Selasa, 10 Februari 2015

Berebut Awek Cun punca lepas tembakan

Berebut gadis ‘pose’ manja punca lepas tembakan

ADILA SHARINNI WAHID
9 Februari 2015
Pistol yang dirampas dari ketua kumpulan yang terdiri daripada lima orang.

melayu boleh


KOTA BHARU - 'Pose' manja seorang gadis 23 tahun di laman sosial Facebook menjadi rebutan hingga menyebabkan berlaku insiden tembakan di hadapan sebuah restoran di Jalan Kebun Sultan, di sini, awal pagi tadi.
Gadis berasal dari Kota Bharu itu pada mulanya muat naik gambar-gambar manja di laman sosial berkenaan hingga menjadi kegilaan dua kumpulan terdiri daripada lima dan tujuh orang yang mahu memilikinya.
melayu boleh

Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, dua kumpulan itu kemudian mengadakan perbincangan di restoran tersebut sebelum gadis terbabit mengambil keputusan memilih untuk mengikut kumpulan yang terdiri daripada tujuh orang berkenaan.
"Berang dengan keadaan itu, seorang daripada anggota kumpulan lima orang terbabit melepaskan dua atau lebih das tembakan ke kereta jenis Alza yang dinaiki kumpulan tujuh orang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, sebentar tadi.
Bagaimanapun tidak sampai lima jam selepas kejadian, kesemua mereka ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971. "Sepucuk pistol jenis Steyr Malnnlicher (made in Australia) berisi tiga peluru hidup dan dua kelongsong dirampas.

Steyr Mannlicher

"Kesemua suspek berusia 20 hingga 27 tahun dan gadis terbabit akan direman di mahkamah pagi esok," katanya.
Mungkin ini bakal terjadi jika tiada undang-undang HUDUD di Malaysia?? Sudah sampai masanya untuk kita umat ISLAM kembali kepada Ajaran ISLAM yang sebetul-betulnya.
Masih ingat artikel AM yang lalu mengenai Gadis Dirogol Selepas Dipaksa Minum Arak atau kita sanggup sekali lagi membaca Gadis Dirogol Oleh 8 lelaki

Ulasa AM : Sudah tak ada kerja lain ke anak dara dan teruna Melayu kita sekarang??? Awek cun bukan sorang dan gadis melayu bukan sorang.. Yang mendedahkan aurat juga yang dipilih oleh lelaki..
Nak buat bini sudah pasti nak bertudung labuh dan sopan santun. Ini dah la mendedahkan aurat dan pose yang mengiurkan lelaki, adakah awek cun ini sekadar peneman dikala kesunyian lelaki???

Nota Kaki : AM ambil dalam aplikasi Whatsapp sahaja..

Artikel Terkait

10 comments

Hari ini sudah datang masalah akhlak

inilah disebabkan kita terlalu mengikut undang-undang kita sendiri, sedangkan undang-undang Allah itu lebih baik.

Singgah sini dan follow google+

nauzbillahh. moga dijauhkan dari perbuatan yg tak berfaedah ni aminnn.

done follow :)

Ya betul 2..sebab kepala hanya pikir undang2 sendiri tanpa memikir orang lain

Seronok la sekarang ..nanti daj kena KENDURI seronak lagi x???
Anak2 dara yang baik tak buat benda2 yang merugikan diri sendiri..jaga maruah diri, anda telah menjaga maruah keluarga

Terima kasih..

Sama2 la kita berdoa dijauhkan daripada perkara2 yang buruk dan sama2 la kita menjaga maruah..

ala berlambak lagi awek kat luar sana .. blogwalking here... #kliknuffnang#visit my blog on shukranzahari.blogspot.com ..Happy blogging

aduhh..

dulu gua yang jadi rebutan.

sekarang ni..terbalik sudah ye..

Hihihi..
kita yang jadi rebutan tak ada masalah..
nie koboi yang berebut memang bermasalah besar la..

Moga dijauhkan dari perkara-perkara yang tak diingini macam ni..


EmoticonEmoticon