Ping Busuk
Featured
Home
Posts filed under Rokok
Memaparkan catatan dengan label Rokok. Papar semua catatan

Khamis, 30 Julai 2015
Khamis, 6 September 2012
berita
Hari Ini
Huduh
Koleksi
Koleksi Novel
maksud Hudud
Malaysia
Najib
Novel
Novel Online
Online
Penulisan2u
Penyamun
Perdana Menteri
PM
Polis
Politik
Rokok
Samun
Van Rokok
Huduh Oh Huduh
Isu hudud dalam
negara kita sering kali dipolitikkan atas pelbagai kepentingan. Umno
dalam rekodnya tidak bersetuju cadangan hudud yang PAS bawa.
Ketidaksetujuan itu boleh ditafsirkan atas pelbagai alasan; ada yang munasabah dan ada yang tidak munasabah. Hari ini nampaknya Umno macam mula berubah.
PAS sejak dahulu menyebut tentang perlaksanaan hudud sehingga kelihatan pada mata umum PAS dan hudud bagaikan isi dan kulit. Seolah-olah matlamat utama kenegaraan PAS ialah menegakkan hudud.
Ini agak menarik, di kala kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia tidak lagi memperkatakan tentang undang-undang jenayah hudud, PAS masih.
Gerakan-gerakan Islam yang mendapat kerajaan di Mesir, HAMAS di Palestin, di Libya dan Tunisia meninggalkan tajuk hudud buat masa ini, tetapi PAS terus dengan slogannya.

Pertikai Hukum
Saya
meyakini keikhlasan YAB TG Nik Abd Aziz Nik Mat. Saya banyak kali
bersembang dengan beliau secara peribadi, ternyata hasrat Islam beliau
begitu mendalam. Islam itu cuba dilahirkan dalam amalan peribadinya
sehingga kepada usaha-usaha politiknya.
Namun,
tidak semestinya hal yang sama ada dalam diri setiap pembicara atas
nama hudud. Sebahagian kadang-kala mengelirukan pihak lain terutama
non-Muslim dalam negara kita.
Saya mencadangkan pembaca yang membaca tulisan ini turut membaca artikel saya "Hudud dan Beberapa Gambaran Salah".
Kita tidak boleh mempertikaikan hukum Allah, tetapi kita boleh mempertikaikan cara perlaksanaan dan pentafsiran hukum berkenaan oleh manusia. Ini seperti kita tidak boleh mempertikaikan syariat haji, tetapi kita boleh mempertikaikan amalan haji individu tertentu jika ia tidak bertepatan.
Kita tidak boleh mempertikaikan sistem muamalat al-Quran dan Sunnah, tetapi kita boleh mempertikaikan bank, pajak gadai, syarikat, koperasi dan lain-lain yang menggunakan nama Islam dalam operasi mereka jika kita dapati ia tidak menepati semangat Islam yang sebenar.
Demikian kita tidak boleh mempertikaikan syariat hudud, tetapi kita boleh mempertikaikan perlaksanaan oleh pihak tertentu apabila kita dapati ia tidak memenuhi semangat keadilan yang dikehendaki oleh Allah dan rasul-Nya.
Namun, tujuannya hendaklah untuk memelihara nama Islam agar tidak disalahgunakan atau disalahfahami.

Sukar
Sesuatu yang wajar diakui bahawa bukannya mudah untuk melaksanakan hudud di zaman kini, terutama di negara kita yang mempunyai persekitaran yang sangat berbeza dibanding hari-hari awal hudud dilaksanakan.
Dalam masyarakat seperti kita, melaksanakan hudud tanpa penelitian bagaikan memasang pintu istana untuk sebuah rumah buruk. Ia bukan menambahkan kecantikan, sebaliknya mungkin merobohkan rumah yang buruk itu dan merosakkan pintu yang cantik dan berharga itu.
Tokoh ilmuwan Muslim yang terkenal Dr Mohamed Salim el-Awa dalam bukunya Punishment in Islamic Law menyatakan bahawa dari penelitian beliau bahawa belum sempat dua kurun selepas kewafatan Nabi SAW hudud sudah tidak dilaksanakan dalam dunia Muslim.
Sejak
zaman Abbasiyah lagi penekanan perlaksanaan hudud sudah tiada. Ini
disebabkan kerangka masyarakat seperti mana waktu hudud dilaksana pada
awal sudah lagi.
Sesuatu yang wajar diakui bahawa bukannya mudah untuk melaksanakan hudud di zaman kini, terutama di negara kita yang mempunyai persekitaran yang sangat berbeza dibanding hari-hari awal hudud dilaksanakan.
