Selasa, 3 Januari 2017

Mitos Pemakanan Sihat

Mitos Pemakanan Sihat | Pemakanan sihat sesuatu yang wajib untuk kita ambil setiap hari untuk menjaga kesihatan dan sentiasa cergas. Kekurangan nutrient boleh menjejaskan kesihatan dan kecergasan badan anda. Tahukah anda, bahawa ada mitos yang berkaitan dengan pemakanan sihat yang boleh menjejaskan kesihatan anda jika anda mempercayainya.

Mitos Pemakanan Sihat | Pemakanan sihat sesuatu yang wajib untuk kita ambil setiap hari untuk menjaga kesihatan dan sentiasa cergas. Kekurangan nutrient boleh menjejaskan kesihatan dan kecergasan badan anda.  Tahukah anda, bahawa ada mitos yang berkaitan dengan pemakanan sihat yang boleh menjejaskan kesihatan anda jika anda mempercayainya.  Pemakanan sihat ini yang akan menentukan kesihatan badan kita untuk esok dan seterusnya. Jika anda mengambil mudah mengenai pemakanan sihat, kemungkinan untuk tubuh anda di lawati penyakit adalah tinggi, begitu juga sebaliknya.  Izinkan AM untuk berkongsi dengan pembaca dan sahabat AM semua mengenai Mitos Pemakanan Sihat yang ramai di kalangan kita mengamalkan tanpa sedar.  Berikut adalah mitos mengenai pemakanan sihat:- Bersenam dengan perut kosong Jika perut anda berkeroncong, ia sebenarnya cuba untuk memberitahu anda sesuatu. Jika anda tidak menghiraukannya, anda memaksa badan anda bekerja tanpa bahan bakar.  Sebelum bersenam atau melakukan apa-apa aktiviti fizikal, pastikan anda mengambil makanan ringan terlebih dahulu seperti sebiji epal.  Bergantung kepada biskut dan minuman tenaga Minuman tenaga juga menjadi pilihan AM apabila melakukan kerja-kerja berat atau bersenam. Rupanya hanya mitos sahaja.  Walaupun elok mengambilnya sekali sekala, ia tidak membekalkan antioksidan yang anda perlukan untuk menghalang penyakit. Lebih baik anda bergantung kepada buah-buahan dan sayur-sayuran memandangkan ia penuh dengan vitamin, mineral, cecair dan serat.  Tidak mengambil sarapan pagi Tidak mengambil sarapan bukan idea yang bagus memandangkan sarapan pagi memulakan hari anda. Ini pun AM selalu juga amalkan, kononnya nak diet dan kuruskan badan.  Badan anda memerlukan bahan bakar secepat mungkin, dan tanpanya, anda akan berlapar hingga ke tengahari. Sekarang pagi AM wajib makan makanan berat dan makan malam pun adalah makanan ringan-ringan sahaja.  Diet rendah karbohidrat Badan anda memerlukan karbohidrat untuk otot dan juga penyimpanan tenaga. Sebaiknya rendahkan kolesterol, lemak dan yang lain-lain tidak perlu.  Makan apa saja yang anda mahu Pemakanan sihat dan bersenam tidak memberi anda lesen untuk memakan apa saja yang anda mahu. Kita semua memerlukan nutrien yang sama, sama ada kita bersenam atau tidak. Apabila penat mesti ada yang inginkan makanan yang sdap-sedap sehingga lupa untuk mengamalkan pemakanan sihat.  Kalori tidak mencukupi Walaupun menurunkan berat badan melibatkan kalori, kehilangan secara mendadak adalah merbahaya. Apa yang perlu dilakukan adalah mensasarkan untuk menurunkan 1 – 2 paun seminggu.   Pastikan anda mendapat kalori yang cukup untuk membolehkan badan anda berfungsi dengan sempurna. Pengalaman AM, untuk kuruskan badan perlu mengelakkan diri dari minuman yang berais dan makanan berlemak mahupun bergoreng.  8 Makanan Untuk Membakar Lemak  Kurang minum Air, susu dan jus adalah minuman terbaik untuk mereka yang aktif. Anda perlu kerap minum dan tidak menunggu dahaga. Apabila anda merasa dahaga, badan anda sudah merasa kesan kekurangan air.  Ramai yang percaya, minum air mineral dalam kuantiti yang banyak boleh menjadikan perut kembung. Sebenarnya dengan meminum air mineral yang banyak, tubuh dapat berfungsi dengan baik untuk sistem penghadaman.  Menukar cara anda makan adalah langkah penting ke arah pemakanan sihat dan ia akan memberi kesan ke atas kesihatan anda.   Semakin sihat pemakanan anda, semakin sihat badan anda. Tidak kira berapa umur anda, pemakanan sihat merupakan sesuatu yang perlu anda utamakan.  Jika anda memberi peluang kepada pemakanan sihat, anda segera akan melihat bagaimana ia mengubah kehidupan anda – kepada yang lebih baik.  Pemakan Sihat menjamin keseimbangan badan dan fizikal. Ianya juga dapat memberi berat badan yang ideal kepada anda. Jauhkan diri daripada Mitos Pemakanan Sihat.

Klik banner untuk artikel penuh

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon