Khamis, 13 September 2012

Sumbang Mahram..Adik dengan kakak..Apa dah jadi??

Tags

Terkejut beruk baca Sinar harian Online petang ini...Budak 14 tahun sumbang mahram dengan kakak sendiri yang berumur 15 tahun sehingga melahirkan anak..Apa pendapat anda?Sila tinggalkkan komen anda...

Ini berita dari Sinar harian Online..

ERANTUT - Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap kakak kandungnya pada November tahun lepas.

Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol di dalam kamarnya, namun tiada sebarang pengakuan daripada tertuduh direkodkan.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan itu terhadap kakaknya yang berusia 15 tahun di Lot 2324 Kampung Bukit Kor, Batu Balai di sini pada 12 tengah malam, pada November 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.

Remaja itu dikenakan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula 18 Oktober depan.

Bapa tertuduh membayar wang jaminan itu. Pendakwaan dijalankan pegawai pendakwa Insp Arifin Saidun manakala tertuduh diwakili peguam Ibrahim Kamaruddin.

Kes sumbang mahram itu terbongkar apabila mangsa melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Kajang, Selangor pada 12 Ogos lepas dan laporan kes itu dibuat seorang jururawat hospital itu pada 22 Ogos lalu. - Bernama

Sumber : Sinar harian Online

Artikel Terkait

4 comments

kenapa budak lelaki je yg kena, kakak dia tu binatang ke? kes suka sama suka je ni. bodoh betul undang2 mesia ni. kalau kakak yg sangap nk main ngn adik, adik jugak ke yg kena

ada kt tmpt aku dulu budak 13 tahun tiap2 mlm kena bg ubat tido dek mak tiri dia. taktau la campur dlm makanan ke apa. pagi2 pegi skolah letih je. satu mlm tu, ubat tu dh xbekesan ke cane dia tebangun tgk mak tiri tgh ehem2 atas dia.

lagi trauma bile tau "adik" yg dilahirkan mak tiri tu sbenarnya anak hasil pebuatan tiap2 malam tu. sape yg besalah? budak laki tu jugak ke? stupid betul

xtau nak cakap la bro..ni la undang2 malaysia bukan undang2 islam..dah ada yang nak laksana tapi dihalang dengan pelbagai halangan..cam ne?kena tukar kerajaan la am nie?kikiki

setuju ngan pendapat anon di atas : naper la lelaki je yang kena ... kalau dah kes suka sama suka tu kedua2 pihak la kena hukum ... banyak kes suka sama suka sebab budak perempuan bawah umur lelaki juga yg kena kes rogol padahal lelaki tu gak bawah umur ...


EmoticonEmoticon