Dalam masyarakat seperti kita, melaksanakan hudud tanpa penelitian bagaikan memasang pintu istana untuk sebuah rumah buruk. Ia bukan menambahkan kecantikan, sebaliknya mungkin merobohkan rumah yang buruk itu dan merosakkan pintu yang cantik dan berharga itu.
Tokoh ilmuwan Muslim yang terkenal Dr Mohamed Salim el-Awa dalam bukunya Punishment in Islamic Law menyatakan bahawa dari penelitian beliau bahawa belum sempat dua kurun selepas kewafatan Nabi SAW hudud sudah tidak dilaksanakan dalam dunia Muslim.
Dalam The Oxford Encyclopedia of the Islamic World,
John L Esposito menyebut bahawa sekalipun hudud dijadikan undang-undang
di beberapa negara tetapi tidak dilaksanakan, ini seperti di Libya dan
Pakistan.
Sementara di Sudan dan Utara Nigeria hanya
dilaksanakan beberap tahun selepas diperkenalkan, kemudian dihentikan.
Pada zaman kini hanya Arab Saudi menjadi contoh dalam perlaksanaan
hudud.
Ada pendapat menyebut bahawa penulisan para pengembara silam yang melawat pelbagai wilayah Islam tidak pernah melaporkan perlaksanaan hudud, ini seakan menunjukkan semacam ia terhenti. Sementara itu tokoh seperti Prof Tariq Ramadan dalam artikelnya "An International Call for Moratorium on Corporal Punishment" pula menyeru kepada moratorium (penangguhan) hudud disebabkan keadaan dunia yang berubah.
Demikian juga tokoh fikah yang terkenal as-Syeikh Mustafa al-Zarqa dalam Fatawa Mustafa al-Zarq meminta agar hukuman rejam tidak dilaksanakan di zaman kini kerana itu akan menjadi fitnah kepada Islam.

Tiga golongan
Maka,
mereka yang enggan menerima perlaksanaan hudud itu ada tiga golongan;
pertama, mereka yang membenci hudud itu sendiri dan menganggapnya zalim
dan buruk. Maka golongan ini rosak akidahnya.
Kedua, mereka yang tidak menolak hudud tetapi menolak tafsiran perincian hudud yang dibuat oleh pihak tertentu. Ini kerana nas-nas hudud dalam al-Quran dan hadis umum, perinciannya adalah ijtihad ataupun tafsiran para pengkaji.
Sebagai contoh, Prof Dr Hashim Kamali seorang sarjana Muslim yang terkenal telah menulis mengkritik enakmen hudud Kelantan dan Terengganu. Sesiapa yang berminat boleh membaca tulisan beliau ‘Hukuman Dalam Undang-Undang Islam: Suatu Penelitian Terhadap Hukum Hudud Kelantan dan Terengganu".
Golongan ini tidak boleh dianggap mengkritik Islam sebaliknya mengkritik tafsiran pihak tertentu tentang hudud. Golongan ketiga, mereka tidak menolak hudud tetapi menyatakan keadaan hari ini ataupun masyarakat yang sedang ada tidak kondusif untuk dilaksanakan hudud.
Dalam erti kata lain, persekitaran yang membolehkan hudud itu berfungsi dengan adil tidak wujud. Maka hudud mestilah ditangguhkan sehingga suasana yang sesuai itu muncul. Ini seperti kita menyatakan haji itu wajib tetapi oleh kerana kewangan tidak cukup, ataupun perjalanan tidak aman, maka hendaklah ditangguhkan.
Jika hudud dilaksanakan juga ia tidak akan mencapai tujuan yang Allah kehendaki. Golongan ketiga tidak menolak hudud tetapi menyatakan bahawa dari segi maqasidnya ia tidak wajar dilaksanakan pada waktu ini sebelum suasana yang kondusif muncul.

Tujuan kenegaraan
Hakikatnya tujuan kenegaraan dalam Islam bukanlah untuk hudud. Tujuan kenegaraan lebih luas dari itu. Pemerintah menegak social justice ataupun keadilan masyarakat dalam segala aspek. Hudud hanyalah mekanisme dalam mengatasi jenayah tertentu.
