Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan

Rabu, 10 Ogos 2016

Rindu Kepada Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz



Tertiba AM menrindui kepada seseorang yang sudah pun pergi meninggalkan kita semua.. Jasa dan pengorbanan beliau hanya ALLAH sahaja mampu membalas kebaikkanya.

AM rindu akan kuliah-kuliah yang dibicarakan dari AM kecil sehinggalah AM besar. Tak pernah jemu mahupun membenci setiap kali kuliah beliau berlangsung di Medan Ilmu, Kota Bharu.

Dari kaset sehingga Youtube.. Kuliah-kuliah beliau banyak memberi nasihat dan ingatan tentang siap kita di sisi ALLAH. Apa tangunggjawap kita terhadap Pencipta kita. Banyak nasihat-nasihat dunia dan akhirat yang tidak pernah putus-putus di bibir beliau.

Kini hanya pusara sahaja menjadi tanda ingatan. Hanya ilmu yang ditinggalkan sahaja menjadi rujukan dan amalan kita.

Semoga beliau tenang di sisi Penciptanya...

Al fatihah buat arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat..

Dibawah ada lagu dikir barat buat arwah semasa memerintah kelantan.



Isnin, 1 Ogos 2016

Nabi Tak Pernah Halau Anak-Anak Ke Saf Belakang..

Nabi Tak Pernah Halau Anak-Anak Ke Saf Belakang..

1- Nabi membawa anak kecil di dalam solat. Nabi membiarkan anak kecil bermain di dalam solat berjemaah sehinggakan membiarkan memanjat belakang baginda.

2- Anak-anak tidak najis. Perbuatan anda menghalau itulah seperti najis.

Nabi Tak Pernah Halau Anak-Anak Ke Saf Belakang..

3- Nabi tidak menghalau anak kecil ke belakang. Nabi bukan sahaja membawa ke dalam saf orang dewasa, malah Nabi bawa sehingga ke tempat imam.

4- Tiada istilah “putus saf” jika membawa anak kecil ke dalam saf orang dewasa. Saf terputus jika anda menjarakkan kaki. Sambung atau terputus sesuatu saf adalah bergantung kepada anda. Bukan salah anak-anak.

5- Apa perasaan anda jika anak-anak muda menghalau anda yang sudah tua ke belakang?

6- Jika anda mahu berada di saf hadapan, datanglah awal dan cop tempat anda di baris pertama. Bukan dengan cara menghalau orang lain.

7- Membawa anak kecil di dalam saf orang dewasa ada dicontohkan Nabi. Tetapi menghalau anak-anak ke belakang mengikut sunnah siapa? Biasanya Iblis dan Syaitan yang suka menghalang orang lain dari mendapat kebaikan. Janganlah kita menjadi seperti mereka.

Nabi Tak Pernah Halau Anak-Anak Ke Saf Belakang..


8- Kami berterima kasih kepada AJK surau dan masjid kerana menguruskan perjalanan dengan baik. Namun surau dan masjid adalah hak orang Islam termasuk juga anak-anak kecil. Surau dan masjid bukan hak peribadi sesama AJK yang boleh digunakan sesuka hati dan menghalau orang lain sesuka hati.

9- Sepatutnya orang dewasa memberi galakan kepada anak-anak kecil. Bukan menghalau dan mengkastakan mereka. Anak-anak sepatutnya bersolat di sisi ibu bapa supaya ibu bapa dapat mengajar dan mendisiplinkan anak-anak tentang solat berjemaah.

10- Meletak anak-anak di hujung belakang saf menjadikan anak-anak lebih banyak bermain dan berbuat bising selain berbahaya kerana mudahkan penculikan berlaku. Kes pernah terjadi beberapa kali di Malaysia, terbaharu penculikan 3 hari lepas sewaktu si ayah sedang solat di hadapan manakala anak-anaknya di saf belakang..

