Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak meminta Polis Diraja
Malaysia (PDRM) berbaiah dengan kerajaan untuk membantu mengharmonikan
negara.
"Kita berbaiah sesama kita. Kalau kerajaan bantu PDRM, PDRM akan bantu kerajaan dan negara.
"Kita sama-sama bantu untuk bawa negara ke arah yang selamat, harmoni
dan masa depan yang cemerlang," katanya pada majlis berbuka puasa
bersama warga PDRM di Kuala Lumpur.
Turut hadir sama ialah Ketua Polis negara, Tan Sri Ismail Omar.
Majlis berbuka puasa ini juga turut dihadiri kira-kira 5,000 warga PDRM.
Selain itu, Najib juga berkata kerajaan juga akan sentiasa membantu
PDRM sekiranya badan keselamatan itu berada dalam kesusahan.
Jelasnya, walaupun keadaan kewangan yang terbatas, sokongan terhadap PDRM perlu diteruskan.
"Saya nak katakan bahawa saya senang hati sebab saya nak tahu keadaan
sebenar, kalau polis dalam keadaan susah, kerajaan tak boleh pandang
ringan.
"Apa yang saya harap, tuan-tuan faham, kerajaan ada juga
kekangan kewangan yang ada juga batasnya. Dalam keadaan tertentu, kita
harus menyokong PDRM untuk lebih berjaya lagi," kata Najib lagi.
Pada majlis itu juga, Najib menyampaikan sumbangan kepada beberapa
anggota polis antaranya polis yang cedera semasa menjalankan tugas pada
perhimpunan BERSIH 3.0 sebagai tanda penghargaan di atas pengorbanan
mereka.
Apa nak jadi...Polis sepatutnya menjaga rakyat dan keamanan negara tapi kini......
Ping Busuk

web 777 top 17 by natisha punpro777 biz 23 25

why no greater inclusion in post umno malaysia

aktiviti perjumpaan ketua aktivis ppim bersama set...

pembuluh darah mata gadis remaja pecah gara gara t...

mufti perlis sambut baik tindakan perwakilan dap t...

webinar tamo edu dalam talian siri 03 2025 sempena...

akaun bank dibekukan jangan panik ini cara buka se...

qcy h3 pilihan tepat untuk fon kepala bajet dengan...

piring tembaga bukti kekuasaan wanita keatas lelak...

klia ranks among top 10 in global airport survey

pengkhianat negara wajar dikenakan hukuman berat

berbuka di pavilion bukit bintang

buffet ramadan 2025 pulai springs resort johor bah...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
Rabu, 8 Ogos 2012
'Kita baiah, k'jaan bantu polis, polis bantu k'jaan'

Tags
Newsletter
Berlangganan artikel terbaru dari blog ini langsung via email
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)