Bahkan perkataan ‘hudud Allah' dalam al-Quran tidaklah merujuk kepada undang-undang jenayah sebaliknya dalam Surah al-Baqarah ayat 187 merujuk kepada hukum-hakam puasa, Surah al-Baqarah ayat 229-230 merujuk kepada hukum-hakam talak, Surah an-Nisa ayat 13 tentang harta pusaka, Surah al-Mujadilah ayat 4 tentang hukum zihar, Surah at-Talaq ayat 1 tentang edah talak.
Ertinya perkataan hudud dalam al-Quran secara peraturan Allah bukan hanya tertumpu kepada hukum jenayah sahaja.

Menjadikan
politik tertumpu kepada hudud bukan satu kebijaksanaan. Tidak dari segi
maqasid agama, tidak juga dari segi kepentingan politik. Tujuan politik
jauh lebih luas dari hanya membincang cara memotong tangan pencuri.
Sebelum pencuri dipotong tangan, politik sepatutnya membincang bagaimana memastikan tiada alasan untuk sesiapa pun mencuri disebabkan keadilan dan kebajikan negara. Hendak dipastikan semua warga sama di hadapan undang-undang.
Tidak boleh ada pihak yang boleh bermaharajalela yang jika mereka didakwa, yang membawa kes pula akan dikenakan di bawah akta hasutan.
Jangan sampai rakyat yang mencuri di pasar raya dipotong tangan, tapi pembesar yang mencuri hutan balak negara dibiarkan.

Akhirnya, saya ingin memetik apa yang al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H) tentang politik dan keadilan dalam al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyasah al-Shar'iyyah:
"Berkata al-Shafi'i: Tiada siasah (politik) melainkan apa yang menepati syarak. Kata Ibn ‘Aqil: Siasah itu yang merupakan tindakan yang mana dengannya manusia lebih dekat kepada kebaikan dan jauh dari kerosakan, sekalipun ia tidak ditetapkan oleh Rasul dan diturunkan wahyu mengenainya.
"Jika engkau maksudkan dengan perkataanmu 'Tiada siasah melainkan apa yang menepati syarak' iaitu tidak menyanggahi apa yang syarak sebut, maka itu betul. Jika engkau maksudkan tiada siasah melainkan apa yang syarak sebut maka itu salah. Itu juga menyalahkan para sahabah.
"Apabila zahirnya tanda-tanda keadilan dan wajahnya memancar sinar dalam apa jalan sekalipun maka di situlah syariat Allah dan agama-Nya. Allah SWT lebih mengetahui, lebih bijaksana dan lebih adil untuk hanya membataskan jalan-jalan keadilan dan tanda-tanda serta alamat-alamatnya dengan sesuatu kemudian menafikan apa yang lebih jelas daripada itu, lebih kuat dalilnya, lebih nyata tandanya, lalu dia tidak menerima dan menilai kewujudannya dan menegakkan tuntutannya.
"Bahkan Allah SWT telah menjelaskan bahawa apa yang Dia syariatkan mengenai jalan-jalan (hukum agama) tujuannya untuk menegakkan keadilan dalam kalangan hamba-hamba-Nya dan membolehkan manusia menegakkan keadilan. Apa-apa saja jalan yang dapat menghasilkan keadilan dan kesaksamaan maka itu dari agama ini, dan ia tidak menyanggahinya.
Tidak mungkin untuk dikatakan bahawa siasah yang adil itu menyanggahi apa yang ungkapkan oleh syarak, sebaliknya ia menepatinya. Bahkan siasah yang adil itu satu juzuk dari syarak.
"Kita menamakannya siasah mengikut istilah mereka padahal sebenarnya ia adalah keadilan Allah dan rasul-Nya yang zahir menerusi tanda-tanda dan bukti-bukti tersebut."

Isnin, 27 Ogos 2012
Van rokok disamun, pemandu diculik
Lawak la deeeee....
BESUT - Sebuan van rokok disamun dan pemandunya pula diculik di Kampung Raja dekat sini, pagi tadi.
Kerugian samun rokok dianggarkan hampir RM40,000.
Polis sudah mengenali suspek dan turut mengedarkan gambar empat lelaki untuk membantu siasatan.
akan menyusul..
Sumber : Sinar Harian...
Apa kejadah ya van rokok pun nak samun juga..lawak sungguh 1Malaysia nie...
Sabtu, 18 Ogos 2012
Hari Ini
Huduh
Koleksi
Koleksi Novel
maksud Hudud
Malaysia
Najib
Novel
Novel Online
Online
Penulisan2u
Penyamun
Perdana Menteri
PM
Polis
Politik
Rokok
Samun
Van Rokok
Koleksi Novel Online Hari Ini 16.08.2012
Oleh : Melur Jelita Part 3 Aku berdiam diri lama di bawah shower, menyejukkan hati yang membara. Terdengar suara Lara. “ Iris…Iris…lama lagi ke? Dah pukul 3 ni. “ Malas nak jawab. Aku melangkah keluar perlahan. Satu tuala kecil mengelap rambut dan badan. Semua dah siap bermekap. ‘ Rasa-rasanya Abang Pedas cam Iris tak?” Violet [...]
--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur --- |
|
Oleh : LISA MUHAMAD BAB 13 Sara Cempaka melepaskan nafas lega. Dia hanya tiba seminit lebih awal daripada En. Wan. Tidak sia-sia dia berjalan tidak cukup lantai tadi. Setibanya di meja kerja, Nadia dan Kak Irah sudah tercongak di meja masing-masing. Nadia sekarang lebih awal daripada biasa. Selalunya antara mereka bertiga, Nadia yang paling lewat [...]
--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur --- |
|
Oleh : HARIISSA HARIIS BAB 10 Jam menunjukkan jam lapan malam. Datin Maimun melilau satu rumah mencari kelibat anak teruna dan anak daranya. Puas dia mencari serata ceruk villa mereka, namun pencariannya tak berhasil. Penat juga mencari kalau rumah terlalu besar. Menyelit sikit dah terlindung. Kalau main sorok-sorok agaknya yang menyorok penat menyorok,yang mencari penat [...]
--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur --- |
|
Oleh : Ezny Dyana BAB 10 Perlahan-lahan Faris menaiki tangga , semenjak dua menjak ini Faris selalu pulang lewat ke rumah. Selepas habis kerja di pejabat dia akan menjejakkan kaki ke kelab-kelab malam untuk menenangkan fikiran. Melihat orang menari baginya boleh menenangkan tekanan kerja yang semakin hari semakin membebankan , tambahan pula papanya kini sering [...]
--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur --- |
|
Oleh : Puteri BAB 10 Kawasan dusun yang luas itu sangat bersih kerana di jaga dengan rapi oleh pekerja yang di upah oleh pak cik. Pokok-pokok yang menjulang tinggi meredupkan kawasan dusun itu dan terasa udara yang segar dan dingin. Pokok durianlah paling banyak dan memenuhi kawasan dusun, juga terdapat pokok Langsat, Manggis, Rambutan, dan [...]
--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur --- |
|
Oleh : Syah Shah Bab 10 Dah puas aku selongkar bilik. Dah serupa tongkang pecah dah bilik aku. Budak-budak bertiga tu pun ikut tolong selongkar sama. Aku rasa balik dari beli Panadol semalam, aku terus bagi dekat Fida yang ada duduk kat dapur. Lepas tu aku buka tudung dan letak semua benda dalam bilik. Ok, [...]
--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur --- |
|
Oleh : FifiNurina BAB 10 Sudah seminggu peristiwa Nurin membuat kerja gilanya mengajak Syahmi untuk berkahwin berlalu. Nurin semakin gelisah, abahnya sudah berkali-kali menanyakan tentang persiapan pernikahannya yang dijadualkan berlangsung pada hujung minggu depan. Mati akal dibuatnya tatkala itu. Serasa ingin membuat kerja gila pada hari itu, lantas usai menunaikan solat zohor pada petang jumaat [...]
--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur --- |
|
Oleh : ISME_ANA Bab 10 “CIK PUTERI, jom kita pergi makan.”Suara lunak Ilham menerjah ke cuping telinga tatkala talian bersambung. “Malaslah. Kau makan ajelah dekat rumah. Aku malas nak keluarlah. Ngantuk. Tak pun pi je la sorang. Kenapa ajak aku.”Suara Maisarah agak tegang. Dia letih.Terasa malas memenuhi permintaan Ilham. Dia ingin berehat.Paling penting dia ingin [...]
--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur --- |
|
Oleh : Cuat BAB 9 Siang menjadi malam yang dimulai dengan waktu Maghrib. Azan yang berkumandang kedengaran dari apartment mewah yang didiami oleh Hasrol yang dahulunya berseorangan dan mulai hari ini didiami sama oleh Marisa dan Ashraf. Itu pun hanya seminggu sahaja. Setelah penat mengemas baju dan barang-barang, Marisa duduk berehat sebentar. Dia keseorangan kini. [...]
