KOTA BHARU: Artis jelita berlesung pipit, Noryn Aziz memeriahkan majlis penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2012.
(Noryn dengan Datin Tuan Sabariah)
Majlis berkenaan diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan, JKR 10, pagi semalam.
Noryn
yang hadir bersama suami, Raja Datuk Kamarul Bahrin Ahmad Shah, menjadi
tumpuan tetamu jemputan serta penerima sumbangan aidilfitri anjuran
Badan Kebajikan Isteri Wakilrakyat dan kakitantan kerajaan Kelantan
(Purnama).
Sebanyak RM20,000 peruntukkan dikeluarkan untuk
membiayai sumbangan kepada 445 golongan dhaif, armalah, anak yatim di 45
Dun seluruh Kelantan.
Sumbangan berkenaan disampaikan Pengerusi
Purnama yang juga isteri Menteri Besar Kelantan, Datin Tuan Sabariah
Tuan Ishak dan isteri-isteri wakil rakyat di peringkat Dun.
Hadir sama isteri Timbalan Menteri Besar, Datin Siti Zabidah Abdul Hamid, serta isteri-isteri anggota exco kerajaan negeri.
Tuan
Sabariah ketika berucap pada majlis itu menyeru golongan wanita
khususnya memperbanyakkan amalan baik sepanjang Ramadhan ini.
Beliau
turut mengingatkan mereka supaya tidak leka dengan urusan dunia seperti
menyiapkan keperluan berbuka puasa atau hari raya sedangkan lupa
tanggungjawab sebenar.
“Apa yang penting kita tidak berbelanja boros,”ujarnya.
Kagum dengan Tok Guru
(Bergambar kenangan dengan AJK Purnama)
Sementara itu, Noryn ketika ditemui selepas majlis itu melahirkan
rasa terkejut kerana beliau diundang oleh isteri wakilrakyat dari
Kelantan.
“Memang Noryn terkejut dan tak sangka, lepas tu tanya pendapat suami, Alhamdulillah dia setuju menerima jemputan ini.
“Lagipun
Noryn memang kagum dengan Tok Guru Nik Aziz, antara salah satu sebab
Noryn berhijrah kerana membaca buku agama tulisan Tok Guru, iaitu
berkaitan hidayah,”ujarnya.
Terdahulu ketika berucap pada malis itu, beliau menyeru masyarakat di negara ini seluruhnya supaya mendoakan ‘penghijrahannya’.
“Noryn lakukan ini untuk kebaikan diri Noryn sendiri, suami dan keluarga,”ujarnya.
Ping Busuk

aktiviti perjumpaan ketua aktivis ppim bersama set...

piring tembaga bukti kekuasaan wanita keatas lelak...

qcy h3 pilihan tepat untuk fon kepala bajet dengan...

pengkhianat negara wajar dikenakan hukuman berat

berbuka di pavilion bukit bintang

klia ranks among top 10 in global airport survey

harga emas hari ini semakan kadar jangkaan naik tu...

birthday gift 1qdv7

how land surveying and site planning shape the fut...

robot kiva mesin kecil yang merevolusikan gudang

apa itu hari nuzul al quran

the first moon landing by apollo 11 a giant leap f...

two company owners clerk nabbed over bribes to exp...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
Khamis, 9 Ogos 2012
Noryn Aziz pula berhijrah

Tags
Newsletter
Berlangganan artikel terbaru dari blog ini langsung via email
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)