Ahad, 24 Julai 2016

JANGAN JANGAN BILA GAWAT DATANG

JANGAN JANGAN BILA GAWAT DATANG

1. Jangan tukar kerja waktu ini kerana yang 'terakhir masuk, paling awal keluar'
 JANGAN JANGAN BILA GAWAT DATANG


2. Pakai saja kereta lama jangan berangan nak pakai Honda, beli logo Honda tampal tak mengapa.

 JANGAN JANGAN BILA GAWAT DATANG


3. Jangan bina hutang baru, hutang lama kambus segera.

 JANGAN JANGAN BILA GAWAT DATANG

4. Jangan belanja simpanan kecemasan yang ada, bila bila masa akan berguna.
 JANGAN JANGAN BILA GAWAT DATANG


5. Jangan lupa sedekah, walau kita saat sedang susah sebenarnya.

 JANGAN JANGAN BILA GAWAT DATANG


6. Jangan beli rumah mewah, duduk rumah pangsa bukan dosa.

 JANGAN JANGAN BILA GAWAT DATANG


7. Jangan banyak tengok katalog ikea, nanti geram nak tukar sofa.
 JANGAN JANGAN BILA GAWAT DATANG


8. Jangan malas membaca, ada banyak idea tambah pendapatan yang luar biasa sebenarnya.
 JANGAN JANGAN BILA GAWAT DATANG


9. Jangan 'dating' di Pavilions, makan roti harga macam makan kambing sahaja.
 JANGAN JANGAN BILA GAWAT DATANG


10. Jangan lupa cari pendapatan tambahan, buat buat tido dan harap orang derma dalam akaun kita. Itu kerja giler. Panduan RM 2400 sehari


11. Jangan tambah isteri yang ada, kekal yang lama tambah bahagia.
 JANGAN JANGAN BILA GAWAT DATANG


12. Jangan cari suami yang kaya, banyak dah contoh kekal tak lama.
 JANGAN JANGAN BILA GAWAT DATANG


13. Jangan merungut duit tak ada depan anak kita, berusahalah suami kacak semua.
 JANGAN JANGAN BILA GAWAT DATANG


14. Jangan malu pandu viva, semua yang bawak kacak macam bangla.
 JANGAN JANGAN BILA GAWAT DATANG


15. Jangan lupa bina Tabung Warna. walau ada yang ketawa tengok tabung kita. Jumlahnya beribu juga, engkau ada...

Gawat datang lagi, kali ini lebih ngeri. Bersedialah kita untuk zaman kering ini, katanya panjang musim kering kali ini.
Ditulis oleh Azizul Azli Ahmad.

Khamis, 6 Ogos 2015

Beza Zaman Tun M dengan Zaman Datuk Sri Najib


Zaman Tun M
Tapi zaman mahathir... walau pun ada krisis tapi negara tetap berjalan lancar...malah negara Malaysia di kagumi oleh satu Dunia kerana mahathir..
ingat masa tu SATU ASIA duit jatuh... tapi kita sebagai rakyat boleh di katakan tak terasa... mahathir dengan Daim langsung tutup aliran duit keluar negara... sekat duit keluar.... batal note 500 dan 1000... jual jet semata mata pertahankan mata wang negara... tolak tawaran pinjaman IMF...kena kutuk pulak tu sebab tolak pinjaman imf.... tapi sudahnya negara kita dapat bertahan dengan baik... pembangunan berjalan dengan teratur... dan negara lain yang dulu pinjam imf... maseh berhutang...terikat dengan imf..
Nak lagi hebat... pernah tahukah korang tahu bahwa Tun Mahatihr dan seangkatannya pernah secara senyap senyap ambil alih syarikat terbesar dibritish dan seterusnya mengambil alih ekonomi negara yang dulunya di bawah british???? Peristiwa itu amat manis sebab dulu kita hanya merdeka pada nama tapi banyak aset negara di kuasai british tapi berkat kebijaksanaan tun.. kita kembali kuasai ekonomi kita sendiri... Sehingga ianya jadi kejutan satu dunia...
Carilah maklumat tentang mahathir di luar negara... boleh di katakan semua pemimpin luar negara kagum dengan tun Mahathir.. kelantangan beliau bersuara... prinsip beliau tentang kekejaman yahudi semua secara terang.. Tun Mahathir la yang membuatkan Malaysia terkenal di dunia... sampaikan kemajuan Dubai pun di kaitkan dengan Tun Mahathir..
Tapi berbeza dengan pimpinan Najib... terlalu boros duit keluar... seminggu sebelum GST bermula beli jet... jet dah ada 7 tau sekarang... seminggu selepas GST bermula semua menteri naik gaji rm5000... melabur di luar negara yang langsung tak de keuntungan... mara pun dengar ada melabur di luar negara... dengan cara rosmah berbelanja ... semua satu dunia tau...
Tambah pula nak di masukkan 1.5 juta bangla masuk malaysia... tahu tak masa bangla 1.5 juta tu bila dah berkerja di sini.. berapa banyak pula duit malaysia yang keluar?????
Ingatlah selagi laju deras mata wang kita keluar.... selagi itulah rm kita jatuh...
Tahu tak sekarang di asia hanya malaysia duit rm kita yang ketara jatuh??? Sampai sekarang satu langkah pun takde cara selamatkan duit ringgit kita.. ada tak.. atau pun menteri kewangan kita maslan sibuk dengan nasi goreng die dan suruh kita berjimat di atas landasan yang dia buat... ada rasa macam pendapat dungu tak..
Yang si menteri Nazri pulak bangga duit jatuh sebab katanya pelancong akan suke berbelanje kat sini.. akai ada tak... korang tak da usaha langsung naikkan mata wang malaysia ke... yang nampak naik semuanya menjadi beban pada rakyat....
Berkata tentang brim... mahathir tak pernah setuju tentang pemberian brim.. sebab duit tu duit hangus... memang duit tu berbelanja di negara kita juga... tapi ibarat duit hangus..ibarat duit sogok... cuba duit brim tu di masukkan sebagai subsidi minyak... harga minyak rasa akan lebih murah.. atau duit brim tu di kumpul dan di jadikan modal penubuhan syarikat gergasi di malaysia.. dan rakyat kita berkerja disana... kita dapat gaji... kerajaan dapat untung...
Malang sungguh sebab kita punya menteri menteri yang rasa bijak pandai seorang demi seorang buat stetmen bodoh... boleh dikatakan takde langsung bila menteri keluar stetmen... kita sebagai rakyat boleh mengucapkan terima kasih.... ini tidak... semua stetmen rasa nak balas dengan tapak kaki... nasib baik kita ada bekas TPM muhidin yang sedar... yang nampak...
Dengan GST lagi... dengan kenaikan satu persatu harga barang... kes topup pun tak boleh selesai... mula cerita ... topap dah sedia ada cukai sst 6%... di ganti dengan gst 6% maksud tiada sebarang kenaikan...tapi apa yang dah jadi... senyappppp... sebab melalui topup keuntungan dah berapa keuntungan masuk....
Semua macam dah tak nampak keluhan rakyat... semua buat buat tak tau.... sebab nak selamatkan pangkat dan gaji...
Jangan cari salah Tun Mahathir... itu semua kecil jika di bandingkan dengan apa yang kita kecapi sekarang...pimpinan mahathir jauh beza terurus... Berterima kasih lah dengan Tun Mahathir... tanpa die kita tak kan maju seperti sekarang... PM lain cuma sambung siram air je... pokok Mahathir dah tanam dah berbunga
Jangan kita cari salah Tun Mahathir... tak di nafikan tetap ada kelemahan dan krisis dalam pemerintahan Mahathir... tapi kita pandang jauh berfikiran terbuka... buka mata seluasnya dan lihat segala pembangunan pencapaian yang di bawa oleh mahathir... kita ambil yang positif... pemimpin luar boleh segan bangga dengan cara mahathir... kenapa tidak kita bangga...
Setiap pemimpin ada kelemahan masing masing... tapi kelemahan mahathir bukan menghancurkan negara... tapi beliau naik kan nama Malaysia.
Silap kita cuma cari salah menyalahkan mahathir... kenapa tak ambil yang positif tentang tun? Ego sangat kah kita? Pandai sangatkah kita? Belajarlah rendah diri...
Terlalu mudah mencari salah Tun Mahathir bukan penyelesaian... beliau dah tunjukkan bukti jenama kan Malaysia...
Kenapa mesti orang luar, pemimpin luar negara yang kagum dan tabik pada Mahathir? Siapa lagi pemimpin kita yang di segani selain Tun...
Tun amat tegas dan berani... walaupun Tun berada di studio di tengah tengah kota London... dan di tanya kenapa Mahathir menentang yahudi.. Tun tetap dengan pendiriannya... percaya tak carilah video interview Mahathir di tengah kota London dan lihat bagaimana Mahathir lantang bersuarakan prinsipnya...
Di tanya... bukankah Mahathir sepatutnya sudah mengundurkan diri anda patut diam... Tun berkata apakah saya harus diam bila melihat seseorang melakukan sesuatu yang tak baik dengan negara saya di dalam negara saya....dan saya harus diam?? pasti saya tak boleh diam sebab itu akan menjadikan saya tidak bertanggung jawap pada negara saya sendiri...
Carilah videonya dan tengok....
siapa yang boleh gantikan Tun Mahathir???
Siapa lagi yang tegas seperti Mahathir
Belum ada sesiapa....
Saya tidak kata Tun Mahathir itu sempurna tapi sekurang kurangnya berfikiranlah terbuka dengan dirinya.
Kalau Tun Mahathir seperti "mereka" tak payahlah Tun susah payah tegur demi kita
Betul kata Tun Mahathir... Melayu Mudah Lupa
Kita maseh beruntung sebab TMJ berani tegur tentang konflik dalam negara walau di balas pedas oleh menteri yang pegang kipas...
Saya sendiri pangkah umno setiap kali pilihan raya lepas.. kalau macam ni.. apa yang nak di harapkan..
Tanggung jawap kita kuatkan silahratulrahim... kuat kan melayu... kuatkan islam... sebab melayu kita dah lemah sekarang... dah hanyut...
Bangsa lain yang pegang ekonomi kita... kita tak boleh salahkan mereka sebab mereka rajin... tapi dimana pemuda pemudi kita...??? Hanyut....
Dah sampai masa kita kukuhkan ekonomi kita sendiri... bagaimana? Tentulah bermula dengan diri kita sendiri...
Jangan marah tapi itulah kenyataan
Kita berdoalah negara kita dapat kekal aman sejahtera... segala ancaman dapat kita tangani.. sebab Malaysia adalah negara teristimewa di dunia yang punya bermacam bangsa,agama dan budaya...
Salah petik... maka kembalilah kita pada permusuhan kaum.... masa tu... kalau berlaku.. orang luar cuma tepuk tangan ajek... dengan tunggu masa nak selit dalam masalah dan berlagak hero..
Akan datang... walau parti manapun yang memerintah esok...tolonglah kekal kan jenama Malaysia kita selama ini.... sebab... itulah kita... bahasa kita bahasa melayu kita... islam agama rasmi kita...
Pun begitu kita patut bangga sebab Malaysia adalah satu satunya negara di dunia yang rakyatnya bebas mengamalkan agamanya masing masing dalam harmoni dan aman....
Saya sendiri kalau di beri peluang ingin berdepan bertentang mata dengan Tun Mahathir berbual masa beliau masih hidup.... andailah dapat.... saya bersyukur andai dapat di pertemukan dengan tokoh yang saya kagumi....
Kawan kawan
Bersamalah kita gengam tangan kuat kuat bersama dan kekalkanlah.... sebab... sedikit punca.... nyawa boleh jadi begitu amat murah...

Jumaat, 31 Julai 2015

Minyak Petrol TURUN 1 Ogos 2015

TERKEJUT !!!

Harga minyak TURUN bermula 1 Ogos 2015 TETAPI jangan lupa bahawa Harga Minyak pernah naik sebelum ini dan kadar keturunan harga pada 1 Ogos 2015 adalah RENDAH berbanding dengan kenaikkan..

Jangan kita muda LUPA akan kenaikkan harga minyak yang terdahulu dan TIDAK mustahil bulan September nanti akan naik lagi...

Hebat sungguh permainan para pemimpin Malaysia...

1 Ogos 2015


Ahad, 14 April 2013

Semakan Daftar Pemilih Dan Tempat Mengundi PRU 13

Semakan Daftar Pemilih dan Tempat Mengundi bagi Pilihanraya Umum ke 13 nanti yang dijangka pada 5 Mei 2013. Adakah anda telah menyemak di mana anda akan mengundi nanti? 



untuk mengetahui tempat mengundi anda.


Jangan lupa membawa Kad Pengenalan anda pada Hari Mengundi dan jangan memberi kad pengenalan anda kepada orang yang tidak dikenali.

Mengundi adalah tanggungjawap anda dan anda berhak memilih mana-mana parti politik yang bertanding nanti...

INGAT !!!
Undi anda adalah RAHSIA sanggaaatttt......


untuk mengetahui tempat mengundi anda..

Khamis, 13 September 2012

Pilihanraya PRU13..Politik Malaysia

Pilihanraya PRU13 sudah tidak lama lagi..Alai Malaysiaku Tanah airku..Politik Malaysia yang sempit ini bermaian antara Perdana Menteri Malaysia, Ketua Pembangkang, Ketua Pemuda mahupun Ulamak...Politik adalah pelantar untuk menyatukan ummah bukannya memecahkan ummah yang terjadi sekarang?kemana nilai2 ISLAM yang ramai antara kita pegang selama ini...

Inilah kisah dan lagu sebuah permaianan POLITIK MALAYSIA..1MALAYSIA


Politik kita memang caca marba

Nampak kebelakangan ini, perbezaan politik bukan lagi membawa kepada pertarungan minda dan tawaran khidmat pengurusan pentadbiran yang lebih baik, tetapi pertarungan siasah di negara ini telah menyuburkan akhlak yang buruk dan kehilangan adab sopan. 

Ada yang kencing ke atas gambar pemimpin yang lain, ada pula yang baling kasut ke dalam masjid, tarian punggung dan pelbagai lagi. 

Para pemimpin politik kita ini mungkin terlalu sibuk berkempen sehingga lupa untuk mengajar adab sopan sebagai insan kepada para pengikut mereka.

Disiplin

Kehidupan ini bukan segala-galanya politik untuk kita menggadaikan segala adab dan kesopanan hanya kerana politik. 

Insan itu walau apapun kelemahan peribadinya, tetapi dia sepatutnya memiliki ketertiban dan kesopanan pergaulan yang diwarisi sama ada dari agama ataupun budaya.

Bahkan dalam Islam, dalam medan perang yang saling bunuh membunuh itu pun, adab dan akhlak yang baik dipertahankan. Disiplin mesti dipatuhi. 

Dalam hadis apabila Rasulullah SAW mengirimkan pasukan tentera maka baginda bersabda: 

"Keluarlah kamu (medan jihad) dengan nama Allah, perangilah di jalan Allah sesiapa yang kufur dengan Allah. Jangan kamu melanggar perjanjian, jangan kamu mengkhianati harta rampasan perang, jangan kamu rosakkan mayat, jangan kamu bunuh kanak-kanak dan ahli-ahli rumah ibadat". (Riwayat Ahmad, kata Ahmad Muhammad Syakir: "Sanad hadith ini hasan.")

Nilai pejuang rakyat itu apabila dia dapat mendisiplinkan dirinya dan menghiasi diri dengan budi dan sopan yang menyebabkan rakyat menjadikan ikutan. 

Justeru, kawalan diri sekalipun di hadapan musuh yang hendak membunuh antara nilai peradaban yang diajar oleh Islam.

Lihatlah apa yang Allah tegaskan kepada orang Islam yang berperang dengan musuh-musuh yang menyerang dan ingin membunuh mereka. 

Maksudnya: "Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas."(Surah al-Baqarah ayat 190).

Apakah politik ini lebih buruk dari medan perang darah sehingga kita hendak berlebih-lebih dalam perangai dan budi. Kita jangan lupa apa yang Nabi SAW bersabda: 

"Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Orang politik lupa, pengikut yang ‘kurang ajar' dan tidak beradab itu hari ini mereka biadap dengan musuh politik mereka, esok kebiadapan itu akan dihalakan pula kepada orang yang disokong pada hari ini.

Dalil agama ikut kehendak parti
Paling masalah apabila setiap pihak cuba bertindak membalas keburukan dengan keburukan. 

Jika kita berikan nasihat "mengapa awak londeh seluar kepada gambar pemimpin tertentu" maka akan ada yang menjawab "mereka lagi teruk, ada macam-macam lagi yang mereka pun buat".

Demikianlah puak-puak politik itu saling menghalalkan tindakan masing-masing atas nama keburukan lawan mereka. 

Apa yang pelik dalam masa yang sama masing-masing mendakwa mereka lebih baik dari lawan mereka. 

Malangnya, apabila tiba masalah budi perangai, masing-masing memakai piawai yang setaraf dengan pihak lawan ataupun lebih teruk. 

Itu belum lagi datang "geng agama" parti masing-masing yang akan mengeluarkan dalil untuk menghalalkan perangai buruk anggota dan penyokong masing-masing. 

Dalil agama dibaca bukan mengikuti kehendak Tuhan, tetapi kehendak parti!

Ustaz muda

Apatah lagi jika ada pula ulama atau ustaz muda mana-mana parti yang baru kenal politik sehari dua, dan mungkin ghairah hendak menjadi calon maka segala dalil dibawa, segala sirah Salafussoleh dibaca seakan-akan yang dipertahankan itu Abu Bakar al-Siddiq dan Umar al-Khattab. 

Dalil-dalil agama dipermainkan untuk kepentingan politik masing-masing. Apa yang terkena pada orang lain dibaca secara terang, yang terkena diri sendiri ditakwil dengan sejuta penafsiran. 

Jika parti lawan berkumpul untuk bantahan maka mereka namakan tunjuk perasaan dan dihukum haram. Kononnya, bukan amalan salafussoleh. 

Jika geng parti sendiri berkumpul dinamakan menyuarakan pendirian, hukumnya halal. Dimasukkan dalam amar makruf dan nahi mungkar. 

Maka perhimpunan di Kuala Lumpur oleh parti lawan sibuk diharamkan dengan segala fatwa, tetapi di Jeli dan Gua Musang oleh parti sendiri didiamkan. 

Jika pemimpin kerajaan parti lain yang buat silap, ditegur dalam media dan ditulis surat terbuka. 

Namun jika pemimpin kerajaan parti sendiri buat salah, difatwakan haram bercakap kesalahan pemimpin di khalayak ramai, kena berbisik di telinga mereka. 

Dalil-dalil agama dan nama salafussoleh dikhianati atas kedangkalan pengetahuan, ataupun kepentingan politik ‘orang muda agama'. 

Maka tidak pelik jika Allah menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya seperti anjing. Firman Allah: 

"Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. 

"Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. (Surah al-A'raaf: 175-176)

Fatwa artis
Di celahan itu yang menarik hari ini artis-artis yang baru masuk politik sehari dua pun seakan sudah menjadi ‘sarjana Islam'. Mula mengeluarkan hukum ke atas orang lain. Sambutannya hebat. 

Modalnya bukan ilmu, tapi ‘wajah dan penampilan' yang memikat penganjur. Jika ‘ustaz' dibayar seratus dua, tetapi artis yang bercakap Islam dibayar beberapa ribu ringgit satu ceramah. 

Namun jika artis lelaki, ataupun artis wanita yang ‘kurang comel', tidaklah seberapa sambutan dan bayarannya. 

Kita hendaklah tahu seperti yang disebut oleh para sarjana Islam, bab politik islami bukan mudah untuk dihuraikan. Politik memerlukan kefahaman tentang maslahah dan maqasid syarak. 

Suatu ilmu yang memerlukan banyak latar pengetahuan yang baik. Namun, jika artis masuk parti politik, segala kesarjanaan itu seakan diberikan kepadanya. Ini memang tanda-tanda akhir zaman. 

"Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal -dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu 'al-Ruwaibidoh'. 

Para sahabat bertanya: "Siapakah al-Ruwaibidoh?" Sabda Nabi SAW: "Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai)." 

Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya'la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih dan ini disetujui oleh Al-Zahabi.

Bukan salah artis berceramah dan berkongsi pengalaman. Mereka yang berubah memang dialu-alukan. Namun setiap orang kena tahu kadar pengetahuannya mengenai apa yang dia perkatakan. Jangan cepat simpulkan hukum sedangkan anda bukan ahlinya.

Apa pun, politik kita memang ajaib. ‘Macam-macam ada' dan semua boleh. Dulu ada orang cakap, asal barang jadi duit, kita ambil. Hari ini, asal barang jadi politik, kita angkut!

Sumber : Malaysiakini