Khamis, 30 Mei 2013

FAM mahu salahkan siapa? Salahkan kucing !!!

Tags

FAM nak salahkan siapa lagi sekarang? Sila salahkan KUCING yang BERAK di padang la ya. Badan FAM pun dah tak terlus mahupun adil dah lagi...


SUDAH terang lagi bersuluh. Itulah perumpamaan mudah yang mampu diungkapkan kepada pengurusan FAM atas kemelut yang melanda badan induk bola sepak negara itu susulan insiden kekecohan hingga membawa pembatalan perlawanan separuh akhir Piala FA antara Pahang dan  Johor Darul Takzim (Johor DT), kelmarin.

Ketika arena bola sepak negara sudah mula menampakkan tanda-tanda positif ke arah kebangkitan, ianya  terencat seketika disebabkan kelemahan ketara yang menceritakan kisah sebenar betapa memang wujud masalah dalaman  FAM yang bertanggungjawab menguruskan sukan nombor satu di Malaysia itu.

Insiden itu berlaku ketika isu bookie yang baru muncul semula belum pun reda. Bookie sememangnya menjadi masalah hingga Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin terpaksa campur tangan bagi mencari jalan penyelesaian.

Selepas beberapa hari, timbul pula isu pasukan Harimau Malaya membatalkan pertemuan bertemu Singapura dan lebih memilih Australia sebagai destinasi latihan dan perlawanan persahabatan meskipun sesetengah pihak melihat apa yang dilakukan itu sebagai membazir.

Kini, timbul pula kekecohan di Stadium Darul Makmur hingga perlawanan terpaksa dibatalkan akibat limpahan penonton.

Persoalannya, bagaimana Stadium tersebut yang hanya boleh memuatkan kapasiti hanya 40,000 tempat duduk penonton melebihi dari  had yang ditetapkan?

Kedua, jika ia berpunca dari ulat-ulat tiket yang menjual di luar pintu Stadium, di manakah penguatkuasaan  serta sistem Keselamatan pada tiket yang dicetak oleh FAM mampu lolos ketika melalui pintu pemeriksaan tiket di pintu masuk?

Seterusnya, FAM mendakwa kekecohan yang berlaku adalah akibat dari tindakan penyokong Pahang merobohkan pintu Stadium yang tidak sesuai lagi digunakan. Namun mengikut rekod, Stadium Darul Makmur baharu sahaja melalui proses pengubahsuaian bagi penganjuran Sukma pada tahun lalu.

FAM harus menjawab dengan  sejujurnya  persoalan-persoalan tersebut  kerana apa yang berlaku di Kuantan kelmarin amat memalukan. Lebih menyedihkan lagi, akibat daripada kecuaian tersebut mengakibatkan beberapa penyokong cedera.

Tindakan tersebut dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati sebilangan penyokong apabila skuad Harima Selatan enggan meneruskan perlawanan walaupun polis memaklumkan keadaan terkawal dan selamat kira-kira jam 10.15 malam.

Perlawanan yang sepatutnya bermula kira-kira jam 8.45 malam ditangguhkan apabila penonton melimpahi hingga kawasan trek dan padang sebelum pasukan keselamatan mengarahkan mereka berundur dan memasuki kawasan tempat duduk.   

Walau apa pun alasan FAM, badan induk itu harus bertanggungjawab.

Sumber : Sinar Harian Online

Artikel Terkait

2 comments

kucing pun pandai tunjuk perasaan kan? heheee

kucing pun dah tak jumpa pasir. ramai sangat orang yang datang. tengah padang je line clear.. :)


EmoticonEmoticon