Jumaat, 14 September 2012

Novel Online Hari Ini

Novel Online Dah sampai dah..Kipas Susah Mati Novel Online boleh layan disini....




Oleh : Melur Jelita Part 14 “ Jangan cabar saya….lebih dari ni saya boleh buat…” bisiknya sinis. Hatiku seperti tenggelam jauh ke dasar matanya. Indah, bercahaya dan seperti berkaca…tak! bukan seperti kaca..seperti kristal yang berwarna campuran coklat dan hijau. Perlahan-lahan cekakannya dilonggarkan tetapi tangannya tetap tidak melepaskan kolar baju aku. “ Tapi saya takkan sentuh [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : shuklin ‘ailin Bab 16 Terkejut sangat Julia bila Mak Mah dan Pak Din yang turut disertai oleh Dr. Aiman dan Dr. Fazlin datang masuk meminangnya untuk Johan. Bukan dia sahaja yang terkejut, Mak Long sekeluarga lebih-lebih lagi. Menggigil tangan Julia menatang dulang ke ruang tamu di mana orang-orang di situ sedang membincangkan masa [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : CYDA YUSOF BAB 16 LAGU ‘ Heaven’ dari Bryan Adams berdentum memenuhi ruang di dalam Perodua Myvi. Aku menghayati setiap baris ayatnya. Sedapnya suara Bryan Adams ni! Lagu Heaven berganti pula dengan lagu sedetik lebih nyanyian Anuar Zain. Adoi.. lunak sungguh suaranya, mendayu-dayu menusuk jantung aku. Aku ubah gear dari hurup P kepada [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Nutirra Rullya Bab 16=Belas simpati Pada keesokannya,aku menjenguk Nek Da sebelum berkursus di Hotel Permai Senyum Beach Resort. Walaupun dekat,tetapi belum tentu aku akan menjenguk Nek Da kelak. Pak Muda ada semasa kehadiranku disana. Dia terperanjat. Dia ingin berbual denganku,tetapi Nek Da tidak membenarkan. Maknanya,dia mengalihkan perhatian Pak Muda daripada berbual denganku. Aku [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : east chynta “TAK mahu papa! Lia tak mahu kahwin. Gila agaknya kawan abang tu. Datang rumah, terus ajak kahwin. Tak pernah di buat orang.”Marlia bagaikan cacing ke panasan, bila Dato’ Bahrin terus bertanya jawapannya. “Papa kenal sangat dengan Irfan tu, Lia. Baik orangnya. Tak salah kalau Lia terima dia.” Dari gaya percakapan Dato’ [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Anjell Homosapien BAB 14 Sejak majlis kesyukuran Hakimi, aku selalu fikirkan Ikram. Hari tu Ikram datang dengan Hanna. Tapi, aku nampak Ikram sering termenung. Wajahnya kusut. Aku memang dah hafal kalau muka Ikram kalau dia tengah berserabut. Ikram ada masalah ke? Kalau ada, kenapa dia tak cakap? Bila aku tanya, dia cakap nervous [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Azfeen A.G Bab 14 Nurul Ain menoleh kiri kanan. Terdapat beg kertas kertas berwarna putih dan tertera perkataan Samsung berwarna hitam di atas mejanya. Dia meninjau-ninjau pintu pejabat Pengarah Besar Urusan yang agak renggang. Kosong. “Siapa pulak letak beg kertas kat sini? Ni mesti boss punya ni. Takkan letak sini? Ish! Buat ke [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : sufi jamal Bab 13 Tidak terkikis kesal dihati Kerat-kerat kayu di ladang, Hendak dibuat batang cangkul, Berapa mata memandang, Berat lagi bahu memiku. Selepas solat subuh pagi itu Puan Sharifah menghubungi besannya ibu Amirah merangkap adik sepupunya juga. “Assalamualaikum..Kak Long ni, Limah apa khabar.” “Waalaikumsalam..Alhamdulliah.. Limah sihat kak..kak Long kat mana ni..pagi lagi [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : HARIISSA HARIIS BAB 12 14 Februari. Hari yang di tunggu-tunggu oleh semua orang telah pun tiba. Malam nanti majlis pernikahan anak-anak Datuk Abdullah akan berlangsung di Pusat Islam. Semua persiapan berjalan lancar. Amir and Amri selaku ketua bodyguards Datuk Abdullah,awal-awal lagi sudah diberi penerangan. Dah macam men in black dah sekali pandang dia [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : FifiNurina BAB 12 “Awak, awak , bangun.” Nurin cuba mengejutkan Syahmi yang sudah terlena di bangku penumpang itu. Dua tiga kali Nurin cuba untuk mengejutkan Syahmi, namun tiada tindak balas daripada lelaki itu. “Tidur mati ke apa ni. Dah banyak kali aku kejut ni, tak sedar-sedar pon. Ke dah mati? Haaa, aku ada [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : E-la Adiey Farish naik bosan. Fail-fail yang bertimbun di atas meja dipandang sepi. Ikutkan hati rasa macam nak korek hidung tapi tak senonoh la pulak melakukan aktiviti tersebut di ofis. Peristiwa berteduh di bawah pokok bersama Zahra di Gunung Nuang beberapa hari lepas mengganggu fikirannya. Dia ingin menyatakan sesuatu kepada Zahra. Tak perlu [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Puteri BAB 12 AKU sangat gembira hari ini kerana dapat kembali ke rumah. Abang Is membawa aku dan adik-adik ke hospital untuk melawat ayah yang baru pulang. Aku terasa sangat sebak melihat ayah yang semakin pulih. Ayah juga memeluk kami, melepaskan kerinduan. Kami diberitahu ayah akan dibenarkan pulang ke rumah beberapa hari lagi. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : ISME_ANA Bab 12 “MAI..jangan lupa esok hari penting. Ummi dan ayah aku nak interview kau. Ganbatte” Kata-kata itu mungkin kedengaran ceria di bibir Ilham, namun ia seakan membawa duka di hati. Janji tetap janji. Jika selama ini Maisarah bertahan untuk menuntut kembali haknya dan esoklah penamatnya, mana mungkin dia mementingkan diri hanya kerana [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : eila iraiena EPISODE 12 Andrea memulas tombol pintu, suis lampu ditekan, serta-merta lampu menyala, dari ruang tamu sehingga ke dapur. Matanya meliar memerhatikan keadaan rumahnya, bersih tanpa sebarang kekotoran. Pintu ditutup dan dikunci rapat, dia melangkah menuju ke sofa. Beg sandangnya diletakkan ditepi, tubuhnya dihempaskan diatas sofa berbentuk L. Matanya dipejam, cuba mengusir [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Mai Femina Bab 12 Faizal mundar-mandir dihadapan bilik tidurnya bersama Kira. Pak Tam yang tadi sedang tidur turut ke hulur ke hilir sepertinya. Sudah hampir setengah jam Lina dekat dalam dengan Kira, setiap detik membuat Faizal risau dengan keadaan Kira yang tiba-tiba pengsan dibilik kerjanya tadi. Kesal kerana dia penyebab Kira pengsan dan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Cuat BAB 11 Taufik kelihatan sedang duduk di dalam sebuah restoran yang dikatakan akan berjumpa dengan clinetnya pada pagi itu. Apabila diperhatikan meja yang dia duduki memang betul, terdapat seorang perempuan yang menemaninya di situ. Akan tetapi adakah perempuan itu benar-benar client dia? Apabila diperhatikan wajah perempuan itu rupa-rupanya kawan baik Marisa sendiri [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Nia Qurratun’aini BAB 11 A.D melangkah masuk ke dalam rumahnya yang terletak di tingkat 3. A.D baru sahaja pulang dari kerja. Hari itu dia hanya bekerja selama 4 jam, bermula dari pukul 5 petang sehingga 9 malam. Kehidupannya yang terpaksa menghadiri kuliah sejak akhir-akhir ini meletihkan tubuhnya. A.D menuju ke dapur sebaik sahaja [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : rehan nasnan 11 HARITH tersenyum lebar menatap gambar isterinya yang pernah diambilnya ketika berusia 15 tahun dahulu. Sampai sekarang dia masih simpan gambar itu dan sampai sekarang semua gambar Azfahea masih elok dalam simpanannya. Harith meletakkan gambar itu ke dadanya sambil membayangkan keayuan wajah Azfahea. Sungguh asyik dia melayan asmara tika itu. Bunyi [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Jenny Andrew Bab 11 Lewat petang itu Julan duduk-duduk di bawah pondok sambil menikmati lakaran senja nan merah di kaki langit. Pagi tadi semasa di pejabat syarikat, sempat juga dia melihat kalau-kalau ada surat untuknya. Tiada. Julan mengeluh kecil. Sudah lama Hiego tidak berutus surat dengannya. Julan mengira-ngira di dalam hati. Sudah 5 [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Aliesha Kirana “MENGELAMUN apa, sayang?” panggilan Hadif itu pantas membuatkan aku tersedar dari lamunan. Wajah Hadif yang tidak pernah lokek dengan senyuman itu, aku tatap dalam-dalam. Perlahan aku menggeleng. “Tak ada apalah, bang.” “Abang ada depan mata pun, Deeba boleh fikirkan orang lain lagi eh? Sampai hati Deeba.” Hadif mencebik, buatkan tawaku berderai [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : DNae BAB 10 Di Villa Tengku Suraya, kelihatan Tengku Elman Qaufar mahu bergerak cepat-cepat. Entah kenapa hari ini dia terasa mahu awal sampai ke pejabat sebelum orang lain sampai. “Hai.. Anak mama tak bersarapan ke?” soal Tengku Suraya sebaik saja melihat kelibat Tengku Elman yang seperti tergesa-gesa mahu bergerak ke pejabat. “Sorrylah mama, [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Dylea Lee RANIA yang baru sampai di rumah terus mencampakkan tas tangannya ke ruang tamu. Tiada kerusi atau sofa yang dibeli. Buat sempit rumah saja nanti. Rania berlari menuju ke peti ais dua pintu yang terletak di dapur. Sebiji gelas diambil dari rak meletakkan cawan lalu sebotol mineral sejuk dibawa keluar dari peti [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Maryam Qalyysa BAB 10 Assalamualaikum kepada calon zaujahku dan semoga cepat sembuh. Ingat pesan saya, banyakkan zikir. Perkongsian cinta kali ini adalah yang kedua melalui email. Sudilah membaca, sudilah menghadaminya kerana ia lahir daripada tulusnya hati saya. Sungguh, cinta saya ini mahal dan hanya yang mampu sahaja boleh membelinya. Dan sangat saya yakini, [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Dieyha Zuhara 9 Quebec, Kanada Fayiz mendongak memandang langit. Dia tersenyum sendirian. Seperti ternampak sahaja bayangan Hannah. Padahal hanya awan putih yang menghiasi langit biru itu. ‘Aku sudah gila bayang!’ Fikirnya. Sudah hampir dua minggu berada di Kanada, esok tibalah masanya untuk dia pulang ke Malaysia. “Apa yang kau senyumkan?,” Eric menegur Fayiz [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---


Oleh : dekna lee “LAMANYA bersiap! Cantik, tak jugak!” bebel Izwan sebaik sahaja terlihat kelibat Syasya menuruni anak tangga menuju ke arah keretanya. Izwan kelihatan kacak sekali bersandar di kereta Honda Civicnya yang berwarna putih itu. Kereta itu sudah di make up dengan cantik sekali. Mesti habis beribu! Inspektor dua pakulah katakan! Sinis bunyinya walaupun [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : FN Bab 9 “apesal you bawa dia sama” mulut natasya sudah muncung sedepa bila terlihat zara turun dari perut kereta audi kemudian tolong membukakan pintu penumpang di belakang. Cepat saja langkah kakinya dihayun keraah TR. Soalan pertama itu yang keluar dari mulutnya “Dia kan maid I , you kan girlfriend I so I [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon