Kempen STOP 114A dalam web Malaysiakini
Secara ringkasnya, pakar undang-undang percaya bahawa pindaan kepada Seksyen 114A akan bermakna sesiapa sahaja, termasuk kerajaan, boleh memulakan tindakan undang-undang atau fitnah jenayah terhadap pengguna rangkaian sosial, pemilik lamanweb, pemilik peranti mudah alih atau pemberi perkhidmatan rangkaian WiFi berkaitan dengan kandungan yang disiarkan oleh individu lain.

Malaysiakini percaya bahawa undang-undang ini adalah tidak adil dan mudah terdedah kepada penyalahgunaan.
"Perubahan-perubahan kepada undang-undang ini adalah satu penghinaan kepada prinsip tidak bersalah sehingga terbukti bersalah. Kami percaya bahawa kerajaan menggunakan perubahan secara halus ini untuk menghakis kebebasan bersuara di talian.
"Malaysiakini menyeru kepada semua pengguna internet untuk bangun menentang pindaan-pindaan ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran.
Malaysiakini menyertai Hari Tegah Siar browser pop-up anjuran Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) untuk menghebahkan mengenai undang-undang zalim ini kepada pembaca dan orang ramai.
Untuk maklumat lanjut, sila layari lamanweb rasmi kempen tersebut.
FAQ mengenai 114A
Adakah ini satu undang-undang baru?
Tidak, ia adalah satu pindaan yang dibuat awal tahun ini dalam Akta Keterangan. Sebelum ini, apabila seseorang dituduh dengan hasutan berkaitan posting di blog, pendakwa raya perlu membuktikan bahawa Encik/Cik X sebenarnya menulis posting terbabit di blognya. Sekarang, jika Encik /Cik X mendakwa dia tidak memuat naik posting tersebut, dia dikehendaki membuktikannya.
Adalah tidak jelas bagaimana seseorang itu hendak membuktikan bahawa dia tidak meletakkan posting terbabit. walaupun jika kita katakan bahawa orang lain telah menggodam lamanweb tersebut dan memuat naik posting terbabit, memang tidak ada cara untuk membuktikannya.
Perkara yang sama juga membabitkan rangkaian WiFi. Jika seseorang di dalam rumah anda menggunakan WiFi anda yang didaftarkan di bawah nama anda untuk membuat posting, maka anda akan didakwa, melainkan anda boleh membuktikan bahawa orang lain di rumah anda yang melakukannya.
Adakah ia juga memberi kesan kepada pemilik lamanweb dan blog?
Ya, pemilik lamanweb kini bertanggungjawab ke atas semua komen yang dibuat di lamanwebnya.
Tetapi bukankah itu baik? Kita tidak harus membiarkan fitnah dalam talian.
Malaysiakini tidak akan membiarkan perbuatan memfitnah. Ambil forum awam kami sebagai analogi. Jika seseorang membuat sesuatu fitnah semasa Debatkini, patutkah Malaysiakini bertanggungjawab, atau orang yang membuat kenyataan terbabit bertanggungjawab terhadapnya?
Seharusnya orang yang membuat komen itu yang perlu bertanggungjawab, bukan pemilik lamanweb.
Apakah kesan pindaan tersebut?
Semua lamanweb, hotspot WiFi, rumah dan pejabat akan terpaksa menghentikan orang daripada menggunakan internet untuk menghantar komen. Orang ramai akan menjadi lebih takut untuk bersuara. Jika bilangan orang yang bersuara dalam talian berkurangan, maka ia lebih mudah untuk mendakwa dan mempenjarakan yang lain.
Mereka yang menyokong kempen tegah siar
Sehingga ini, 57 lamanweb di Malaysia - termasuk portal berita, lamanweb komersil, NGO dan blog terkemuka - mengambil bahagian dalam kempen ini.
Portal/laman berita
Free Malaysia Today
Malaysiakini
Digital News Asia
The Nut Graph
Harakah Daily
Keadilan Daily
BFM Radio
Mobile World
Tranungkite
MalaysianWireless
NegaraKita
Penulis blog dan tokoh masyarakat
Marina Mahathir
Lim Kit Siang
Tukar Tiub
Uppercaise
Nat Tan
Niki Cheong
myAsylum
Anil Netto
juanajaafar
NTGravity Zone
Sarawak Bloggers
Sivin Kit
Fahmi Fadzil
Cyril Dason
2dayblogger
Kaki Sakat
Lucia Lai
Laman komersil dan keusahawanan
lelong.com.my
entrepreneurs.my
nexusmediaworks
MOL
MudahAlih.my
Sumber dalam talian dan lamanweb komuniti
cari.com.my
anixekai.com
LoyarBurok
mobile88
jbtalks
edu.joshuatly.com
Xela City
Laman persatuan/pertubuhan sivil/NGO
Malaysian Bar Council
Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU)
Aliran
Research for Social Advancement, Relevant Facts, Sparkling Analysis (REFSA)
Sinar Project
Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
SEACeM
Tindak Malaysia
Islamic Renaissance Front (IRF)
Lawyers for Liberty
Perak Women for Women
Empower
Women's Centre For Change
All Women's Action Society (Awam)
Sisters in Islam (SIS)
Women's Aid Organisation (WAO)
Voice of the Children