Selasa, 2 April 2013

Gempak..Ketua POlis Kena Bunuh Juga

Tags

Ketua Polis di Dallas telah dibunuh bersama isteri..Dunia hari ini polis pun mereka sanggup bunuh apatah lagi kita manusia biasa..






DALLAS- “Kami mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi pegawai polis di daerah ini,” kata Sheriff David Byrnes merujuk kepada insiden pembunuhan membabitkan pegawai atasan polis di kawasan itu.
 
Mayat Mike McLelland dan isterinya, Cynthia ditemui mati Sabtu lalu di rumah mereka di Kaufman Country.
 
Pihak polis masih lagi menyiasat sama ada motif pembunuhan merupakan sebahagian daripada serangan sama yang berlaku ke atas timbalannya sebelum ini.

“Saya sendiri tidak tahu penyebab kematiannya, setakat ini beliau cukup berjasa dan bertugas dengan baik sebagai seorang polis,” kata Datuk Bandar, William Fortner.

Fortner turut memberi peringatan kepada pegawai polis lain supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan tiada lagi yang menjadi sasaran pembunuh selepas ini.
 
“Kami kehilangan orang yang cukup berjasa dan berharap pembunuh dapat ditahan sebelum ramai lagi pegawai polis menjadi mangsa,” katanya.
 
Pihak berkuasa masih belum dapat menjejaki suspek.
 
Mereka juga tidak dapat memastikan sama ada pembunuhan ini ada kaitan dengan pembunuhan timbalannya,  Mark Hasse, yang terbunuh semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, Januari lalu.
 
McLelland dan isterinya meninggalkan dua orang anak perempuan dan tiga orang anak lelaki.

Sumber : Sinar Harian 

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon