Khamis, 22 November 2012

Isteri Ugut Bunuh Diri

Tags

Isteri ugut bunuh diri selepas handphone di rampas oleh suami..Apa kes nie?Curang la nie???





PETALING JAYA – Tindakan suami merampas telefon bimbit milik isterinya membawa masalah besar apabila wanita itu mengugut untuk terjun dari apartmennya di tingkat tiga sekiranya barang kepunyaannya itu tidak dikembalikan. Dalam kejadian jam 11 pagi di Damasara Damai semalam, mangsa berusia 20 tahun itu cuba terjun namun tindakannya disedari penduduk yang berada di bawah. Menurut sumber, penduduk terpaksa memujuk wanita itu selama 15 minit untuk sebelum mangsa mengambil keputusan untuk tidak meneruskan niatnya terjun ke bawah melalui tingkap. “Kaki wanita itu sudah terjulur ke bawah manakala anaknya berusia setahun juga turut menangis ,”katanya Difahamkan, ketika kejadian suami wanita itu berada di rumah namun dia meninggalkan kediamannya itu selepas gagal memujuk isterinya. Wanita itu kemudiannya ditahan dan dibawa ke balai polis sebelum mangsa membuat laporan terhadap suaminya.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon