Isnin, 22 Ogos 2011

Koleksi Novel Online (15 Ogos 2011)

Antara koleksi novel online yang terbaru...Khas kepada kipas susah mati yang meminati novel..Jom layan semua...

Novel : Cik Bunga Dan Encik Sombong 1

Posted:

Oleh : AIRISZ PROLOG. DULU, masa zaman sekolah rendah, aku fahamkan makna bidan terjun itu adalah bidan kampung yang terjun dalam sungai. Kemudian masuk sekolah menengah baru aku faham bidan terjun mengikut makna dalam buku dan hari ini, aku faham betul-betul makna bidan terjun tu dengan erti kata sebenar. Sebabnya, aku sendiri yang ‘TERJADI’ bidan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Cinta Disember 1

Posted:

Oleh : vanilla_ice Prolog “Awak…” “Hmmm?” “Ingat tak hari ni bulan apa?” Dia bersuara manja. “Disember. Kenapa?” Pura-pura tanya. “So?” Jari-jemari wanita itu bertaut kemas dengan jari-jemarinya. Wanita itu tersenyum manis. “Alolo manjanya orang tua ni.” “Say it.” “Ugut.” “Say it please.” Dia buat muka kesian. “Fine.” Senyum masih belum lekang dari bibir. “I love [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Hikayat Cinta Si Pematah Hati 1

Posted:

Oleh : E-man Sufi Awan gelap.Langit yang tadi memutih mula berarak laju.Warnanya bertukar menjadi kelabu kehitaman.Angin turut menderu dengan tiupan yang semakin kuat.Nyata petang itu akan dilimpahi rahmat Allah. Pokok-pokok besar di kawasan tanah perkuburan bergoyang ditiup angin.Dedaun gugur yang berlaga membentuk bunyi desiran halus. “Hari dah nak hujan Pak Imam.Bacaan talkin pun dah selesai.Saya [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Tanya sama hati 1

Posted:

Oleh : fantaghiro Payah betul rasanya nak melelapkan mata. Sepasang mata milik pujaan hatinya asyik mengganggu tidurnya. Bibirnya mengulum senyum setiap kali teringatkan peristiwa siang tadi. Macam mimpi. Seolah-olah macam kisah dongeng. Puteri raja yang diselamatkan oleh putera raja yang sangat kacak. Ah, syoknya. Ika mula mengelamun. “Hoi mak cik. Yang kau tersengih-sengih tengah-tengah malam [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Putera Arab Ku prolog

Posted:

Oleh : Puteri Selendang Biru ZACK mengungkap rasa syukurnya ke hadrat Illahi. Akhirnya semuanya telah selesai. Syed Hussin, pakciknya sudah menerima hukuman atas tuduhan merancang kemalangan kedua orang tuanya dan juga percubaan membunuhnya. Cuma jenayah yang dilakukan terhadap Suhana dirahsiakan. Itupun atas permintaan keluarga Suhana. Semua bukti tentang itu sudah disimpan kemas oleh keluarga mereka. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Cinta Origami 1

Posted:

Oleh : Blue Arrow BAB SATU. Kertas segi empat tepat berwarna putih diambil dari dalam kotak kiub. Sebenarnya kertas putih itu digunakan untuk dicatatkan nota tetapi lain pula yang dibuatnya. Mungkin rasa bosan menanti temannya menyebabkan tangannya gatal mencapai kertas putih yang tadi elok tidak berusik di dalam kotak kiub. Tangannya mula melipat kertas itu. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Suamiku, Oppaku 1

Posted:

Oleh : Opie I love you, Oppa! 1 “Tok, tok, tok!”, bunyi ketukan pintu kedengaran. Siapa pulak yang kacau aku ni? Baru nak sedap tidur di atas katil yang empuk ini. Maklumlah, semalaman tak tidur sebab kena buat kerja. Sebagai penganggur, aku memang dah biasa buat kerja pagi – pagi buta ni. Opss, jangan salah [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Tali Kasih 1

Posted:

Oleh : Wan Noorhidayat Bab 1 Hulurkan aku cintamu seikhlas hati… AIMAN sedang tercegat berdiri di hadapan pintu pagar sekolah. Kawan-kawannya sudah ramai yang pulang. Hanya tinggal dia seorang diri di situ tanpa ditemani oleh sesiapa. Hendak pulang sendirian, dia tidak tahu jalan pulang ke rumah. Jadi, terpaksalah dia menanti kedatangan mamanya dengan sabar. Sebelum [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : BenCInta 1

Posted:

Oleh : Nudra Elina PROLOG Rian melangkah lambat-lambat menuju ke arah kelas tingkatan lima Alif. Dalam hatinya, dia berharap tidak akan diganggu oleh Zairell pada hari ini. Dipandang ke kiri dan ke kanan. Setelah pasti Zairell tiada di situ, terus diletakkan beg yang digalas di atas kerusi dan duduk. “Hei, Rian!,” tiba-tiba satu suara yang [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Kasih yang bertamu 1

