Ahad, 16 September 2012

MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 : BERMULA 9 NOVEMBER 2012

Tags



Maharaja Lawak Mega 2012 – Kembali Bermula 9 November 2012 | Pencarian pelawak terunggul di kalangan mereka yang terhebat diteruskan dengan musim kedua “Maharaja Lawak Mega 2012” yang bakal menemui para penonton pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam bermula 9 November 2012 ini.
Maharaja Lawak Mega 2012 – Dibawakan oleh Astro Warna, program kali ini berbeza dengan apa yang pernah ditampilkan sebelum ini kerana ia akan memberi peluang kepada para pelawak tanah air untuk menyertai pertandingan tidak kira secara individu atau berkumpulan menerusi undian Hot Seat secara online. Peserta yang terpilih itu akan diserap masuk sekaligus melengkapkan jumlah keseluruhan senarai peserta bertanding yang akan diumum kelak.
Alamak !!! masih dalam Astro Warna ke?Rasanya ramai yang akan layan dalam Youtube sahaja program nie, maklum la tak semua orang langgan Astro Warna. Cam tahun lepas pun aku tengok dalam Youtube je, rasa best download dan simpan sahaja. Layan bila bosan. kikiki

Menurut Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, “Sebagai satu-satunya saluran komedi tempatan di Malaysia, kami sentiasa berusaha meneroka potensi ruang yang ada bagi memastikan setiap program mempunyai pengisian padat dan berkualiti tinggi.”
Nizam turut memberitahu pihak mereka akan memberi pembaharuan dalam setiap pengisian agar kandungan terus segar dan selari mengikut peredaran masa, sekaligus memberi kepuasan kepada pelanggan yang telah membelanjakan wang untuk melanggan pakej Mustika. Tambahnya lagi, mereka ingin membuka ruang kepada penonton untuk memilih calon-calon kegemaran yang dilihat benar-benar layak mengisi tempat sebagai peserta program. Talian undian Hot Seat secara online telah pun bermula sejak 5 September 2012 lalu sehingga 17 September 2012 akan datang, jam 12 tengahari.
Untuk mengundi, peminat hanya perlu melayari laman sesawang rasmi www.maharajalawakmega.com.my dan mendaftar menerusi log masuk Facebook sebelum mengundi peserta kegemaran. Orang ramai hanya boleh mengundi sekali sahaja untuk setiap peserta kegemaran setiap hari. 

Artikel Terkait

2 comments

sepah xde....sedih...

Layan yang mana ada je bro...dalam warna lagi la sedih..


EmoticonEmoticon