Khamis, 30 Jun 2011

Tak wajar A Samad sertai perhimpunan

Tags

KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara (SN), Datuk Dr A Samad Said, tidak sepatutnya menggunakan anugerah yang diterima untuk memecah-belahkan rakyat di negara ini dengan menyokong perhimpunan haram BERSIH pada 9 Julai ini.

SN Ke-11, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah, berkata tindakan A Samad itu tidak wajar memandangkan pihak yang menganjurkan perhimpunan haram terbabit adalah di kalangan pemimpin yang sering menimbulkan huru-hara di negara ini.

“Beliau sepatutnya menggunakan anugerah yang dimiliki itu untuk menyatukan rakyat di negara ini memandangkan masyarakat kini berpecah-belah.
“Perpecahan ini jika berterusan akan memberi peluang kepada golongan yang mengambil kesempatan dan kuasa luar campur tangan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

A Samad sebelum ini dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung ucapan mereka di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur/Selangor di sini, pada 19 Jun lalu.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon