Ahad, 31 Mac 2013

Nicol Mohon Maaf

Tags

GEMPAK..Nicol TEWAS lagi di Negara sendiri dan memohon maaf kepada para peminat..Tak apa la Nicol, kita tak semestinya sentiasa berada di atas..Kadang-kadang kita akan jatuh dibwah untuk kita naik kembali...




KEJUTAN di gelanggang kaca Kejohanan Skuasy Terbuka Kuala Lumpur CIMB 2013, apabila pemain skuasy nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David gagal mempertahankan kejuaraan kesembilan selepas tumpas kepada pemain England Laura Massaro.

Aksi  67 minit saingan separuh akhir di Berjaya Times Square itu menyaksikan Nicol dicabar sengit Massaro sebelum tewas, 12-19, 6-11, 8-11, 5-11.

“Saya tahu ramai yang kecewa dan saya mohon maaf. Kekalahan ini juga mengecewakan saya apatah lagi yang berlaku di hadapan penyokong sendiri. Namun saya sudah lakukan yang terbaik untuk sampai ke tahap ini.

“Massaro pemain yang bagus dan saya pasti akan kembali menebus kekecewaan ini,”katanya selepas tamat perlawanan, semalam.

Kekalahan kepada Massaro bukanlah yang pertama buat Nicol. Ia merupakan kali yang ketiga dan Juara Dunia tujuh kali itu pernah ditewaskan pencabar yang sama pada aksi final Cleveland Klasik 2011 dan terakhir separuh akhir Terbuka Singapura juga pada tahun sama.

Hari ini, Masaaro akan bertemu rakan senegara, Alison Waters yang mara selepas menumpaskan Joelle King dari New Zealand, 12-10, 11-5, 12-10.

Sementara itu, trofi kejuaraan bagi kategori Lelaki sudah pasti menjadi pemain Mesir, cuma siapa pemiliknya sahaja akan ditentukan pada aksi final hari ini.

Sekali lagi di pentas akhir Terbuka Kuala Lumpur menyaksikan pertembungan dua pemain Mesir antara Mohamed El Shorbagy dan juara 2011, Karim Darwish.

Pada aksi separuh akhir lelaki semalam, Shobagy tidak berdepan masalah untuk mengetepikan pemain Sepanyol, Borja Golan , 11-6, 11-5, 11-6.

Sementara Darwish meraih kemenangan ke atas pemain Switzerland, Nicolas Mueller, 11-9, 11-5, 11-4.

“Nicolas bukan lawan yang mudah, permainannya semakin meningkat naik dan adakalanya kehadiran beliau mampu mengancam lawan,” katanya selapas tamat perlawanan, semalam.

Artikel Terkait

2 comments

Nicol dah sepatutnya menjadi jurulatih...dah perlu ada pengganti dirinya...apa2 pun dia memang hebat!

Dia x yakin lagi kot nak jadi jurulatih...Muda lagi nicol nie..hihihi


EmoticonEmoticon