Isnin, 13 Ogos 2012

GEMPAK!! Tamrin Ghafar menyertai PAS

Tags


KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Anak bekas timbalan perdana menteri, Datuk Tamrin Ghafar menghantar borang penyertaan ahli PAS kepada presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang semalam.
Beliau hadir dalam program tahunan parti itu sempena mengingati peristiwa peperangan Badar al-Qubra, di Markas Tarbiyah PAS di sini.
Turut hadir ialah timbalan presiden, Mohammad Sabu, ketua penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dan pimpinan-pimpinan tertinggi PAS.
Tamrin merupakan bekas ketua bahagian Jasin dan bekas ahli parlimen Batu Berendam di Melaka.
“Saya mahu menyertai PAS kerana ia adalah parti yang memperjuangkan Islam,” katanya lagi.


Sementara itu, timbalan presiden PAS, Mohammad Sabu (gambar) berkata, perjuangan berteraskan Islam akan sentiasa memerlukan kesabaran.
Katanya, perkembangan politik Islam sekarang sangat menarik hingga banyak kajian seluruh dunia.
“Dahulu pemimpin Ikhwanul Muslimin di Mesir diburu dan dipenjara, hasil perjuangan berpuluh tahun akhirnya ahli mereka menjadi Presiden Republik Mesir.
“Dahulu mereka kata politik dan agama tidak boleh dicampur, tetapi hari ini membuktikan bahawa mereka sudah silap,” kata timbalan presiden PAS itu.a
Dengan kemasukan Tamrin dalam PAS, kedengaran ura-ura beliau akan bertanding dalam pilihan raya umum nanti.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon