Isnin, 22 April 2013

PRU13 : PM nak DIET..Betul Ke Nie?

Tags

Dalam sejarah beb, PM Malaysia cakap nak diet. Makan pun sedikit sahaja..SENYUM tak perlu kata apa2..Ini kali lah !!!



KUALA LUMPUR - "Saya nak diet". Itu ungkapan ringkas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa bersarapan di sebuah restoran di Bandar Baru Selayang dekat sini, selepas selesai mengadakan tinjauan mesra.

Pemilik Restoran Rumpun Selera, Safnida Afiza Sanusi berkata perdana menteri hanya makan sedikit sahaja nasi lemak kukus yang dihidangkan bersama burung puyuh goreng.

"PM (Perdana Menteri) minta kepada saya cuma bahagian paha sahaja sebab nak diet, itu pun beliau makan sedikit sahaja," kata Safnida Afiza yang bertanggungjawab menghidangkan makanan kepada Najib.

Selain itu, perdana menteri turut memesan minuman 'teh o ais' kurang manis.

Najib bersarapan di restoran itu selepas memulakan lawatan turun padang di Selangor sempena Pilihan Raya Umum ke-13 dengan mengadakan tinjauan mesra di Bandar Baru Selayang yang terletak dalam kawasan Parlimen Selayang.

Safnida Afiza yang pertama kali bertemu Najib, menyifatkan pemimpin itu sebagai seorang yang mesra dan mudah didampingi "PM mesra, tak ada protokol untuk rakyat jumpa...sangat prihatin selain cepat bagi respons apa sahaja orang cakap. Itulah yang saya perhatikan," katanya kepada pemberita selepas perdana menteri selesai bersarapan.

Perebutan tiga penjuru bakal berlaku bagi kerusi Parlimen Selayang yang mempunyai 105,895 pengundi.

BN yang diwakili Datuk Ir Donald Lim Siang Chai akan dicabar William Leong Jee Keen (PKR) dan Mohd Hazizi Ab Rahman (Berjasa). - Bernama

Sumber : Sinar Harian

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon