Hartanah kediaman datang didalam pelbagai bentuk dan saiz. Pasti anda telah berfikir dimana hartanah kediaman untuk keluarga anda dengan faktor suasana, saiz, jumlah bilik tidur, berdekatan dengan tempat kerja, dekat dengan sekolah dan mudah untuk membeli barang-barang keperluan menjadi keutamaan.
Perkara-perkara diatas mungkin memeningkan kepala anda kerana bukan semua hartanah itu benar-benar menepati citarasa anda. Pada hari ini saya ingin berkongsi satu tip apakah perkara terpenting untuk memilih hartanah yang perlu anda tahu. Sumber pemilihan hartanah pada asasnya berdasarkan pada 4 jenis hartanah yang anda ingin miliki. Hartanah kediaman datang didalam beberapa bentuk seperti kediaman baru, kediaman terpakai, beli baik-pulih, dan lelong.
1. Kediaman Baru
Ada pelbagai keistimewaan apabila membeli hartanah kediaman baru. Disebabkan hartanah yang baru, jadi kos pembaikan dan penyelenggaraan adalah minima dan kebanyakkan pemaju mempunyai tempoh jaminan selama 12 bulan hingga 24 bulan. Dengan pemilikan hartanah yang baru dan belum diduduki ia menjadikan hartanah ini sesuatu yang unik dan tiada had untuk anda meningkatkan keistimewaannya dari mula pada diri anda.

Tetapi harus diingati yang mana harga hartanah baru mungkin terlalu mahal dan dinasihati anda membuat perbandingan yang mana mungkin anda bakal memperolehi hartanah pegangan kekal (freehold) didalam harga yang sama dengan hartanah pegangan sementara (leasehold) pada kawasan yang sama. Pastikan pemaju hartanah yang anda cari itu mempunyai reputasi dan rekod yang baik dengan pembeli-pembeli mereka dan kualiti yang anda inginkan.
2. Rumah Terpakai
Rumah terpakai atau rumah “second” walau apa pun sebutannya… ia membawa maksud yang sama pada pemilikan jenis ini. Apabila anda membeli hartanah jenis ini ada satu fakta yang anda perlu fahami. Kebiasaan pada pemilik rumah terpakai ini memerlukan kos pembaik pulihan yang tinggi berbanding rumah baru. Pemerhatian dan pemeriksaan amat penting pada hartanah ini yang mana anda perlu memahami faktor dan kualiti semasa hartanah itu sesuai dengan harganya.

3. Beli dan Baik Pulih
Pemilikan hartanah jenis ini adalah kerana hartanah itu didalam harga yang anda mampu atau ia amat murah kerana kondisinya. Kondisi jenis hartanah ini kebiasaannya memerlukan pembaik pulihan yang banyak dan memerlukan kos dan masa yang banyak untuk dibelanjakan. Anda harus berhati-hati, kerana jika anda mempunyai masalah untuk menyediakan 10% wang muka dan ia juga akan mempengaruhi kos-kos baik pulih yang anda tidak mampu tanggungi.

Walau apapun ada sesetengah pelabur hartanah yang berminat dengan hartanah jenis ini kerana apabila harganya yang rendah disebabkan kondisinya yang perlu dinaik taraf tetapi pada masa hadapan mempunyai nilai yang sangat tinggi. Tugas pemilik selepas itu adalah menjual hartanah yang baru dinaik taraf ini pada harga yang jauh lebih mahal melampaui harga semasa belian.
4. Lelongan Bank
Kebiasaanya hartanah itu dilelong kerana pemilik hartanah tersebut tidak membayar kembali bayaran pinjaman perumahan mereka. Jadi sebagai jalan penyelesaian diatas pinjaman yang tidak berbayar pihak bank terpaksa menjualnya pada pembida yang berminat. Kebiasaannya anda boleh mendapatkan rumah atau hartanah yang jauh lebih murah berbanding harga semasa dengan hartanah lelongan. Ia juga satu cara pada mereka yang inginkan hartanah dengan deposit yang rendah.

Malangnya oleh kerana hartanah jenis ini bukanlah setiap hari ditawarkan jadi hanya individu-individu tertentu sahaja yang akan memperolehi hartanah lelong dengan harga yang “super best” dari pasaran. Harus diketahui juga yang mana hartanah ini juga mempunyai risiko dan masalah tertentu seperti kos pembaikkan yang sangat-sangat tinggi, kerana pemilik hartanah yang tidak mahu melepaskan hartanah dan pelbagai lagi masalah lain yang mungkin akan anda tempuhi dari setiap transaksi ke transaksi yang lain.
Sekarang anda telah faham akan perkara asas pemilihan hartanah… semoga berjaya pelabur semua
3 comments
sokong...rumah second mmg mhl n kadang2 x mengikut harga nilai tetapi yg bestnya bli jer rumah tu terus blh duduk..xyah pikir nk pasang gril la,nk tnggu air n api la...mcm2 lg...pendek kata kalo bli rumah baru rm3ook extra la lg duit 50k..baru best..dh bli rumah mhl sah2 la semua kelengkapan nk yg mhl jgk kan???
Yup..betul apa yang di tuliskan oleh mimi suzita..kena juga tengok keadaan rumah yang hendak di beli..jika bayar mahal sedikit dengan kelengkapan yang lengkap dan mewah memang 1 kelebihan la..
sy bercakap based on experience... :)
EmoticonEmoticon