Manusia dan jin berada di dunia yang sama sahaja..20 tanda lelaki yang dicintai oleh jin betina..Semoga menjadi ingatan untuk kita semua..
Apabila seseorang manusia lelaki itu dicintai jin betina
maka ia ada beberapa tanda:
1) Mempunyai sikap seperti wanita. Bagi lelaki yang
mengalami keadaan ini sikap mereka akan menjadi seperti seorang wanita.
Contohnya sangat beremosi seperti pemarah, cepat merajuk, cepat panik dan
gelabah, pemalu, mudah putus asa dan sebagainya.
2) Sangat suka menyendiri dan tidak selesa berada dikhalayak
ramai. Tanda yang boleh diperhatikan ialah apabila anda berada dikhalayak ramai
tambah pula kalau anda menjadi tumpuan masyarakat ialah sekurang-kurangnya jari
anda akan menggeletar. Kalau yang lebih teruk anda boleh jadi menggeletar
seluruh badan dan menjadi sangat panik.
3) Suka mengelamun dan berkhayal perkara-perkara romantik.
Contohnya anda selalu membayangkan yang anda sedang berasmara atau berkasih
mesra dengan perempuan, tidak kiralah samada perempuan tersebut anda kenal atau
tidak, perempuan yang anda pernah lihat atau perempuan yang anda cipta sendiri
dalam bayangan anda.
4) Suka bersendirian ketika berjalan terutamanya pada waktu
malam.
5) Suka duduk mengelamun bersendirian melayan perasaan di
bawah bulan purnama.
6) Sering merasa sedih, gembira, sayu atau rindu pada
seseorang, tetapi anda sendiri tidak tahu siapa orang tersebut.
7) Anda akan sangat mudah untuk jatuh cinta pada mana-mana
wanita, tidak kiralah samada wanita yang baru atau pun telah lama kenal. Bahkan
mereka yang telah dipikat oleh jin wanita juga akan mudah jatuh cinta pada
wanita yang baru sekali dipandang. Dan perasaan cinta tersebut diikuti dengan
rasa rindu yang teramat sangat.
8) Anda akan selalu didatangi oleh wanita samada yang anda
kenali atau tidak. Wanita yang sama atau berganti-ganti akan datang pada anda
ketika anda mula mahu melelapkan mata atau pun di tengah malam, dalam keadaan
anda antara tidur dan jaga. Selepas didatangi apa sahaja kemungkinan boleh
berlaku, samada sekadar bergurau senda, berasmara atau boleh jadi lebih dari
itu.
9) Anda kemungkinan akan bermimpi didatangi dan berasmara
dengan seorang wanita. Dan kalau sampai ke tahap di mana anda dan wanita itu
melakukan persetubuhan, maka ianya sangat bahaya. Kerana ianya mungkin mimpi
bagi anda tetapi baginya ia suatu perkara yang benar-benar berlaku. Akan
menjadikan jin itu ketagih dan semakin sayang kepada anda. Dari situ jin
tersebut akan terus menjaga anda dengan amat ketat.
Dan kalau ditakdirkan dari perhubungan itu terjadi anak,
anda akan selalu termimpikan anak tersebut. Kalau dicuba untuk memutuskan
hubungan tersebut, risikonya sangat tinggi kerana akan menyebabkan anda
menghampiri atau menjadi gila. Atau anda akan melakukan sesuatu yang di luar
jangkaan disebabkan oleh tekanan angin bisa ataupun dirasuk oleh perasaan jin
itu sendiri.
10) Kalau melibatkan gangguan yang lebih teruk, jin tersebut
akan menjelma dihadapan anda dalam bentuk manusia. Ketika ini anda akan merasakan
bahawa betul-betul berhubungan dengannya di alam nyata. Dalam keadaan ini,
mangsa akan lebih suka menyendiri untuk bersama kekasihnya dan akan dilihat
bercakap seorang diri sedangkan pada pandangannya ada teman yang sedang
berbicara dengannya.
11) Apabila anda bangun pagi anda dapat merasakan
seolah-olah anda ditemani oleh seseorang dan anda juga dapat merasakan seperti
yang menemani anda itu adalah seorang wanita.
12) Apabila anda bangun pagi anda merasakan bahawa pada
malamnya ada melakukan persetubuhan dengan seseorang walaupun anda sedar bahawa
anda tidur berseorangan.
13) Kemungkinan pada wajah anda akan ada aura dan cahaya
kelembutan, kesan dari jin yang mencintai dan mendampingi anda. Masyarakat
sekeliling akan menjadi lembut hati apabila memandang anda seolah-olah mereka
sedang memandang seorang wanita cantik. Dan cahaya kelembutan itu akan bertukar
kepada cahaya mendung apabila jin tersebut menjadi marah terutamanya disebabkan
oleh amalan pendinding yang diamalkan mula memberikan kesan.
14) Sekiranya melibatkan gangguan yang lebih teruk,
kemungkinan anda akan mengalami kerasukan atau kesurupan dimana anda dirasuk
oleh jin betina yang telah jatuh cinta pada anda.
15) Anda juga akan dapat merasakan bahawa anda sedang
diekori oleh seseorang ke mana sahaja anda pergi.
16) Orang lain juga akan perasan seolah-olah ada bayangan
hitam atau seperti seorang wanita sedang menemani anda. Tetapi apabila
menghampiri bayangan hitam atau kelibat wanita tidak kelihatan.
17) Sekiranya jin yang mencintai anda merupakan jin yang
kuat sifat cemburunya, maka anda kemungkinan akan dihalang dari berkahwin
kerana dia tidak mahu berkongsi kekasihnya dengan orang lain.
18) Sekiranya ditakdirkan anda berkahwin, maka ia akan cuba
memporak perandakan rumah tangga anda. Anda dan isteri akan selalu bergaduh
walaupun disebabkan perkara kecil. Ia akan cuba sedaya-upaya menjadikan anda
dan isteri bercerai supaya anda hanya menjadi miliknya.
19) Nafsu anda juga akan menjadi tidak terkawal. Anda akan
selalu menginginkannya tidak kira masa dan tanpa sebab yang munasabah. Dan
tidak mustahil kalau jin betina itu menjadikan isteri anda terhalang untuk
melaksanakan tugasnya supaya anda akan memuaskan nafsu anda dengan cara yang
tidak elok. Dan kemungkinan juga ia antara faktor yang menyebabkan terjadinya
keganasan seks, seperti merogol, terutamanya kalau jin tersebut kuat seks
supaya ia boleh turut serta.
20) Kalau ditakdirkan anda mendapat anak, tak mustahil ia
akan mendatangi anak tersebut seperti mana-mana cara yang dilakukan oleh anda
ketika mendatangi anak anda, terutamanya kalau anak itu anak lelaki.
Jadi apa yang boleh saya simpulkan dalam keseluruhan artikel
ini ialah tidak mustahil berlakunya keadaan di mana jin yang mencintai manusia,
tidak kiralah jin betina mencintai manusia lelaki atau sebaliknya. InsyaAllah
dalam artikel terbaru saya akan saya kongsikan pula dengan pembaca tanda-tanda
jin jantan menyintai seorang wanita.
Nasihat saya sebaiknya kita amalkan membaca ayat-ayat untuk
pendinding diri dari gangguan atau dipanggil ayat ruqyah sebagai usaha yang
dapat kita lakukan. Yang selebihnya kita bertawakal kepada Allah dan memohon
perlindungan-Nya dari kejahatan makhluk jin ini.
Dibawah ini adalah ayat ruqyah untuk panduan kita semua..
Dibawah ini adalah ayat ruqyah untuk panduan kita semua..
2 comments
adakah lelaki tersebut tidak akan solat setelah dicintai jin?
kenalpasti punca dan tanda-tanda jin jatuh cinta kepada lelaki
EmoticonEmoticon