--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur --- |
|
Oleh : Nia Qurratun’aini BAB 9 Wafi memandang kolam ikan yang terletak di halaman tepi vila Ridzuan. Fikiranya melayang. Peristiwa petang itu menggamit kotak fikirannya. Masih jelas tutur Rafiq kepada dirinya. “Memang kau rasa sekejap, tapi kau kena ingat. Apa-apa boleh jadi dalam masa setahun. Bayi yang baru lahir pun dah boleh belajar nak berdiri [...]
--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur --- |
|
Oleh : rehan nasnan 9 HARITH beredar ke sebelah kiri untuk bukakan pintu Azfahea. Suraya yang sedang menyapu di halaman rumah memerhatikan mereka. “Dah balik Az?” tanya Suraya tiba-tiba. Azfahea dan Harith serentak menoleh. Azfahea menghulurkan senyuman manis kepada Suraya. “Ye kak,” jawabnya ringkas. “Sakit apa, Az?” tanya Suraya lagi. Azfahea memandang Harith. “Err..saya..saya..” Azfahea [...]
--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur --- |
|
Oleh : Jenny Andrew Bab 9 S udah hampir tiga bulan Julan bekerja di situ. Kena marah, kena maki hamun oleh taukenya sudah menjadi kebiasaan. Semua pekerja sudah masak dengan sikap dan perangai Kin Ho. Kalau dia sedang marah, elok diam saja, jangan menjawab. Kalau meludah ke langit, muka juga yang basah. Biarpun orangnya cepat [...]
--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur --- |
|
Oleh :Aliesha Kirana Malam itu, rumah keluarga Hadif dipenuhi sanak saudara dari dekat dan jauh yang berhimpun bagi meraikan perkahwinan kami. Satu jamuan barbeku diadakan sebagai penghargaan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan majlis perkahwinan ini. Segan sungguh rasanya, untuk bergaul dengan ahli keluarga Hadif yang boleh tahan ramainya ini, bila berkumpul begini. Aku duduk [...]
--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur --- |
|
Oleh : Dylea Lee BAB 8 RANIA mengangkat kotak-kotak sederhana besar yang sudah kosong ke bilik stor bahagian belakang. Rumahnya agak kecil. Yang ada hanya dua bilik dan ruang tamu bersambung dengan ruang makan. Tiada pun dinding pemisah antara dua kawasan itu. Pemilik rumah itu berbangsa Korea. Sudah tentu rekaan dalaman rumahnya disusunatur dengan caranya [...]
--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur --- |
|
Oleh : nadfiz BAB 8 Ira Syarmila menghempaskan pintu bilik hotelnya dengan kuat. Beg tangannya di lempar ke atas katil. Mahu sahaja dia menjerit sekuat hati. Masakan hatinya tidak panas apabila melihat kelibat Badrul Zaman keluar bersama dengan budak nursery dan Nur Batrisya? Apa hubungan mereka hinggakan mereka boleh keluar bersama? “Dasar tak tahu malu! [...]
--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur --- |
|
Oleh : DNae BAB 8 Humaira duduk di sebuah kerusi sambil termenung. Kata-kata Mak Teh malam tadi mengganggu fikirannya. Dimana dia nak cari duit itu. Lagi pun dia cuma punya simpanan yang cukup-cukup saja… Tapi entah cukup ke tidak duitnya itu nanti. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Mak Teh. Pasti ada kaitan dengan Zeti. [...]
--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur --- |
|
Oleh : Maryam Qalyysa BAB 8 ”Bawak motor tu elok-elok. Biar lambat asal selamat. Tengok lampu dekat traffic light, jangan ingat nak laju saja.” berbakul-bakul pesanan umi semasa aku tengah ligat menyarung jaket kulit berwarna hitam, sarung tangan dan menggalas beg di belakang. Aku pandang YAMAHA R6 keluaran 2010 milik Along. ”Ala, bolehlah yer Along.” [...]
--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur --- |
|
Oleh : Kaseh Esmiralda Bab 8 HAKIMI muncul di perkarangan Bangunan Galaxie TV. Tujuan dia ke situ adalah mahu menemui Ameer sebelum berangkat pulang. Selepas tamat seminar yang dihadiri hari ini dia terpaksa bergegas pulang kerana komitmen kerjanya. Ketika berada di ruang lobi bangunan matanya terlihat kelibat Mariya. Dia tidak sangka sampai ke tempat kerja [...]
--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur --- |
|
Oleh : Z. Isaac Bab 6 “Apa?!” Tersedak Iskandar yang sedang menghirup teh panas mendengar jeritan Zara. Cepat-cepat Izura mengurut belakang suaminya untuk melegakannya. Dia sudah menjangka yang Zara akan bereaksi begitu, jadi dia harus bertenang sebaik mungkin. “Ya Allah anak mama ni, cuba dengar dulu apa papa nak cakap tu.. Janganlah panik macam ni. [...]
