Isnin, 1 Oktober 2012

Piala Dunia 2018 : Rusia Memerlukan RM57 Billion

Tags

Anggaran awal untuk acara Piala Dunia 2018 yang menjadi tuan rumah adalah Rusia memerlukan RM57 Billion. Demi bola sepak dan menunjuk kepada dunia sebuah negara sanggup berkorban berbillion wang rakyat. Berbaloi ke untuk semua ini???Maklumat lanjut dibawah..



RUSIA mendedahkan anggaran awal kos menganjurkan kejohanan Piala Dunia di negara itu pada 2018 telah meningkat hampir dua kali ganda berbanding apa yang dijangkakan ketika membuat bidaan pada 2010.
Anggaran terbaru menunjukkan Rusia memerlukan RM57 bilion (AS$19.2 bilion).
Menteri Sukan Rusia, Vitali Mutko berkata, kos terbaru awal itu meningkat dua kali ganda berbanding jumlah yang diumumkan ketika Vladimir Putin, Perdana Menteri ketika itu, mengumumkan bidaan dua tahun lalu untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018.
Putin kini Presiden Rusia.
"Ini bukan angka muktamad," kata Mutko.
Daripada angka itu, hampir 40 peratus akan diperuntukkan untuk kerja-kerja penambahbaikkan dan penyelenggaraan stadium.
Selebihnya akan dibelanjakan untuk infrastruktur pengangkutan dan hotel.
Ketika bidaan, Rusia telah menewaskan England dan beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) yang lain.
Dalam pada itu, 11 bandar telah dipilih untuk menjadi venue bagi kejohanan tersebut yang melibatkan 12 stadium.
Antaranya Moscow, St Petersburg, Sochi, Yekaterinburg, Kazan, Nizhny Novgorod, Rostov-on-Don, Samara, Kaliningrad, Volgograd dan Saransk.
Bercakap pada sidang akhbar yang sama di Moscow, Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) Jerome Valcke berkata, berdasarkan tawaran Rusia tersebut, beliau yakin kualiti penganjuran akan menjadi "menakjubkan."

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon