Rabu, 19 Disember 2012

Malaysiaku Sejahtera : Dirogol ketika pulang kerja

Tags

Percaya? Inilah realiti di Malaysia Sejahtera hari ini..Budak 18 tahun dirogol selepas pulang dari kerja.Nak salhkan siapa???



KUALA LUMPUR - Seorang remaja berumur 18 tahun dirogol ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di sebuah pusat membeli-belah Wangsa Maju, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.15 malam itu, mangsa seorang diri berjalan kaki menuju ke stesen transit aliran ringan (LRT) Sri Rampai sebelum seorang lelaki berumur lingkungan 20-an tidak dikenali menekup muka mangsa dari belakang sebelum menariknya ke dalam semak berhampiran.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian berlaku terlalu pantas apabila suspek bertindak mengangkat mangsa yang meronta-ronta, ke bahagian tengah semak tanpa disedari orang ramai yang berada tidak jauh dari lokasi.

Menurutnya, suspek seterusnya bertindak merogol mangsa dan beredar sambil berpesan supaya mereka bertemu lagi keesokan harinya (semalam) hingga mengakibatkan trauma kepada remaja tersebut.

“Mangsa ditemui anggota Polis Bantuan stesen LRT dan kemudiannya diserahkan kepada sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Polis Wangsa Maju. Hasil pemeriksaan pihak hospital mengesahkan mangsa dirogol, namun mangsa tidak mengalami kecederaan di bahagian lain.

“Lelaki berkenaan sebelum itu didakwa sering kelihatan berkeliaran di sekitar kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat tentang suspek yang didapati berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan diminta memaklumkan segera kepada polis.

“Suspek dipercayai berbangsa Melayu, berbadan gempal dan berambut kerinting serta ketinggiannya lima kaki empat inci.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan, polis tidak menolak kemungkinan suspek terlibat merupakan penduduk di kawasan berhampiran dan merupakan seorang lelaki yang dikategorikan sebagai gila seks.

Lelaki berkenaan juga dikatakan suspek sama ditahan 18 September lalu kerana dilaporkan menunjukkan kemaluan ketika memberhentikan kereta bersebelahan wanita dalam perjalanan ke stesen LRT berkenaan.

Artikel Terkait

4 comments

penting kalau perempuan tahu teknik pertahankan diri bila berlaku perkara-perkara macam ni..

macam2 sekarang takut dah nak g kuar jalan....

salam best lah blog nie...jom lh singgah blog sye pulak...www.pelanginadia.blogspot.com..macam2 ada..

Itu penting juga TAPI apa yang penting adalah kesedaran pihak pemerintah mengenai gejala dan gelagah para artis kita yang semakin berani berpakaian seksi...

Terima kasih,

Jika best share2 la dengan kekawan blogger lain ya..
Well done...dah follow blog pelangi


EmoticonEmoticon