Posted:

Oleh : Nissa umairah BAB 1 ” Ibu…, Lia nak sambung belajar lagi lah bu. Itu pun kalau ibu izinkan ” Luah Lia pada ibunya. Dia nak sangat menyambung pelajarannya keperingkat yang lebih tinggi setelah mendapat keputusan yang memuaskan dalam SPM. Dia memang mengidam kan saat-saat manis menggengam segulung ijazah hasil usahanya sendiri. Dia mahu [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Kisahku & si dia prolog

Posted:

Oleh : inawza “Eza! Owh Eza! Bukak pintu ni..” Siapa la pagi- pagi buta ni memekak panggil aku. Nak tidur pun tidak senang. Hari minggu macam ni la aku nak tidur puas-puas. Aku mengeliat malas, aku mengenyeh kedua-dua mataku sambil berjalan ke pintu bilikku untuk membuka tombol pitul. “Ermmmm. Ada ape Raz? Pagi-pagi buta kau [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Antara Belacan Dan Keju 1

Posted:

Oleh : Mama Intan Payung -BAB 1- Maiya Juliana binti Rameli Saripin (Juju) “Selama tujuh belas tahun mama kata, abah jahat. Tujuh belas tahun juga mama kata, abah tidak pernah bertanggungjawab! Kalau duit abah bagi, jangan ambil! Mak tiri aku jahat…! Tadi… tadi pula, mama kata sebenarnya selama ini semua silap. Mama kata, abah sebenarnya [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Sorry Coz Dunno La y 1

Posted:

Oleh : Tarita Hanami PROLOG Namanya Salleh tetapi lebih dikenali sebagai Iman@panggil sahaja Im. Pelik bukan, nama sebenar jauh berbeza dengan nama panggilan. Segalanya mungkin dalam dunia ini, seperti kisah aku Nur Iman Amani dan Iman. Iman merupakan sepupu kepada rakan sebilikku. Cukup sekadar dengan mengenalinya sebegitu. Iman mempunyai segalanya yang ingin dimiliki oleh seorang [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : My Miss Tomboy 1

Posted:

Oleh : Ardastra Tengku Qhays Ishaque mengaduh kesakitan tatkala jarinya menyentuh kesan lebam yang terbentuk dibibirnya. Tidaklah teruk sangat tetapi tetap menarik perhatian sesiapa yang terpandangnya. Hatinya benar-benar geram apabila mengingati kejadian yang berlaku siang tadi. Kalau bukan disebabkan oleh perempuan itu bibirnya mungkin dapat diselamatkan dari menjadi habuan. Fikirannya segera melayang mengingati kejadian itu. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Liku-Liku Cinta 1

Posted:

Oleh : nairah Nazira berjalan pantas menuju ke butik. “Alamak! Dah lambat ni! Habislah aku..” getus hatinya. Sampai sahaja di hadapan butik itu, dia segera masuk dan mendekati seorang pemuda yang terdapat disitu. Pemuda yang kacak, bergaya, berkerjaya dan sangat hebat baginya. Pemuda yang telah Berjaya menawan hati kecilnya. “Maaflah Naim, banyak sangatlah kerja tadi. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Siapa Orang Gajiku 1

Posted:

Oleh : azimahlily BAB 1 Aina membetulkan kedudukan rambut palsu berwarna blonde yang dipakainya sebelum melangkah keluar dari balai tiba di KLIA. Dia tersenyum apabila memandang dirinya disebalik pintu kaca yang berada di hadapanya. Dia masih berdiri tegak di situ. Baju gaun separas lutut tanpa lengan berwarna hitam direnunganya. Senyuman masih tidak lekang di bibirnya. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Nilai Air Mate 1

Posted:

Oleh : an-naml madoo Sudah menjadi kebiasaan bagi Saleha pulang dari sekolah dengan berjalan kaki. Bukan tiada rakan atau guru nye yang mahu menghantar nye pulang. Tapi die lebih selesa berjalan kaki. Tidak suka membeban kan orang lain.Sudah banyak rase nye die dan ibu nye menerima ihsan dari orang.Tidak sanggup rase nye die termakan budi [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Dulu kini dan selamanya 1

Posted:

Oleh : mochapearl “AKU terima nikahnya Nur Qisha Hanan binti Marzuki dengan mas kawin 80 ringgit tunai.” Sekali lafaz Qisha Hanan sah menjadi isteri kepada Armand Harith. “Abang terima kasih sudi terima Qisha seadanya.” Ucap Qisha Hanan tulus ikhlas. Benar die bersyukur kerana hubungannya bersama Armand Harith akhirnya ke jinjang pelamin. Hampir 2 tahun dia [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Jangan Berhenti Mencintai Aku 1

