Facebook bakal disekat di Malaysia pulak dah, sebabnya sedikit sahaja tapi tindakan yang nak diambil cukup gila dan tegas. Oleh kerana 2 atau 3 orang yang buat masalah nak ambil tindakan kepada semua pengguna facebook, memang adil la...Apa pun tak boleh..
SHAH ALAM – Malaysia boleh mengikut langkah Iran dan China yang menyekat akses ke laman web sosial sekiranya langkah itu mampu membendung sebarang perbuatan atau tindakan yang boleh menggugat keamanan negara.
Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Hamidzun Khairuddin berkata, tindakan itu perlu difikirkan kerana ada pengguna yang menggunakan laman sosial itu untuk menyebarkan fitnah, menghina agama dan kaum serta mencaci-maki pemimpin negara.
Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga perlu membangunkan membangunkan mekanisme bagi menyekat bahan-bahan yang boleh menimbulkan kemarahan atau menghina di laman sosial itu dan juga blog.
“Memang tidak wajar menyekat penggunaan internet tetapi Facebook perlu disekat sebelum parah kerana ramai yang telah menyalahgunakan fungsi laman sosial itu dengan melakukan perkara-perkara yang di luar faedah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Sekumpulan pengguna Facebook bertindak biadab terhadap ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menerusi laman sosial itu.
Mereka dipercayai menulis kata-kata itu di laman sosial berkenaan sewaktu Yang di-Pertuan Agong menyampaikan titah ucapan sempena ulang tahun keputeraan rasmi Seri Paduka yang disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Pada masa yang sama kata Hamidzun, beliau berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak tegas dengan menghukum mereka di bawah Akta Hasutan agar ancaman sebegitu tidak berleluasa dan menghancurkan keamanan dikecapi negara kini.
“Kalau boleh perketatkan lagi undang-undang siber yang sedia ada supaya tidak sewenang-wenangnya mereka melakukan jenayah di laman sosial. Tindakan tegas perlu dikenakan supaya mereka bersalah dapat dihadapkan ke mahkamah,” katanya.
Pengerusi Majlis Belia Selangor (MBS) Petaling, Badrul Hisham Badrudin turut menyokong sekiranya kerajaan bertindak awal menyekat penggunaan Facebook yang kini telah disalahguna untuk tujuan negatif seperti mana laman web lucah.
"Laman sosial sepatutnya diguanakan secara berhemah, bukan tempat untuk mencaci, menghasut dan menipu. Facebook ini jika tidak disekat akan membawa lebih banyak mudarat. Saya rasa tidak ada ibu bapa atau cendekiawan yang membantah sekiranya kerajaan menyekat laman sosial ini," katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya turut berharap KDN di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak bertolak-ansur dengan golongan yang dianggap ‘pelampau’ yang sanggup menghina pemimpin negara dalam laman sosial.
“Bila bagi amaran mereka umpama tak peduli maka sudah tiba masanya KDN kenakan tindakan keras supaya semua pihak dapat menghormati Perlembagaan. Tindakan tegas perlu diambil supaya keamanan negara dapat terpelihara daripada ancaman anasir-anasir seperti ini,” katanya.
Sumber : Sinar Harian Online
6 comments
setuju..
pastikan tindakan yang diambil sama adil. janganlah yang menyokong satu pihak, tutup sebelah mata dan menyokong pihak yang berlainan tindakan tegas pula yang diambil
Malaysia Oh! Malaysia
ini lawak ke apa nie... kenapa aku tak ketawa...
sadisnya..
ape bangang la...
gaps ni attention seeker la..
ape ke paluinya..
org yg takde keje and byk masa mcm dia ni dgn yg dia kate dok publish menda2 tu la dok suke layan fb tuk benda2 ni.. (sbb dia pun ms byk sangat.)
hat org lain aku nengok molek je niaga..tambah ilmu.erat ukhwah.
jual brg online..
move on la..
berusaha untuk menambah pendapatandan meneruskan perjuangan hidup.
memula fb..
lps tu blog.
lama2 tenet tak boleh pakai..
sakai dalam hutan pun dah maju.
Apa kan daya mungkin dia x pandai nak main facebook kot 2 yang duk meroyan minta kerajaan sekat facebook..depa nampak jahat je depa x nampak kebaikan facebook nie..adeiii
Err... Facebook tu mende? Muka depan buku ek?
EmoticonEmoticon