--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur --- |
|
Oleh : Mahira Ridzuan BAB 7 MENGANTUKNYA! Aku bangun lalu mengeliat. Hani masih terbongkang tidur lagi. Raihan pula sedang menghadap cermin, membersih muka dengan toner. Wafa sudah tentu di bilik mandi. Antara kami berempat, dialah yang selalu paling awal bangun. Jam menunjukkan ke pukul lima suku pagi. Sebentar je lagi azan subuh berkumandang. Aku bergegas [...]
--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur --- |
|
Oleh : Dieyha Zuhara 7 Majlis tahlil itu diadakan secara kecil-kecilan sahaja, tetapi ramai juga yang berkunjung. Puan Aisyah menghidangkan bihun goreng dan teh tarik pada malam itu untuk dijamukan kepada para tetamu. Hannah yang cantik berbaju kurung pahang berwarna putih, dan bercorakkan bunga berwarna merah hati sibuk membantu ibunya melayan tetamu. “Makcik Ani sekeluarga [...]
--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur --- |
|
Oleh : dekna lee Bab 7 TOK.. Tok.. Tok..!! Kedengaran pintu diketuk dari arah luar. Siapa pula yang mengetuk pintu biliknya selewat jam tiga pagi sebegini? Biasanya member-member aku semuanya kaki tidur awal. Dada Syasya mula berombak kencang. Aduh. Siapa ni? hendak buka atau tidak? Tak payahlah! Tok!! Tok!! Tok!! Sekali lagi pintu diketuk dari [...]
--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur --- |
|
Oleh : Deeya Zafyra Bab 7 Sudah hampir seminggu aku bergelar seseorang yang sudah bekerja. Hmm…rutin harian aku pun menjadi semakin sibuk dengan urusan di pejabat. Sekarang ni pekerja-pekerja kat sini dah kira satu kepala dengan aku. Cuma, aku rasa yang sorang ni ada lain sikit lah. Sape lagi kalau bukan si Taufiq ni. Ni [...]
--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur --- |
|
Oleh : ika pikah BAB 6 Esok merupakan hari yang terakhir dia berada di rumah kesayangannya. Kini dia sudah kemaskan barang-barang yang perlu dikemaskan. Semuanya sudah tersedia, esok senang sahaja kerjanya untuk beredar tanpa rela. Masih terbayang-bayang perbualan mama dan papanya semalam, ada ke patuh katanya jodoh sudah ditemui. Mau mati katak dia semalam. . [...]
--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur --- |
|
Oleh : RinsyaRyc BAB 5 & 6 DUA minggu aku hidup dalam kebosanan. Aku elak Adami, dan Adami langsung tak kisah aku elak dia. Dia tak tanya pun pasal aku. Dah sah-sah aku merajuk sorang diri sebab tak akan ada sesiapa yang peduli apa yang aku rasa saban hari. Aku sendiri dah rasa diri ini [...]
--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur --- |
|
Oleh : Virtual Writer Bab 6 – A Lesson in Life Sophie duduk menongkat dagu sambil menghisap air coklat dalam kotak dengan wajah yang muram. Rasa manis air coklat itu tidak dapat dinikmatinya seperti selalu kerana fikirannya kini menerawang ke tempat lain. Peristiwa semalam di stesen tren bermain-main di fikirannya. Wajah Shun asyik bermain-main di [...]
--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur --- |
|
Oleh : ANAZ TASHIA Ketukan pada pintu bilik Sarah yang bertalu-talu membingitkan telinganya. Sudah dipekup telinganya dengan bantal pun masih lagi terngiang-ngiang bunyi ketukan malah ianya makin kuat. ‘Woi, macam nak runtuh pintu bilik aku kau hentak. Demam ke? Tak boleh ke jangan ganggu aku?’ Jerkahan Sarah bukan membuatkan ketukan tersebut berhenti malah makin menjadi-jadi. [...]
--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur --- |
Hari Ini
Huduh
Koleksi
Koleksi Novel
maksud Hudud
Malaysia
Najib
Novel
Novel Online
Online
Penulisan2u
Penyamun
Perdana Menteri
PM
Polis
Politik
Rokok
Samun
Van Rokok
Koleksi Novel Online Hari Ini 15.08.201
Langgan:
Catatan (Atom)