Jumaat, 9 Januari 2015

7 Tips Dan Doa Kebahagian Rumah Tangga Suami Isteri

7 Tips Dan Doa Kebahagian Rumah Tangga Suami Isteri yang HOT dan ramai yang terlepas pandang..

AM nak SHARE apa yang AM dan Isteri amalkan..Walaupun kami bukan lah pasangan yang 100% sempurna TAPI kami saling membantu untuk menyempurnakan antara kami..



7 Tips Kebahagian Rumah Tangga Suami Isteri

1. Solat Berjemaah
Solat adalah tiang agama. Sabda Rasullulah SAW yang bermaksud." Solat tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya makaia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya". (hadis riwayat Al-Bahari dan Muslim)

Solat berjemaah juga lebih afdal berbanding solat berseorangan. Solat la bersama isteri dan ajak la suami untuk solat bersama. Selepas solat berdoa la bersama-sama kerana doa suami yang diaminkan oleh isteri lagi baik dari berdoa dan aminkan sendiri..

Selepas berdoa salam la dengan suami, cium tanggannya dan memohon maaf jika ada yang tersalah atau terkurang kerana kita manusia bukan yang sempurna.



2. Masak dengan air tangan sendiri
Sebaik dan seeloknya isteri yang memasak untuk suami tersayang. Pesan orang tua, "Jika nak ikat suami, maka ikat la perut suami'. Sesibuk manapun isteri cuba dan try la masak kepada suami walaupun hanya masakan yang ringkas sahaja..Makan la bersama-sama suami..

3. Bagi Kejutan
Kepada suami yang prihatin buat la sedikit kejutan untuk menghargai isteri yang membantu anda bekerja dan masih setia bersama anda dirumah bukan itu sahaja, isteri apabila berada dirumah bukan sahaja balik sudah dapat melepak masih ada tugas yang harus diselesaikan pula. Kejutan tak perlu yang mahal atau romantik, cukup sekadar dengan hadiah yang kecil atau makan malam yang romantik.

4. Beri Perhatian dan Jadilah Pendergar Yang Setia
Setiap isteri cukup mengharapkan suami akan memberi perhatian dan menjadi pendergar yang baik dan setia. Isteri yang berkerja pasti ada cerita dan luahan yang perlu dikongsi dan suami adalah tempat yang terbaik untuk diluahkan. Suami yang prihatin pasti akan meluangkan masa untuk mendengar luahan hati isteri.



5. Sentuhan Mesra
Sentuhan merupakan cara yang paling simple yang boleh diamalkan.. Sentuhan yang mesra dan ikhlas akan membangkitkan satu perasaan cinta dan kasih sayang yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Suami yang prihatin pasti akan peluk isteri sekurang-kurangnya 10 saat boleh memanjangkan umur.



6. Komunikasi Dua Hala
Sebuah perhubungan yang gagal rata-rata berpunca dari kegagalan komunikasi antara suami dan isteri. Masing-masing memendam rasa terutama mengenai permasalah rumah tanggan. Jadikan setiap permasalahan yang timbul bawa berbincang dengan keadaan tenang dan bukan dengan cara bermasam muka atau bertengkar.



7. Bercuti
Isteri pasti akan melupakan segala permasalahan ditempat kerja atau permasalahan bersama suami apabila suami mengajak pergi bercuti. Tidak perlu pergi jauh-jauh cukup sekadar diluar kawasan atau luar negeri sahaja..Hanya suami dan isteri tanpa gangguan dari orang lain. Alangkah bahagian pergi bercuti seperti pergi bermula madu selepas berkahwin dulu.. Sudah berapa lama kita tak bercuti?? Balik nanti isteri tanya suami dan suami tanya isteri nak bercuti dimana???




Doa Kebahagian Suami Isteri

Sebagai umat Rasulullah SAW dan mengaku beragama ISLAM, kita juga ada yang diajarkan dengan doa yang boleh mengikat kasih sayang antara suami dan isteri. Di bawah doa yang dimaksudkan : -




Masih mencari-cari TIPS menjadi SUAMI UNGGUL???


Artikel Terkait

2 comments

Tang solat jamaah yg paling utama.. Dr stu brmula sglanya utk kehidupan bahagia. Nice sharing..

Betul tu tuan..segala-galanya bermula dengan solat..Baik solat maka baik segala perbuatan kita..


EmoticonEmoticon