Cadangan pelajar dibenar membawa telefon bimbit ke sekolah masih pada
peringkat perbincangan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka
Siong.
Katanya banyak perkara harus diteliti sebelum kementerian itu dapat membuat keputusan yang memuaskan semua pihak.
"Setakat
ini pelbagai pandangan telah diterima termasuk daripada pelajar. Malah
saya ada menerima surat daripada murid berusia 10 tahun yang tidak
bersetuju dengan cadangan tersebut.
"Ini adalah sesuatu yang
sangat memeranjatkan apabila murid tahun empat ini sendiri memberi
pandangan sebegitu dan menyatakan sebab mengapa dia tidak bersetuju,"
katanya kepada pemberita, di Seremban hari ini.
Beliau sebelum
itu menyerahkan cek bantuan kewangan kepada sekolah bantuan kerajaan di
Negeri Sembilan. Sebanyak RM6.43 juta diperuntuk kepada 41 sekolah jenis
kebangsaan bantuan kerajaan tahun ini.
Bulan lepas, kementerian
itu mengusulkan cadangan membenarkan pelajar membawa peralatan
komunikasi seperti telefon bimbit dan iPad ke sekolah bermula tahun
depan.
Bagaimanapun cadangan itu mendapat bantahan terutama
daripada persatuan ibu bapa dan guru yang rata-rata berpandangan langkah
tersebut akan mengundang lebih banyak masalah selain menjejaskan
pembelajaran pelajar.
- Bernama
Ping Busuk
Rabu, 8 Ogos 2012
Murid 10 tahun bantah timbalan menteri isu telefon
Penulis Along Misuari
Diterbitkan Rabu, Ogos 08, 2012
Tags
Artikel Terkait
Newsletter
Berlangganan artikel terbaru dari blog ini langsung via email
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
EmoticonEmoticon