Isnin, 22 Ogos 2011

Koleksi Novel Online (14 Ogos 2011)

Antara koleksi novel online yang terbaru...Khas kepada kipas susah mati yang meminati novel..Jom layan semua...

Cerpen : Ramadhan di Hati Adina

Posted:

Oleh : Rehan Makhtar PERISYTIHARAN Ramadhan daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja sebentar tadi membuat aku langsung memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi. Sudah 2 tahun juga aku diamkan Ramadhan di dalam hati ini. “Alhamdulillah, syukur di atas kesempatan yang Kau kurniakan, Ya Allah!” ucapku penuh syukur lalu meraup telapak tangan ke wajah. Langkah kaki ku hayun [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Cerpen : Manisnya Kurma Ini

Posted:

Oleh : Syamnuriezmil Aku bergegas ke pasar malam. Teringat pesanan abah, sebelum pulang ke kampung, abah menyuruh aku membeli buah kurma untuk bekalan berbuka puasa nanti. Lagi dua hari saja nak puasa! Aku tak sabar betul. “Yani belikan abah, 20 kotak cukuplah. Yani belikan kurma nabi 10 kotak, lepas tu beli kurma madu, 10 kotak.” [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Cerpen : Pertama Ramadhan

Posted:

Oleh : Wild Cherry AKU melabuhkan punggung di kerusi, di balkoni. Aku tersenyum memandang perutku yang sudah membesar. Aku mengusap perlahan perutku yang kini sudah mencecah sembilan bulan tiga hari. Menurut jangkaan doktor, lagi seminggu aku akan melahirkan. Pada peringkat awal kehamilan, aku mengalami alahan yang teruk iaitu aku tidak boleh menghidu wangian yang dipakai [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Cerpen : Cinta Bulan Ramadhan

Posted:

Oleh : Iman Kyuhee Aku memandang kalendar pada dinding ruang tamunya. Hmm… lagi dua minggu hendak raya. Aku mengusap-ngusap perut yang sedikit memboyot itu. “Sayang… termenung apa tu?” tegur Taufiq tiba-tiba lalu memeluk tubuhku dari belakang. Aku tersenyum kecil. “Takde apa. Cuma terpikirkan anak kita yang bakal lahir ni…” balasku sambil mengusap-ngusap perutku yang semakin [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Cerpen : Ceritera Cinta Ramadhan

Posted:

Oleh : Wazrul Shah 25 Syaaban 1432H ADAM masih tekun dengan kerjanya. Sesekali dia menguap. Hari ini terlalu banyak perkara yang harus diselesaikan olehnya. Adam menutup kelopak matanya. Belakang lehernya diurut-urut berulang kali. Sakit rasanya belakang badan. Azan solat Jumaat sudah berkumandang, Adam masih belum terasa hendak melangkah ke masjid. Terlalu banyak kerja yang belum [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Cerpen : Ramadhan Yang Lebih Bermakna

Posted:

Oleh : Afifah Yusof Akram membuka perlahan tombol pintu. Kakinya menjengket masuk ke dalam rumah. Beg sandang diletakkan di atas sofa. Dengan penuh berhati-hati,kakinya memijak lantai kayu yang berbunyi. “Hish! bisinglah lantai ni.”gumamnya. Beberapa langkah lagi nak sampai ke bilik tidurnya. Senyuman lega sudah bergayut di bibir. Baru ingin melangkah lebih mara,tiba-tiba lampu rumah terpasang. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Cerpen : Rezeki Langit Ramadhan

Posted:

Oleh : Aliesha Kirana Ramadhan 1432 Hijrah Hawa spontan menutup hidungnya sebaik terbaukan sesuatu yang menusuk apabila seseorang masuk ke dalam pejabat milik Sakina Holding itu. Bau itu tidaklah tengik seperti bau pekerja warga asing yang baru pulang dari kerjanya di kilang, tetapi Hawa arif sangat tentang bau yang satu ini. Bau rokok! Hawa memanjangkan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Cerpen : Tinta Cinta Ramadhan

Posted:

Oleh : Nuril Bahanudin 1 ramadhan.. Alhamdulillah, walaupun hariku ini berulit sibuk, aku berjaya tempuhi jua, habisi hari ini, ramadhan di perantauan untuk kali yang ke-4 nampaknya. Helaian kertas kumal yang usang itu diselak lagi, untuk kesekian kalinya tanpa rasa jemu malah semakin kerap bila ramadhan menjelang tiba. Ini sahaja yang tinggal, pengikat kasih, penyambung [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Cerpen : Tiada Esok Buatku

Posted:

Oleh : Ilya Abdullah SEMUA orang menyalahkan Lynn. Jahat sangatkah Lynn? Apa salah Lynn? Lynn buat demi kebaikan diri Lynn sendiri. Lynn tidak mampu bertahan lagi. Lynn sudah cukup menderita. Selama ini Lynn mengikut kata orang tua Lynn. Lynn sanggup serahkan Iqbal kepada Yana. Lynn sanggup mengalah. Tapi inikah balasan untuk Lynn? Biarlah Lynn menangis [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Cerpen : Ramadhan Itu Indah

Posted:

Oleh : RIA NATSUMI ‘Betul ke tindakan aku ini? Aku dilema pada mulanya tetapi semakin lama aku tahan perasaan ini semakin aku tidak tahan. Baiklah! Aku yakin dengan keputusan yang aku buat ini,’ Maryam tersenyum. Maryam mengucap syukur. Setelah hatinya terbuka, akhirnya dia memeluk Islam. Sejak kecil dia berkawan dengan orang beragama Islam. Mereka melayan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Cerpen : Telatah Ragam Sahur

Posted:

Oleh : ezaitie nfib Malam sebelum Ramadhan . “Anak-anak, esok dah mula puasa ya. Jangan ada yang malas sahur, tak puasa, ya anak-anak. Mak dapat tahu siapa tak puasa penuh tahun ni terutamanya lelaki, tak ada peruntukkan baju raya ya anak-anak,” pesan mak lembut dan bersahaja. “Ala, asyik anak lelaki je kena puasa penuh. Anak [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Cerpen : Ramadhan ini…

Posted:

Oleh : G.Y haniey KRINGGG! Tap! Kelopak mata terasa dihempap batu. Aku tahu sekarang masa untuk bangun tapi…argh, kejap lagilah! Mata kembali terpejam lantas menganyam mimpi yang tidak kesampaian. Jalan berkabus ku redah penuh waspada. Bimbang termasuk perangkap entah siapa-siapa. Tidak pernah ku lihat kabus setebal ini. Ada kebakarankah? Begitu hatiku tertanya-tanya. Di hujung jalan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Cerpen : Ramadhan Di Hati Qistina

Posted:

Oleh : Shazlynn Fazlynn “Qistina lari cepat,” beritahu Ikmal dan Sarah. “Wei, sabarlah tunggu. Apahal nak suruh aku lari ni?” Marah Qistina. “Cepatlah, Polis ada dekat luar. Mereka nak serbu premis ni. Cepat jangan terhegeh-hegeh. Kalau kena tangkap susah pula,” beritahu Sarah pantas. Sambil berlari ke arah pintu belakang. ‘Kenapa?? Bila aku nak berseronok, ada [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Cerpen : 29 Hari Itu….Aku Rindu

Posted:

Oleh : Osie “BismillahirRahmanNirrahim…Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh.. Bagi menyempurnakan titah perintah Seri paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Setelah diperkenankan oleh Duli Yang Malah Mulia Raja.. Maka adalah dengan ini saya mengishtiharkan.. bahawa tarikh bagi mulanya Puasa bagi negeri seluruh Malaysia adalah ditetapkan.. pada hari Isnin….” Suara penyimpan mohor besar itu memenuhi ruang tamu. Nisrina mengucap syukur [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Cerpen : Misteri Ramadhan

Posted:

Oleh : Emoq Tok! Tok! Tok! Pintu cermin kereta Gen 2 berwarna hitam itu diketuk bertalu-talu dari luar. Faris tersedar dari lenanya. Dalam keadaan separuh sedar, matanya menoleh ke sisi kanannya. Ah, siapa pula orang tua yang mengganggu tidurnya itu? Hatinya merungut geram sebelum menurunkan sedikit cermin keretanya. “Assalamualaikum. Nak… pak cik minta tolong sikit, [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Cerpen : Jodoh kita

Posted:

Oleh : angelseptember Selendang pashminar di bahu kubelit erat. Beg disandang ke bahu kiri. Kemudian, tangan kanan pula membimbit beg kecil. dah macam wanita berkerjaya sekali tengok. Tapi bila 2 kali tengok, macam minah serabut. Selepas mengambil beg, aku terus melangkah ke bilik air. Troli ditinggalkan dihadapan pintu. Takpe, beg se’gabak’ besar macam beg aku [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Cerpen : Mencari Nur

Posted:

Oleh : Ryu Han TUBUHKU menggigil menahan amarah yang sudah naik ke kepala. Hayunan kaki terhenti. Aku cengkam erat tiang lampu di sisi tatkala melihat kelibat bekas teman wanitaku, Fatin berlalu di depan mata dengan seorang lelaki. Aku dibakar marah. Jika hendak dibandingkan, aku tidak langsung kalah dengan jantan keparat itu. Dari paras dan fizikal [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Cerpen : 40 Hari Aku Merajuk!

Posted:

Oleh : Wazrul Shah & Osie “AWAK, dekat sini kita kawan aje tau,” katanya. “Sampai bila?” “Tunggu masa sesuai,” Ringkas dia menjawab. “Okey.” Dan mereka berpisah. **** “PERGHHH.. dahlah putih, tinggi, muka pan asian, sebiji macam model!” Hampir terkeluar anak mata Ayyad memandang gadis yang melepasi meja mereka. “Kalau dapat ni bahagia hidup aku Shy,” [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Cerpen : Jangan Pandang Belakang

Posted:

Oleh : kusyi03 Hari yang cukup indah buat insan yang bernama Kayrisya Damia pada hari ini. Dia memang gembira sekali dengan peristiwa semalam. Peristiwa apa,ya? Peristiwa di mana dia dilamar oleh seorang lelaki yang mereka saling menyintai hampir 2 tahun. “Akhirnya berani jugak si Fariz lamar aku.” Risya tersenyum sendirian. Masih teringat peristiwa semalam. Wah! [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Cerpen : Aku Rindu Sayang Kamu!

Posted:

Oleh : Laila Qaisara “Ayang, andai kata perhubungan kita sampai di sini saja, abang harap ayang ingatlah abang akan sentiasa di sisi ayang…. Melindungi ayang dari jauh. Bagi abang ayang adalah anugerah terindah yang pernah ALLAH kurniakan pada abang…. Andai kata abang pergi jauh selepas ni, abang minta ayang maafkan segala salah silap dan salah [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Cerpen : Cinta Facebook

Posted:

Oleh : fairuz iman Hati Masyurah begitu pedih sekali. Pilu yang teramat sangat. Dimana & kepada siapa nak diluahkan perasaannya..Adoi!! seksanya perasaan bila ada orang ketiga. Siapa sangka suaminya yang pendiam, baik hati & penyayang dalam diam menjalin hubungan dengan bekas kekasih melalui Facebook. Dasar lelaki, tak puas dengan isteri sendiri, isteri orang pun dia [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Cerpen : Im sorry i love u

Posted:

Oleh : AZIZAH BT MOHAMAD @ AHMAD Farah terpana di saat matanya terpandang satu susuk tubuh yang amat dikenalinya, insan yang telah mencuri hatinya suatu masa dulu,juga insan yang telah menghancurkan hatinya…… “Saya rasa awak tak payah jumpa saya lagi lepas ni,mungkin ni jugak kali terakhir kita jumpa…” “Eh apa kena awk ni,demam erk…”,Farah cuba [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Cerpen : Kasih Di Al-Hambra

Posted:

Oleh : Leeza Japri Nur Zarith Sofia memerhatikan bunga segar yang menghiasi meja kerjanya. Cantik dan segar. Zarith yang sememangnya amat meminati bunga-bungaan tersenyum ceria. ” Kak Pah, sapa yang letak bunga ni?” tanya Zarith pada kak Latipah. Kak Latipah yang menyusun fail-fail atas mejanya menoleh ke arah meja Zarith. “Eh! aku tak perasanlah pulak [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Cerpen : Untaian Tasbih Cintaku

Posted:

Oleh : Cahaya Lestari UNTAIAN TASBIH CINTAKU CINTA YANG BERTASBIH MENGUTUS HATI INI KU SANDARKAN HIDUP DAN MATIKU PADAMU Langkah diatur laju. Dia sudah terlambat untuk ke kuliahnya. Dalam hatinya tidak putus-putus doa dipanjatkan agar semuanya berjalan lancar. Risau jika dia terlepas ilmu yang dicurahkan oleh pensyarahnya nanti. Sesekali dia membelek jam tangannya. Umar terus [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Cerpen : Mawar yang berduri

Posted:

Oleh : sakina June 2009 Pagi sabtu yang cerah seperti tahu perasaan aku. Dengan semangat yang ada dan aku membuat keputasan yang benar,aku bersama-sama keluarga aku membuat pendaftaran di kolej baru. Aku seorang gadis yang berasal dari Johor Bahru,kulit sawo matang,dan mempunyai ukuran yang tinggi. Aku hanya ingin mencapai satu impian untuk mengecapi cita-cita ku. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Cerpen : She is my cinderella

Posted:

Oleh : senorita Suasana disini aman dan damai.Tidak rugi dia memilih untuk menjejakkan kaki disini daripada di london.Dia menoleh ke belakang.Iman melihat salah seorang teman sebiliknya sedang berbaring, mungkin penat setelah seharian mengemas bilik ini . Iman mengerling jam di dinding. Sudah pukul 12.00 tengah malam.Baik dia tidur kerana esok pagi bermulalah kehidupan nya sebagai [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Cerpen : Pelengkap Hidupku

Posted:

Oleh : non-scripta Dia menarik nafas panjang. Hysteria-Muse berdentum kuat di telinganya. Bagai hendak pecah koklea bunyinya. Namun dia langsung tak ambil kisah. Matanya diurut berkali-kali. Pedihlah pulak. Cepat-cepat dia mengeluarkan sehelai tisu dari pencil case miliknya. Matanya dikesat perlahan. “Aduh, tekanan jiwalah!” Kyra mengeluh perlahan. Dia memerhatikan sekeliling. Hmm… tidak banyak orang sekarang. Biasalah, [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon