Rabu, 24 Oktober 2012

Koleksi Novel Online Hari Ini 22.10.2012

Jom terjah Koleksi Novel Online hari ini...PERCUMA dan FREE hanya disini. Khas untuk kipas susah mati




Oleh : Rahimah Humaira BAB 21 Ma…jangan lah begini. Dah seminggu ma merajuk. Dian adalah kawan sekerja pa. Dia salah seorang pesakit pa juga. Tolonglah ma. Bagi pa terangkan segalanya. Ma..angkatlah panggilan. Pa nak dengar suara ma. Zawin mencebirkan bibirnya. I-phone dimasukkan semula ke dalam tas tangan usai membaca mesej Iskandar. Nada dering Yakinlah aku [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Oleh : Org Ganu Hari ini tubuhku berasa sungguh lemah . Semalaman aku tidak dapat melelapkan mata dek rasa tidak selesa pada perutku. Kadang-kadang kurasakan perutku mengeras untuk beberapa minit kemudian berhenti untuk berjam-jam, kemudian mengeras kembali . Tetapi pagi ini perutku semakin kerap mengeras. Pinggangku terasa sakit. Aku cuba menggagahkan diri untuk bangun ke [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Shiroe Sherry Pagi itu, Encik Irfan kelam-kabut masuk ke pejabat dengan wajahnya yang boleh tahan serabut. Aku pantas bangun mengekorinya ke dalam bilik dengan buku catatan di tangan. Apa kena dengan Encik Irfan ni? Serba-salah untuk aku menegurnya yang duduk sambil menekup wajah pada meja dengan menggunakan kedua-dua lengannya sebagai alas. Babak itu [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : east chynta KEADAAN Marissa semakin pulih. Selepas berjumpa Irfan Maliki, nampak akan perubahan keadaan Marissa. Dia tidak lagi murung dan tidak lagi menyoal akan Irfan Maliki yang dirinduinya. Kehadiran Irfan Maliki ke hospital sudah cukup mengubatkan rasa rindunya itu. Begitu kuat rasa kasih itu terjalin antara dua hati itu. Bagaikan sudah sedia ada [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : CYDA YUSOF BAB 20 ——@—— TANGAN aku sudah naik lenguh mengetuk pintu bilik. Dah maghrib ni, tak akan Fiyya tak bangun lagi? Aku dah call dia berkali-kali, masih juga tidak berjawap. Ohh Fiyya, tak akan kau nak suruh aku tidur depan pintu ni? Pap! Pintu di buka. Aku mula tersenyum. Fiyya buka sedikit [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : UMI SYIDAH BAB 19,20,21 Hati Saif betul-betul tersentuh. Ketat terasa didada Saif . Jika dia seorang perempuan, tentu sudah bergenang air matanya sekarang. Tidak pernah-pernah ada seorang perempuan pun yang cuba melindunginya sebelum ini, dalam apa situasi sekali pun… kecuali mamanya…..tapi kasih setiap ibu adalah fitrah yang tidak boleh dijadikan ukuran atau perbandingan. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Syifa Raihan 19 SUASANA di taman permainan ini riuh rendah dengan suara kanak-kanak yang riang bermain. Tidak ketinggalan Asyraf dan Iman. Asyraf sibuk melayan Iman bermain buaian sedangkan aku masih di bangku ini memerhatikan mereka sambil mindaku melayang jauh memikirkan arah tuju kehidupan. Aku merenung awan yang berarak perlahan di dada langit yang [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : sufi jamal Bab 18 & 19 Apalah guna membawa rotan, Kalau tidak menjadi tali, Apalah guna jauh dipesan, Masa dekat tidak dipeduli. Oleh kerana terlalu bosan makan diluar, akhirnya Loqman bersendirian kesupermarket Giant dibangunan AMCOB diPetaling Jaya. Memandangkan dia dan Liza baru sahaja pulang dari tempat kerja, dia memilih supermarket yang paling hampir [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Oleh : Azfeen A.G Bab 17 Amiza melambai-lambai kedua-dua tangannya setinggi-tinggi yang boleh sehingga kelibat MPV Ezora milik keluarganya hilang dari pandangan. Dia tersengih dan menutup pagar rumah. Sunyi. “Amoi! Lu balu balek kah?” Tegur Mrs. Lee, jiran sebelah rumah. Amiza menoleh ke sebelah kirinya. “Haiya… Aunty Lee. Balu maahh…” “Lu talak mau balek lumah [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : FifiNurina BAB 16 Sudah hampir seminggu peristiwa di kampung itu berlaku. Tanpa diduga, Nurin tekad untuk pulang ke Kuala Lumpur pada hari itu juga. Jenuh Husna dan Fatihah memujuknya, namun Nurin bagai sudah tiada hati untuk terus berada di situ. Ditambah pula dengan reaksi Syahmi yang sangat bersahaja, bagaikan tidak bersalah. Nurin ingin [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : E-la Adiey Farish sedikit tertanya-tanya. Kenapa agaknya mama menelefon dan menyuruhnya pulang ke Villa Sharif semasa waktu makan tengah hari. Dia ada meeting jam 2 petang tapi bila mendengar suara serius Datin Aliah di corong telefon, terpaksalah dia pulang juga. Sebaik sampai di perkarangan rumah, dia sudah terpandangkan sebuah kereta Mercedes berwarna silver [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : ISME_ANA Bab 16 “OPSS..SORRY.” Maisarah meminta maaf tatkala bahunya bersentuhan dengan seseorang. Dia tidak sengaja terlanggar. “Apa sorry..sorry..” Tekan suara itu. “Sorrylah tak sengaja.” Pinta Maisarah. “Sengaja ke tak sengaja ke..aku peduli apa.” Berdesing telinga Maisarah mendegar suara itu. Wajah orang yang dilanggar itu dipandang. “Erkk..Im..man?” perlahan nada bicara Maisarah. Agak terkejut. Wajah [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : eila iraiena EPISODE 16 Andrea menanggalkan apron yang dipakainya, dia menarik nafas lega bila memandang hidangan yang sudah tersedia diatas meja. Rumah agam makcik Jane masih cantik biarpun sudah lama ditinggalkan. “Dah siap semua.” Tanya Makcik Jane. Andrea mengangguk. “Kalau macam tu, pergilah berehat kat ruang tamu. Biar makcik saja yang habiskan kerja [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Ezny Dyana BAB 15 “Dee, minggu depan aku dah nak berangkat” kata Faris yang sedang berbaring sambil memegang komik ditangan kepada Dania yang sedang khusuk bermain permainan komputer di dalam bilik Faris. Dania berhenti bermain apabila mendengar apa yang baru dikatakan oleh Faris. Dengan pantas dia naik keatas katil Faris dan duduk disebelahnya. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Eyla / Eyla Hime BAB 15 MILO ais itu dikacau dengan straw, sebelum Nazratul menghirupnya, perlahan. Sesekali, matanya melilau ke sekelilingnya, melihat suasana di Restoran Singgah. ‘Hmm, tak adalah ramai sangat orang macam semalam’ desis hatinya. “Sorry lambat.” Teguran itu mematikan lamunan Nazratul. Dia menoleh. Matanya tertancap pada Zaril yang sedang mengambil tempat [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Jenny Andrew Bab 15 Julan berangkat lebih awal ke tempat kerjanya pagi ini. Sengaja dia mahu memantau kesihatan majikannya. Setibanya di kantin, Kin Ho sudahpun berada di dapur sedang bersarapan. Dia berpakaian formal dengan mengenakan kameja putih berlengan panjang dipadankan bersama seluar khakis berwarna kelabu. Seperti kebiasaan, lengan bajunya dilipat kemas hingga ke [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Nia Qurratun’aini BAB 15 A.D menuruni anak tangga yang berada di tingkat 2. Langkahnya perlahan. Fikirannya melayang. Puas dia memikirkan apa yang berlaku semalam. Dia benar-benar keliru. Sentuhan Wafi jelas terasa. Dia mahukan kepastian. A.D tahu, hanya ada satu cara yang boleh merungkaikan apa yang tersimpul. Dia perlu menanyakan hal itu terhadap Wafi [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : rehan nasnan 15 BULAN yang separa mengambang ditenungnya lama. Harith medekatinya di balkoni. Tangannya diletakkan di bahu Azfahea. Azfahea tersentak, segera dia menoleh ke kirinya. Apabila melihat wajah Harith yang menyapa, dia tersenyum. Dia merapatkan diri dengan Harith lalu merangkul pinggang suaminya. “Jauh menung?” “Abang, abang marah tak kalau….” kata Azfahea terhenti tanpa [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : DNae BAB 14 Awal pagi lagi, Mak Teh sudah sampai di hospital. Dia menyuruh suaminya menghantar dia awal ke hospital kerana Humaira akan akan mula bekerja pada hari ini. Dia bimbang Huamira tidak sempat balik ke rumah untuk bersiap-siap pergi ke pejabat. Humaira sempat sampai ke pejabat sebelum waktu kerja. Kedatangannya di sapa [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---
 

Oleh : Maryam Qalyysa Bab 14 Aku bangun menuju ke meja belajar tempat terletaknya computer ribaku. Cuba untuk menjenguk emel lah pulak. Tekaan aku si pengirim misteri yang menggelarkan dirinya Man Ana sudah pasti tidak lalu lagi untuk mengirimkan madah yang membuatkan hatiku tergugah juga adakalanya. To:sufi_amani@gmail.com From :Man_Ana@gmail.com Subject : Betapa pentingnya wanita disisi [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon