Memaparkan catatan dengan label tips kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips kesihatan. Papar semua catatan

Selasa, 3 Januari 2017

Mitos Pemakanan Sihat

Mitos Pemakanan Sihat | Pemakanan sihat sesuatu yang wajib untuk kita ambil setiap hari untuk menjaga kesihatan dan sentiasa cergas. Kekurangan nutrient boleh menjejaskan kesihatan dan kecergasan badan anda. Tahukah anda, bahawa ada mitos yang berkaitan dengan pemakanan sihat yang boleh menjejaskan kesihatan anda jika anda mempercayainya.

Mitos Pemakanan Sihat | Pemakanan sihat sesuatu yang wajib untuk kita ambil setiap hari untuk menjaga kesihatan dan sentiasa cergas. Kekurangan nutrient boleh menjejaskan kesihatan dan kecergasan badan anda.  Tahukah anda, bahawa ada mitos yang berkaitan dengan pemakanan sihat yang boleh menjejaskan kesihatan anda jika anda mempercayainya.  Pemakanan sihat ini yang akan menentukan kesihatan badan kita untuk esok dan seterusnya. Jika anda mengambil mudah mengenai pemakanan sihat, kemungkinan untuk tubuh anda di lawati penyakit adalah tinggi, begitu juga sebaliknya.  Izinkan AM untuk berkongsi dengan pembaca dan sahabat AM semua mengenai Mitos Pemakanan Sihat yang ramai di kalangan kita mengamalkan tanpa sedar.  Berikut adalah mitos mengenai pemakanan sihat:- Bersenam dengan perut kosong Jika perut anda berkeroncong, ia sebenarnya cuba untuk memberitahu anda sesuatu. Jika anda tidak menghiraukannya, anda memaksa badan anda bekerja tanpa bahan bakar.  Sebelum bersenam atau melakukan apa-apa aktiviti fizikal, pastikan anda mengambil makanan ringan terlebih dahulu seperti sebiji epal.  Bergantung kepada biskut dan minuman tenaga Minuman tenaga juga menjadi pilihan AM apabila melakukan kerja-kerja berat atau bersenam. Rupanya hanya mitos sahaja.  Walaupun elok mengambilnya sekali sekala, ia tidak membekalkan antioksidan yang anda perlukan untuk menghalang penyakit. Lebih baik anda bergantung kepada buah-buahan dan sayur-sayuran memandangkan ia penuh dengan vitamin, mineral, cecair dan serat.  Tidak mengambil sarapan pagi Tidak mengambil sarapan bukan idea yang bagus memandangkan sarapan pagi memulakan hari anda. Ini pun AM selalu juga amalkan, kononnya nak diet dan kuruskan badan.  Badan anda memerlukan bahan bakar secepat mungkin, dan tanpanya, anda akan berlapar hingga ke tengahari. Sekarang pagi AM wajib makan makanan berat dan makan malam pun adalah makanan ringan-ringan sahaja.  Diet rendah karbohidrat Badan anda memerlukan karbohidrat untuk otot dan juga penyimpanan tenaga. Sebaiknya rendahkan kolesterol, lemak dan yang lain-lain tidak perlu.  Makan apa saja yang anda mahu Pemakanan sihat dan bersenam tidak memberi anda lesen untuk memakan apa saja yang anda mahu. Kita semua memerlukan nutrien yang sama, sama ada kita bersenam atau tidak. Apabila penat mesti ada yang inginkan makanan yang sdap-sedap sehingga lupa untuk mengamalkan pemakanan sihat.  Kalori tidak mencukupi Walaupun menurunkan berat badan melibatkan kalori, kehilangan secara mendadak adalah merbahaya. Apa yang perlu dilakukan adalah mensasarkan untuk menurunkan 1 – 2 paun seminggu.   Pastikan anda mendapat kalori yang cukup untuk membolehkan badan anda berfungsi dengan sempurna. Pengalaman AM, untuk kuruskan badan perlu mengelakkan diri dari minuman yang berais dan makanan berlemak mahupun bergoreng.  8 Makanan Untuk Membakar Lemak  Kurang minum Air, susu dan jus adalah minuman terbaik untuk mereka yang aktif. Anda perlu kerap minum dan tidak menunggu dahaga. Apabila anda merasa dahaga, badan anda sudah merasa kesan kekurangan air.  Ramai yang percaya, minum air mineral dalam kuantiti yang banyak boleh menjadikan perut kembung. Sebenarnya dengan meminum air mineral yang banyak, tubuh dapat berfungsi dengan baik untuk sistem penghadaman.  Menukar cara anda makan adalah langkah penting ke arah pemakanan sihat dan ia akan memberi kesan ke atas kesihatan anda.   Semakin sihat pemakanan anda, semakin sihat badan anda. Tidak kira berapa umur anda, pemakanan sihat merupakan sesuatu yang perlu anda utamakan.  Jika anda memberi peluang kepada pemakanan sihat, anda segera akan melihat bagaimana ia mengubah kehidupan anda – kepada yang lebih baik.  Pemakan Sihat menjamin keseimbangan badan dan fizikal. Ianya juga dapat memberi berat badan yang ideal kepada anda. Jauhkan diri daripada Mitos Pemakanan Sihat.

Klik banner untuk artikel penuh

Selasa, 6 September 2016

PENYAKIT YANG DAPAT DISEMBUHKAN DENGAN BERJALAN KAKI

*PENYAKIT YANG DAPAT DISEMBUHKAN DENGAN BERJALAN KAKI:*

PENYAKIT YANG DAPAT DISEMBUHKAN DENGAN BERJALAN KAKI

*1.JALAN KAKI mencegah Serangan Jantung* 
Jalan kaki dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung.
Dengan sering jalan kaki, kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spons penyerap kolesterol jahat (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki kaki.

PENYAKIT YANG DAPAT DISEMBUHKAN DENGAN BERJALAN KAKI


*2.JALAN KAKI mencegah Stroke*
Sebuah penelitian dilakukan pada 70 ribu karyawan yang dalam bekerja tercatat melakukan kegiatan berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko serangan stroke menurun hingga dua pertiga. 

PENYAKIT YANG DAPAT DISEMBUHKAN DENGAN BERJALAN KAKI


*3.JALAN KAKI Membakar Lemak*
Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktivitas berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

*4.JALAN KAKI Melangsingkan Badan*
Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada diperut anda akan terkikis.
Lakukan jalan kaki rutin selama satu jam.

PENYAKIT YANG DAPAT DISEMBUHKAN DENGAN BERJALAN KAKI


*5.JALAN KAKI mencegah Cancer*
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih tertib. Jalan kaki juga bolih menurunkan risiko terkena cancer payudara.

*6.JALAN KAKI Mencegah Osteoporosis*
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan vitamin D dan kalsium. Tubuh badan juga bergerak dan merlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

*7.JALAN KAKI Mencegah Kencing Manis*
Dengan rutin jalan kaki, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk. Anda hanya perlu berjalan kaki rutin untuk terus menjaga kesuburan badan dan terhindar dari diabetes.
*8.JALAN KAKI mencegah Depresi*
Berjalan kaki dengan cepat bolih mengurangkan depresi dan juga manfaat.
Berjalan kaki ke Masjid akan Mendapat Dua kebaikan.

Orang yang melakukan akan mendapatkan dua kebaikan : 
1 - ditinggikan derajatnya, 
2 - akan dihapuskan dosa-dosa.

Dari Abu Hurairoh, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ تَطَهَّرَ فِى بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِىَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ
خَطِيئَةً وَالأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً

Barangsiapa bersuci di rumahnya lalu dia berjalan menuju salah satu dari rumah Allah swt (iaitu masjid) untuk menunaikan kewajipan yang telah Allah swt wajibkan, maka salah satu langkah kakinya akan menghapuskan dosa dan langkah kaki lainnya akan meninggikan darjatnya.

(HR. Muslim no. 1553)
*Subhanallah... manfaat berjalan kaki*

Isnin, 24 Ogos 2015

Firmax 3

Siapa ada masalah yang berkaitan dengan skincare?? Masalah skincare ini banyak menghantui para wanita dan lelaki di Malaysia. Tahukah semua ada 1 produk yang amat-amat popular kini yang boleh digunakan oleh semua orang tak kira wanita mahupun jejaka maskulin.

Review AM kali ini akan memfokuskan bagaimana 1 produk yang ringkas tapi cukup awesome dan hebat. Hanya sapuan sahaja sudah cukup untuk membuktikan. Produk apakah itu??

firmax 3


Panduan Mengira Waktu Kesuburan Wanita

Kesuburan wanita merupakan aset bagi wanita untuk memberi zuriat kepada keluarga.
TAHUKAH ANDA???
Ramai wanita hari ini yang mengambil mudah mengenai mengira waktu subur dan mengharap kepada rezeki semata-mata???
AWAS....
kerana kurangnya mengenai mengira waktu subur ini ramai yang kecewa...

panduan mengira waktu subur wanita


Cara buat Air Detox Paling Awesome

Air Detox merupakan satu trend atau ikutan masyarakat Malaysia hari ini. Kenapa?? Air Detox meruapakan air yang boleh dibuat sendiri (DIY) di rumah dengan kos yang amat-amat minimun sahaja. Kekadang hanya dengan air mineral dan tembikar sudah boleh dijadikan Air Detox.

cara buat air detox paling awesome


Apa fungsi Air Detox??? Jom baca Cara Buat Air Detok Paling Awesome (DIY)

Perkara Yang Membahayakan Rahim Tanpa Anda Sedar


perkara yang membahayakan rahim tanpa anda sedar


Hari ini ramai wanita yang kurang mengambil perhatian mengenai kesihatan dalaman wanita. Tahukah bahawa kebanyakkan kanser rahim atau kanser lain berpunca daripada masalah kesihatan yang terabai.


Jom sama-sama kita baca Perkara Yang Membahayakan RAHIM Wanita Tanpa Sedar

Khamis, 20 Ogos 2015

Tips Kesihatan Di Usia 30an

Namun, ketika usia 30-an kita sepatutnya mula mengambil langkah berjaga jaga dengan mengambil langkah berjaga dan pencegahan. Bak kata pepatah “ mencegah lebih baik daripada mengubati”. Jika anda mula menjengah usia 30-an, bersiap sedialah kerana ketika itu. Badan kita mula merosot prestasinya dan mudah mendapat penyakit.

tips kesihatan wanita 30an