BHARU
BNDatuk Mohd Rusdi Ab. Aziz

Bilangan Undi : 10537

PASDatuk Che Abdullah Mat Nawi

Bilangan Undi : 11515

N40 GUCHIL
BNDatuk Nik Sapeia Nik Yusof

Bilangan Undi : 7311

PKRMohd Roslan Puteh

Bilangan Undi : 7803

BEBASMuhammad Bustaman Yaacob

Bilangan Undi : 146

BEBASMd Nasir Ahmad

Bilangan Undi : 37

N41 MANEK URAI
BNChe Jalal Muda

Bilangan Undi : 6169

PASMohd Fauzi Abdullah

Bilangan Undi : 7802

N42 DABONG
BNDatuk Ramzi Ab Rahman

Bilangan Undi : 4612

PASKu Mohd Zaki Ku Hussin

Bilangan Undi : 4383

N43 NENGGIRI
BNMat Yusoff Abdul Ghani

Bilangan Undi : 6654

PKRMohammad Azihan Che Seman

Bilangan Undi : 2805

BEBASAbdul Aziz Mohamed

Bilangan Undi : 368

N44 PALOH
BNNozula Mat Diah

Bilangan Undi : 7847

PKRAmran Ab Ghani

Bilangan Undi : 3910

N45 GALAS
BNAb Aziz Yusoff

Bilangan Undi : 6956

PASAbdullah Hussein

Bilangan Undi : 5655

N5 KIJANG
BNZaluzi Sulaiman

Bilangan Undi : 5489

PASWan Ubaidah Omar

Bilangan Undi : 10632

N6 CHEMPAKA
BNWan Razman W. Abd Razak

Bilangan Undi : 5810

PASDato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Bilangan Undi : 12310

N7 PANCHOR
BNChe Rosli Hassan

Bilangan Undi : 7431

PASDatuk Mohd Amar Nik Abdullah

Bilangan Undi : 12467

N8 TANJONG MAS
BNKanidy Omar

Bilangan Undi : 6866

PASRohani Ibrahim

Bilangan Undi : 15387

N9 KOTA LAMA
BNTan Ken Ten

Bilangan Undi : 7651

PASDatuk Anuar Tan Abdullah

Bilangan Undi : 14269

BEBASMohd Zakiman Abu BAkar

Bilangan Undi : 152


Sumber : Berita Harian Online