Memaparkan catatan dengan label alhamdulillah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label alhamdulillah. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Mei 2016

KAHWIN

[KAHWIN]
Pesanan buat yang belum kahwin.. kita hanya akan benar-benar mengenali  seseorang SETELAH KAHWIN dengannya. Tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas berak tak reti flush, baru tahu cepat stress kalau ada masalah.. baru tahu pemarah apabila ditegur.. baru tahu.. baru tahu..
Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap2 malam, dating tiap2 hari BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang.
Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat konvo sama2, boleh pegang2 tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet2 manis2 (sampai diabetes katanyaaa), everything goes smooth all the time & live happily ever after.
Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH drp kawan yang baru kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kpd dunia.. realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. siapa yang tahu?
Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah2 tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan.
Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk 'elak maksiat' saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?
Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin?
Bersediakah kamu WAHAI LELAKI - pulang kerja penat - lapar - mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam.. Bolehkah kamu TETAP TERSENYUM - menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar -urus kencing berak & mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh - lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak & makan sahaja di luar?
YANG PEREMPUAN , sudah bersediakah anda untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup - bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung - sakit bersalin - berpantang - realiti nya, anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar & lesu yang amat?
* You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil..
Apabila kamu membentak marahkan orang tua.. 'Kenapa susahkan orang nak kahwin..'
Padahal kamu tidak sedar. Ibubapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga & ibu rumahtangga itu tidak mudah!
Tak sedikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM & TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan lain2, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.
Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin.. Untuk menjayakan hidup berumahtangga.. Cinta saja tak cukup rupanya.. barulah kita sedar quote 'rezeki setelah nikah' itu perlu diusahakan & disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.
Cuma ketika itu baru kita sedar.. betul apa mak ayah kata... "CINTA SAJA TIDAK CUKUP ..."
Salihin Bmc Utara

Selasa, 14 Julai 2015

Amalan Doa Seharian

AMALAN DOA SEHARIAN

Doa Harian


Baca setiap pagi
Allahumma Akfini bihalalika 'An Haromika wabifadlika 'Amman Siwak
Maksudnya: YaAllah cukupkanlah aku dgn rezeki yg halal bukan yg haram dan berilah aku kekayaan harta benda dgn keutamaanmu supaya aku tidak mengharap dan meminta pertolongan selain dpd Engkau

Doa kedua:
Baca 7x lepas solat fardhu
Baca 70x pada hari jumaat
Ya Ghani Ya Mughni Ya Fattah Ya Rozzaq
Maksudnya: Yang Maha kaya , yg Maha Mencukupkan, Yg membukakan pintu rahmat Yg Maha pemberi rezeki

Amalan doa


Dan Baca "Bismillahirrahmanirrahim" 301x selepas Terbit matahari atau waktu syuruk

Doa Ketiga: baca sebelum keluar berniaga 313x
Waja'altulahu Maalam mamduuda
Maksudnya: Dan aku berikan baginya kekayaan yg melimpah ruah

Rabu, 4 Februari 2015

Menang Mini Giveaway by Syira Lokman

Alhamdulillah..

Kali pertama AM join segmen ini
TETAPI
Syira Lokman telah MEMILIH AM sebagai 
PEMENANG yang di sponsor oleh
sendiri.

blog tersenarai sebagai pemenang

Di bawah ini Am sediakan screenshort 
Senarai Pemenang yang BERTUAH..

blog ini memang mini giveaway bt syira lokman

AM juga sediakan senarai penuh PEMENANG 
Mini Giveaway by Syira Lokman

TERIMA KASIH 
Kepada 
SYIRA LOKMAN


RM10 x3 [Eymasu]



RM10 x1 [Salahuddin]



Bloglist Januari hingga Jun x10 [Syira]




Bookmarks LE x3[Amanina]



Novel x2 [Syahir]


Masker Savee x1 [Syahoney.Kitty]



Lotion Mistine + fridge magnet india x1 [Nanakimie]




Sepasang Blouse dan Skirt Lycra x1 [Rosniwati]




Topup RM10 x1 [Puteri]




Topup 10 x1 [Syahoney.Kitty]




Topup RM10 x2 [Syira]




Topup RM10 x3 [Aida]




1 TOP REFERRAL


RM20 x1 [Papaglamz]



TAHNIAH SEMUA !