Posted:

Oleh : zara aqeela Hani sudah berlalu ke bilik tayang bersama teman kuliahnya. Aku masih setia menghadap buku-buku yang sudah dipilih. Kedinginan dari pendingin hawa perpustakaan yang besar dan lengang memaksa aku menaikkan kaki bersila di kerusi. Baju panas yang aku sarungkan masih gagal menghangatkan badan. Sesekali aku menoleh ke arah beberapa meja yang sudah [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Playboy vs Playgirl 1

Posted:

Oleh : angelseptember Sesaat dia memerhatikan orang yang gaya jalannya yang terhegeh-hegeh lembab yang turun dari tingkat atas menuju ke arahnya (bleh dikatakan gaya kool la lagaknya). Dia mencebik tatkala orang itu semakin hampir dengannya. “hoi minah!! Kenapa kau masih ada kat sini lagi. Shuhh! Pergi balik rumah kawan kau tu. Kau nak sangat pergi [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Rahsia cinta untuk kamu 1

Posted:

Oleh : bidadaricinta Gamat keadaanya di kelas Tingkatan 4 Dahlia. Sudah macam pasar borong lagaknya. Bising tak tentu hala. Masing-masing dengan aktiviti sendiri. Ketiadaan guru di kelas mereka membuatkan mereka bebas. Mana yang rajin, elok-elok saja membelek buku buat persediaan. Itupun kalau tak terganggu fokusnya. Yang memang sedia nakal, makin nakal dibuatnya. Terlompat-lompat macam nak [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Akhirnya Pasti 1, 2

Posted:

Oleh : Naj Alissa BAB 1 Musim bunga. Kuntum-kuntum sakura mula menampakkan dirinya. Namun tetapi, angin musim sejuk masih galak bertiup menyapa pipiku yang terdedah. Laluan pejalan kaki di Elizabeth Street aku selusuri menuju ke The University of Melbourne. Pemandangan di kiri dan kanan sangat cantik mengikut peredaran empat musim. Semasa musim sejuk, pokok-pokok hanya [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Kupon Cinta 1

Posted:

Oleh : Huny NiCah BAB 1 JAM dikerling buat kesekian kali. Hatinya berlagu resah, tidak pernah gadis itu selambat ini selama ini. Malah gadis itu cukup menjaga waktunya berbanding pekerja-pekerja lain termasuklah dia sendiri. Tapi kini sudah setengah jam berlalu namun gadis itu tetap juga tidak muncul. Dia menjengahkan kepalanya sekali lagi apabila bunyi tapak [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Mr. Pilot vs cikgu 1

Posted:

Oleh : mya aryssa BAB 1 Mac 2001 “Farisya!” “Ye mak!” Seorang gadis berumur 14tahun pantas menyahut. Dia yang sedang enak terbaring menonton televisyen pantas bangun menuju ke dapur. Tersenyum sendiri gadis itu melihat tubuh wanita 30-an yang sedang sibuk di dapur itu. “Yang sengih-sengih tu apesal? Sedar tak sekarang ni dah pukul 11 pagi? [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : KiHae’s Love Story 1

Posted:

Oleh : Yuri Atisha Kereta Mercedes Benz SLS seperti biasa berjaya mencuri perhatian para pelajar di KiHae Private School sejak 4 tahun dahulu. Karpet merah dihamparkan dari tempat duduk penumpang sehingga ke pintu pagar utama. Seorang lelaki tua keluar dari tempat pemandu lalu membukakan pintu untuk anak majikannya. Kelihatan Nawal Farisya, Mia Afina, Zurin Farhanah [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Diakah jodohku 1

Posted:

Oleh : SITIE HAJAR B.E.N.C.I. tak dapat nak diluahkan perasaan hati bila diri sentiasa ditanya soalan-soalan yang menjerut hati. Sakitnya hati ini, bila sentiasa diajukan soalan tentang perkahwinan. Siapa yang tak mahu kawin? Serasanya semua orang punya keinginan untuk berkahwin. Aku juga begitu. Tapi, dengan siapa? Calonnya pun ngak ada lagi sih… tak perlu kabut-kabut. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Hingga Akhir Waktu 1

Posted:

Oleh : Mimie Shamimi Bahagian 1 Elly tercengang melihat muka sahabat baiknya masam mencuka sebaik sahaja melangkah masuk ke bilik mereka. Raut wajah Mia yang tegang direnungnya hairan. Selalunya gadis kecil molek itu riuh bercerita itu dan ini. Tetapi hari ini sikapnya berlainan sekali. “Kau ni kenapa,Mia? Mogok lapar ke apa? Masuk tak bagi salam [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon