GEMPAK...gempak ke?Budak sekolah ditahan berasmara dengan kekasih di belakang sekolah?bangga ke kita?nak tanya para pemikir dan pejuang masa kini yang begitu bersemangat untuk mempertahankan agama dan bangsa...bangkit la untuk membanteras jenayah ini..
melayu semakin HANCUR..HANCURnya melayu kerana siapa?????
Ini berita penuh dari Sinar harian...Anda baca, Anda nilai....
KULIM - Polis menahan seorang pelajar perempuan 15 tahun dan masih memakai uniform sekolah ketika berasmara dengan kekasihnya berusia 21 tahun di belakang sebuah sekolah menengah di sini, kira-kira jam 4 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis menerima aduan dari orang awam sebelum menahan pasangan terlibat.
Ketika pemeriksaan dijalankan, polis mendapati pelajar perempuan sudah membuka tudung dan berkelakuan sumbang bersama teman lelakinya.
“Lelaki tidak bekerja dan tinggal bersama abangnya di sebuah taman perumahan di sini. Polis menasihati pasangan itu untuk tidak mengulangi perlakuan yang dilakukan sebelum mengarahkan mereka beredar,” katanya.
Tidak berakhir di situ, mereka kemudiannya ke rumah lelaki berkenaan dengan harapan selamat dari gangguan pihak berkuasa
Bagaimanapun, perbuatan mereka disedari penduduk dan memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) untuk membuat serbuan.
Ketika serbuan, pasangan perempuan cuba menyembunyikan diri dalam almari baju gagal mengaburi mata pihak berkuasa.
Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan dan ditahan untuk dirakamkan keterangan.
Ghuzlan menasihatkan ibu bapa supaya bersikap lebih peka terhadap pergerakan anak-anak mereka dan jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab.
Katanya, semakin ramai pelajar perempuan ditahan kerana berkelakuan sumbang.
“Minggu ini sahaja, empat pelajar sekolah terdiri dari dua pelajar lelaki dan dua pelajar perempuan berusia di antara 16 hingga 17 tahun ditahan polis bersama Skim Rondaan Sukarela (SRS) ketika membuat rondaan cegah jenayah.
"Mereka ditahan ketika berkelakuan sumbang di taman permainan di sini kira-kira jam 1 pagi.
"Dari soal siasat, pasangan itu mengaku ingin melakukan hubungan terlarang di taman permainan di mana mereka ditahan,” katanya.
Nota : Nak salhkan siapa?makayah? pihak sekolah? masyarakat?pemimpin?
Ping Busuk

kemalangan ngeri lelaki maut digilis lori dilangga...

the evolution of the internet from arpanet to the ...

ura pas ancam turun ke jalanan anwar ikrar akan la...

rompak cari duit raya

are self cleaning fish tanks still fiction practic...

menu berbuka 14 ramadan sotong goreng kunyit sayur...

buffet ramadan dapo mokcik kopi pokcik

tyka zatyka cahaya chord

rahsia membuat kuih butir nangka lebih sedap

terowong kereta api terpanjang di asia

ceo intel warga malaysia

ize suliman izy harun akid aly qaseh the guzzbuzz ...

luahan terbaik seorang pelukis

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
Jumaat, 14 September 2012
Budak Sekolah Berasmara di Belakang Sekolah..Apa Dah Nak Jadi???

Tags
Artikel Terkait
- GEMPAKKK....Penemuan virus baru yang lebih bahaya dari SASS telah ditemui di Britain. Did
- Terkejut beruk baca Sinar harian Online petang ini...Budak 14 tahun sumbang mahram dengan
- Baget 2013 hangat diperkatakan kini dan isu royalti untuk kelantan juga semakin menjadi-j
- Berebut gadis ‘pose’ manja punca lepas tembakan ADILA SHARINNI WAHID 9 Februari 2015 P
- Malaysiaku Sejahtera...Apa kesnya nie? Gadis kena rogol selepas dilanggar, dimana nilai k
- Pemimpin Yang berjiwa rakyat yang nak di tunjukkan bukan untuk menghina mahupun untuk mem
Newsletter
Berlangganan artikel terbaru dari blog ini langsung via email
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)