Selasa, 7 Mei 2013

128 calon parlimen hilang wang deposit pada PRU13

Tags

Rekod terbaru tercipta apabila 128 orang yang beetanding PRU 13 hilang wang deposit sebanyak RM 10 000 setiap seorang...




KUALA LUMPUR - Seramai 128 calon yang bertanding bagi kerusi Parlimen hilang wang deposit selepas memperoleh undi kurang satu per lapan daripada jumlah keseluruhan undi, iaitu yang tertinggi pernah dicatat pada pilihan raya umum di negara ini.

Daripada jumlah keseluruhan 579 calon bertanding di kerusi Parlimen, calon Bebas mencatatkan jumlah paling ramai hilang wang deposit, iaitu seramai 75 orang.

Bekas naib ketua Wanita Umno Datuk Kamalia Ibrahim dan penyanyi dangdut era 80-an, Herman Tino, merupakan antara calon yang kehilangan wang pertaruhan mereka.

Kamalia yang membuat kejutan bertanding sebagai calon Bebas untuk merebut kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Perak hanya memperoleh undian sebanyak 447 daripada keseluruhan 28,282 undi dalam pertandingan tiga penjuru.

Manakala Herman atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, yang bertanding tiga penjuru di Parlimen Tanjong Karang, Selangor, hanya memperolehi 340 undi daripada 37,768 pengundi yang hadir.  

Calon perlu mempertaruhkan wang depositi sebanyak RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

Di Kuala Terengganu, calon paling tua, Maimun Yusof, 94, yang bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu atas tiket Bebas hanya memperoleh 182 undi.

Turut gagal mempertahankan wang pertaruhan ialah bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar yang bertanding di kerusi Parlimen Tasek Gelugor dan Dun Sungai Dua.

Calon muka baharu Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Dun Pengkalan Kota, Pulau Pinang, Loke Cheang Gin @ Loke Poh Chye dari MCA turut menerima tamparan hebat dalam pertandingan satu lawan satu dengan calon DAP Lau Keng Ee, apabila hanya berjaya memperoleh 1,803 daripada 17,468 undi dan hilang wang pertaruhan.

Di Sabah, menyaksikan calon paling ramai kehilangan wang pertaruhan, terdiri daripada 38 calon bagi kerusi Parlimen dan 136 kerusi Dun.

Di Parlimen Kalabakan pula, yang melibatkan pertandingan tujuh penjuru, seramai empat calon bebas dan seorang calon STAR hilang wang pertaruhan mereka.

Kerusi itu dipertahankan oleh calon BN, Datuk Abdul Ghafur Salleh yang menang dengan majoriti 14,221.

Pada PRU 2008, seramai 41 calon bagi kerusi Parlimen dan 89 calon kerusi Dun, hilang deposit masing-masing. - Bernama


Sumber : Sinar Harian


Artikel Terkait


EmoticonEmoticon