Khamis, 9 Mei 2013

Senarai Penuh Exco negeri Kelantan Bersama Porfolio Masing-masing

Tags

Senarai Penuh Exco Kerajaan negeri Kelantan dengan porfolio masing-masing, semoga kalian semua akan menjalankan tugas yang di amanahkan dengan jujur, amanah, dan saksama..Sumber dari Page Menteri Besar Kelantan ke-8, datuk Ahmad Yakob



Alhamdulillah, selesai mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh YB Tuan Guru Dato' Bentara Setia selaku Pesuruhjaya. Saya telah membentangkan portfolio exco baru kerajaan negeri Kelantan sebagaimana berikut :

1. Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi dan Kewangan yang akan dipengerusikan oleh saya sendiri.

2. Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah, Pelaburan dan Sumber Asli yang dipengerusikan oleh YB Dato' Haji Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan.

3. Jawatankuasa Kerjaaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar yang dipengerusikan oleh YB Dato' Haji Abdul Fattah Hj Mahmood

4. Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh YB Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi

5. Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat yang dipengerusikan oleh YB Dato' Haji Anuar Tan bin Abdullah

6. Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau yang dipengerusikan oleh YB Dato' Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud

7. Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan yang dipengerusikan oleh YB Dato' Mejar (B) Hj Mohd Anizam bin Abdul Rahman

8. Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat yang dipengerusikan oleh YB Haji Hanifa bin Ahmad

9. Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi yang dipengerusikan oleh YB Dato' Dr Mohamed Fadzli bin Dato Haji Hassan

10. Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat yang dipengerusikan oleh YB Hajah Mumtaz bin Md Nawi

11. Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO yang dipengerusikan oleh YB Dr Ramli bin Mamat

Harapan saya agar semua exco yang dilantik memegang portfolio masing-masing ini dapat menjalankan tugas dengan lancar dan sempurna di bawah keredhaan Allah SWT, Insya-Allah.


Sumber : Page Datuk Ahmad Yakob

Artikel Terkait

1 comments so far

Abu Aisaraufauhajwad Basir delete 9 Mei 2013 pada 1:44 PTG

syabas n tahniah teruskan perjuangan TGNA......


EmoticonEmoticon