Selasa, 25 September 2012

Baget 2013 Dan Royalti Kelantan : Apa Kata PM Malaysia?

Tags

Baget 2013 hangat diperkatakan kini dan isu royalti untuk kelantan juga semakin menjadi-jadi, rakyat kelantan tidak lagi bodoh dan mengikut apa kata kerajaan pusat, kini rakyat kelantan sudah bangkit dan pasti kebangkitan ini akan memberi impak yang cukup besar kepada kerajaan masa kini jika tidak menimbangkan permintaan rakyat kelantan. Awas....rakyat kelantan berada dimana-mana di negara Malaysia. Kami boleh bangkit bila-bila masa sahaja..


Kumpulan proroyalti minyak Kelantan menuntut kerajaan menyatakan pembayaran bayaran tunai kepada negeri itu dalam pembentangan Belanjawan 2013 yang akan dibuat pada Jumaat ini.

Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (ROYALTI) dalam kenyataannya berkata, jika tindakan itu tidak diambil, mereka akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran.

Perhimpunan itu dirancang pada 3 Oktober ini sempena perbicaraan kes saman Kelantan terhadap Petronas di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.

"Konvoi Mega Seluruh Negara Ke Putrajaya diadakan bagi memberikan isyarat yang jelas kepada kerajaan Malaysia bahawa rakyat Malaysia, terutamanya negeri Kelantan sudah bangkit dalam menuntut hak hasil bumi mereka dikembalikan," kenyataan itu dipetik.

Mereka juga merancang beberapa acara tuntutan, termasuk:

  • Penyerahan 150,000 tandatangan rakyat Kelantan yang menuntut perdana menteri membuat pembayaran segera.
  • Menganjurkan konvoi ke KLCC dan berpiket.
  • Memohon perintah deklarasi pembatalan perjanjian pada 9 Mei 1975 antara kerajaan negeri dengan Petronas yang dimeterai di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 26 September 2012.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon