Isnin, 7 Mac 2016

Kenapa MURID-MURID tak seperti apa yang cikgu harapkan?

MURID sekolah adalah ANUGERAH buat CIKGU-CIKGU di sekolah...

Kenapa MURID-MURID tak seperti apa yang cikgu harapkan?

MURID-MURID buah hati kita. Jangan bandingkan di antara mereka. Yang pandai jangan terlalu dipuji, yang lemah janganlah kita keji.

MURID baik, MURID cerdik; cuma ujian. ALLAH nak tengok kita demand ke tidak, lettk syarat ke tidak, kerja kuat ke tidak, sabar ke tidak.

MURID  biasa-biasa, tak berapa pandai; itu hadiah ALLAH. Di mata manusia mereka biasa saja, tapi siapa tahu kekurangan mereka ASBAB kita masuk syurga. Tak perlu kecewa hasil kita tak seberapa. Mana tahu kalau asyik cemerlang, kita riak menjaja bangga.

Kenapa MURID-MURID tak seperti apa yang cikgu harapkan?


MURID yang biasa-biasa ini mungkin menjadikan kita tidak leka dengan kerjaya dan rencahnya. Jangan lukai hati MURID kita. Terimalah pemberian ALLAH dengan redha. Sayangi mereka sama rata. Doakan mereka tak kira di mana. Maaf dan ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih.

MURID-MURID kita mentah, jiwa mereka rapuh. Yang salah kita, terlebih menghukum dr membina. Terlebih menyumpah dari  membimbing. Terlebih marah dari nasihat. Terimalah mereka penuh amanah.

Kenapa MURID-MURID tak seperti apa yang cikgu harapkan?


MURID-MURID ini dipinjamkan buat kita untuk dijadikan ummat Muhammad yang hebat. Bukan membesar untuk dinobat. Jangan bezakan MURID-MURID kita, kerana di luar sana ramai lagi yang tak merasa jadi CIKGU..... belajarlah malu pada ALLAH, DIA yang sebegitu hebat tak pernah bezakan hamba-hambaNya tapi kenapa kita seorang hamba sangat suka beza-membeza.

MURID-MURID kita juga punya hati dan jiwa. Mana tahu ada yang kita tak beri penuh perhatian akan ingat kita sampai tua, akan mendoakan kita hingga ke syurga.

Jangan berhenti untuk menjadi CIKGU yang berilmu dan cemerlang!
Kata-kata semangat untuk para GURU dan CIKGU yang tidak jemu memberi ilmu kepada murid..

Terima Kasih Cikgu…

Artikel Terkait

1 comments so far


EmoticonEmoticon