Khamis, 23 Jun 2011

Remaja serang web CIA ditahan

Tags

LONDON: Seorang remaja berusia 19 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dalam serangan siber terhadap Sony dan laman web Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA), kata polis Britain.

Penangkapan Ryan Cleary dibuat berikutan satu operasi bersama oleh unit jenayah internet dan Biro Penyiasatan Pusat (FBI), kata Polis Metropolitan pada Selasa. FBI enggan mengulas mengenai perkara itu.

Polis Britain tidak menyebut jika suspek mempunyai kaitan dengan kumpulan penggodam, Lulz Security, yang mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan berprofil tinggi baru-baru ini, tetapi mengesahkan sebuah komputer dirampas dalam operasi yang memeriksa data Sony.

Kumpulan Lulz meningkatkan serangan terhadap Sony sebagai tambahan kepada serangan yang dilakukan kepada laman web CIA dan sistem komputer senat Amerika Syarikat. Penggodam terbabit baru-baru ini menyifatkan ia sebagai ‘perang terhadap kerajaan yang mengawal internet.

Lulz menolak penahanan itu dengan mengatakan dalam Twitter bahawa mereka menggunakan pelayan orang yang ditahan, tetapi lelaki terbabit bukan sebahagian daripada kumpulan mereka.

“Jelas sekali polis UK terlalu terdesak untuk menangkap kami dengan mendakwa bahawa mereka menahan seseorang yang didakwa mempunyai kaitan dengan kami,” katanya dalam Twitter.

Walaupun tidak banyak diketahui mengenai Lulz, kumpulan penggodam biasanya melonggarkan rangkaian dengan sokongan di lebih daripada satu lokasi menjadikan penangkapan tidak dapat dilakukan untuk menjatuhkan sesebuah organisasi dan juga menggalakkan penyokong untuk menjalankan secara berkumpulan.
Remaja terbabit ditahan di bandar Wickford, kira-kira 55 km ke timur laut London, lewat Isnin kerana disyaki menggodam dan kesalahan menipu dan dibawa ke balai polis di tengah London untuk disoal siasat, kata polis.

Polis berkata penahanan itu adalah hasil satu siasatan terhadap gangguan rangkaian dan serangan meluas penafian perkhidmatan terhadap sebilangan perniagaan antarabangsa dan agensi risikan oleh apa yang dipercayai dilakukan kumpulan yang sama. – AP

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon