Khamis, 28 Julai 2016

Separa Perubatan : Latihan Jururawat

TAHNIAH !!!

Lulus Ujian Online Separa Perubatan tempoh hari? Anda dapat pula panggilan Temuduga SeparaPerubatan??

Sudah bersediakah anda semua untuk menjawap segala bagai soalan daripada penemuduga nanti? Mesti ramai yang google untuk mengetahui tips dan soalan-soalan yang bakal ditanya nanti?

Separa Perubatan : Latihan Jururawat


Nak Panduan Lengkap Separa Perubatan?? Dapatkan Panduan Lengkap Temuduga Separa Perubatan SEKARANG !!

Separa Perubatan : Latihan Jururawat



Dibawah adalah detail Mengenai Latihan Jururawat

·         Jantina: Lelaki dan Perempuan
·         Tempoh Latihan:
i.            3 tahun (bagi calon Lantikan Terus)
ii.            1 tahun (bagi calon PSL daripada Jururawat Masyarakat)
·         Biasiswa Semasa Latihan: RM835.57 sebulan
·         Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
·         Tempat Latihan:
i.            Kolej Kejururawatan Alor Setar, Kedah
ii.            Kolej Kejururawatan Sungai Petani, Kedah
iii.            Kolej Kejururawatan Pulau Pinang
iv.            Kolej Kejururawatan Ipoh, Perak
v.            Kolej Kejururawatan Taiping, Perak
vi.            Kolej Kejururawatan Seremban, Negeri Sembilan
vii.            Kolej Kejururawatan Melaka
viii.            Kolej Kejururawatan Muar, Johor
ix.            Kolej Kejururawatan Johor Bahru, Johor
x.            Kolej Kejururawatan Kuantan, Pahang
xi.            Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu, Terengganu
xii.            Kolej Kejururawatan Kubang Kerian, Kelantan
xiii.            Kolej Kejururawatan Sibu, Sarawak
xiv.            Kolej Kejururawatan Kota Kinabalu, Sabah
xv.            Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh (KSKB) Selangor
xvi.            Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kuching Sarawak
xvii.            Kolej Kejururawatan Sandakan, Sabah
·         Syarat Latihan:
i.            Warganegara Malaysia
ii.            Umur:
a.     Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
b.     Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
iii.            Kelayakan:
a.     Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
iv.            Keutamaan:
a.     Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik;
b.     Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

Separa Perubatan : Latihan Jururawat


·         Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbangkan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Jururawat apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i.            mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
ii.            lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
iii.            berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
·         Perhatian:
Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Jururawat Gred U29.

Sumber : SPA8


Artikel Terkait

2 comments

singgah sini..salam ukhuwah.follow
:)

Hai Irda...salam kenal..terima kasih singgah sini


EmoticonEmoticon