Rabu, 24 Ogos 2016

Separa Perubatan : Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

·  TAHNIAH !!!

Lulus Ujian Online Separa Perubatan tempoh hari? Anda dapat pula panggilan Temuduga SeparaPerubatan??

Sudah bersediakah anda semua untuk menjawap segala bagai soalan daripada penemuduga nanti? Mesti ramai yang google untuk mengetahui tips dan soalan-soalan yang bakal ditanya nanti?

Separa Perubatan : Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

Nak Panduan Lengkap Separa Perubatan?? Dapatkan Panduan Lengkap Temuduga Separa Perubatan SEKARANG !!

Separa Perubatan : Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

Dibawah adalah detail Mengenai Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran      

Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

Jantina: Lelaki dan Perempuan
·         
Tempoh Latihan: 3 tahun
·         
Biasiswa Semasa Latihan: RM835.57 sebulan
·      
   Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
·         
Tempat Latihan:
i.            Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh, Selangor
ii.            Kolej Kesihatan Awam Kuching, Sarawak
·         
Syarat Latihan:
i.            Warganegara Malaysia
ii.            Umur:
a.     Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
b.     Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
iii.            Kelayakan:
a.     Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
iv.            Keutamaan:
a.     Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik;
b.     Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;
Separa Perubatan : Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
·     
    Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam adalah layak dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i.            mempunyai kelayakan di para (iii) di atas;
ii.            dan berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
·        
Perhatian:
Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan di peringkat diploma akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29. 


Sumber : Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran




Artikel Terkait


EmoticonEmoticon