Selasa, 14 Ogos 2012

Bahana Main Mercun Bola Yang Di Upgrade

Tags


Mohd Shahril Affendi
Mohd Shahril hilang empat jari selepas terkena serpihan mercun bola yang diubah suai.
 
KOTA BHARU - “Saya dah serik dan nasihatkan jangan bermain mercun, kerana ia akan menyebabkan kita menanggung sesalan seumur hidup,” kata mangsa mercun Mohd Shahril Affendi, 20.
Mohd Shahril yang hilang empat jari, akibat terkena serpihan mercun bola yang diubahsuai bersama rakannya, Mohd Ahmad Ismail, 19, ketika menyalakan bahan letupan itu di kawasan lapang di Tunjung, masih trauma dengan kejadian itu dan kini ditempatkan di wad HRPZ II untuk rawatan susulan.
“Saya pun masih terkejut dengan kejadian ini, kerana semasa cubaan pertama rakan (Mohd Ahmad) yang mencucuh sumbu mercun bola, kami sangka ia tidak menyala, namun tiba-tiba ia meletup.
“Akibat letupan kuat itu, kami tidak sempat larikan diri dan mengakibatkan tangan saya cedera manakala rakan mengalami kecederaan di dada dan bahagian mata,” katanya.
Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan rakannya, Mohd Ismail, yang turut melecur di bahagian badan dan penglihatannya  kabur, namun tidak dapat ditemu bual kerana sedang menjalani rawatan di bilik khas.
Terdahulu Pengarah HRPZ II, Ghazali Hasni Md Hassan bersama rombongan, kakitangan hospital turut mengadakan lawatan dan memberi kata-kata semangat kepada Mohd Shahril di samping menyampaikan cenderamata.
Kelmarin, Sinar Harian melaporkan, Mohd Shahril dan rakannya Mohd Ahmad, cedera parah di bahagian tangan, manakala rakannya melecur di bahagian badan dan kabur penglihatan selepas terkena serpihan mercun bola yang diubahsuai, di kawasan lapang di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung.


Akibat kejadian itu kedua-duanya dibawa ke Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh namun terpaksa dirujuk ke HRPZ II untuk menerima rawatan susulan kerana mengalami kecederaan yang serius.

Nota : Time kecik2 dulu main juga mercun nie tapi xdok la sampai nak upgrade pulok..Rasa-rasanya hampir nak meletup kat tangan juga nie...Biasa la budak2 mesti nak main dengan lastik punya nak buat macam bunga api..Kikikiki

Artikel Terkait

2 comments

Rajin sggh nk upgrade mercun.suruh upgrade teknologi xmau pulak.haha

salam perkenalan.Jumpa kt SB td.
Salam aidilfitri juga!

Salam perkenalan juga..SB apa full name ya??hihihi


EmoticonEmoticon