Khamis, 8 September 2011

Koleksi Novel Online (26 Ogos 2011)

Antara koleksi novel online yang terbaru...Khas kepada kipas susah mati yang meminati novel..Jom layan semua...

Novel : Cinta abadi 20

Posted:

Oleh : donia “So, siapa yang tolong jaga papa kau? Adam menoleh pandang pada rodney yang sedang leka bermain game di handphonenya. Matanya kembali mengerling cermin sisi sebelum keretanya membelok masuk ke kawasan perumahan. Rodney turut memandang ke luar. “kat sini ke kau sorok papa kau? Soal rodney lagi. Adam mendegus. “kau ni banyak pulak [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Aku Suka Kau Benci. Apa Kes? 19

Posted:

Oleh : Tinta Biru “Ke manalah Mia ni pergi. Tak reti-reti nak balik agaknya. Dah tu off handset pula,” bebel Ikmal yang tidak senang duduk dari tadi. Mia sudah berjanji padanya akan singgah sekejap sahaja, tetapi sampai sekarang Mia masih belum pulang-pulang lagi. Ikmal menoleh sekilas jam di pergelangan tangannya. Sudah hampir pukul 9.00 malam [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Aku Bukan Mistress 19, 20

Posted:

Oleh : Acik Lana Bab 19 Suhu di puncak bukit yang terkenal di seantero dunia itu benar-benar menyengat tulang Adam bagaikan bisa tembus ke tulang hitam. Sweater yang dipakai di tubuh tinggi lampainya tak mampu menghasilkan haba yang mencukupi untuk membuatkan tubuhnya selesa. Sekali sekala dia meniup kedua belah tangannya yang digenggam, memohon bantuan haba [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Seindah Hujan Cinta 18, 19

Posted:

Oleh : Qash Shazwani BAB 18 “Macam mana sekarang?” soal Zamirul semasa dalam perjalanan menghantar Aneesa pulang dari rumah Tuan Malim. Wasim akan pulang hari ini. Tidak mahu menyusahkan Wasim yang baru pulang dari perjalanan yang jauh Aneesa meminta Zamirul untuk menghantarnya pulang. “Macam mana apa?” tidak mengerti Aneesa akan soalan abang angkatnya itu. “Macam [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Anugerah Terhebat 17, 18

Posted:

Oleh : Afifah Yusof BAB 17 Dalam tak sedar sudah hampir 2 bulan Khairina menjadi tunangan orang. Dengan siapa lagi kalau bukan lelaki yang dulunya dipanggil nasi kandar. Sekarang pun panggil lagi macam tu. Seronok? Hmm..bolehlah. Macam orang lain yang bertunang jugalah kot. Kalau tak ada aral melintang,rancangnya bulan depan akan menikah. Kadijah dan abang [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Kau Si Gemuk Aku 17

Posted:

Oleh : Tyona BAB 17 “Lari!Lari! Babi hutan!” jerit Nancy. Matanya tak salah tengok. Itu memang babi hutan! “Babi hutan?” Serentak Anita dan Baby menjerit. Saat itu muncul seekor babi hutan dicelah-celah gumpalan daun pokok rendang betul-betul dihadapan mereka. Mukanya yang bengis bagaikan menahan kemarahan. Perlahan-lahan salah satu kaki belakangnya diangkat lalu menguis tanah berkali-kali. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Sesuci Kasih 17

Posted:

Oleh : Adilla Tasha BAB 17 “Kak! Kau ni memang terukkan.” Mek Nah yang sedang meniarap atas lantai dalam bilik ku bersuara. Aku pula yang sedang membuat aksi kuak kupu-kupu diatas katil memaling wajah memandangnya. Apa pasal cakap aku macam itu. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba saja. “Pesal pulak?” bengang bila ketenangan aku [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Selamat tinggal sneakers 17

Posted:

Oleh : zahara Jadi, sebab itulah Arissa beria-ia mengajaknya keluar hari sabtu itu. Rupa-rupanya untuk melihat pakaian rekaan Lee yang baru disiapkan. Farizal ingatkan kenapalah gadis itu mengajaknya keluar Sabtu itu. Pun begitu, hari itu Arissa kembali menjadi Arissa dulu, Arissa yang tomboy. Walaupun rambutnya dilepaskan, dia memakai baju T-shirt hitam Green Day dan jeans [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Penantian Cinta 17

Posted:

Oleh : Siti Fatimah “Boleh saya tahu siapa Melissa?”tanya Riana.Lama dia merenung Hairie yang kelihatan tenang menghirup air minumannya. Kehadiran wanita yang agak cantik rupa parasnya di syarikat tempat kerjanya pada pagi tadi membuatkan fikirannya menjadi tidak tentu. “Melissa?Dia. Dia bekas kekasih saya…”lambat Hairie membalas. Sudah agak soalan itu bakal terpancul dari mulut wanita yang [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Senyum Lagi 15

Posted:

Oleh : Permata Nilam BAB 15 Aku pantas menuruni anak tangga. Kulihat abang sedang menghadap sarapan bersendirian. Surat khabar di tepi meja masih berlipat. Pasti abah belum sarapan lagi. Mataku nakal melirik kepada abang. Kulihat kepalanya tegak saja memandang ke depan. Sepanjang bersarapan kami hanya mendiamkan diri. Mak Edah menatap kami silih berganti. Dia begitu [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Andai Kau Mengerti 14

Posted:

Oleh : Nur Suriati BAB 14 “Yeay.” Zuril tersengih mendengar anak-anak saudaranya bersorak tatkala mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam banglo milik daddynya itu. Dia bahagia mendengar suara anak kepada satu-satunya anak lelaki dalam keluarga itu. Walaupun pada mulanya hubungan antara abang dan Kak Suraya tidak di restui, namun kini dia yakin daddynya telah memaafkan [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : K.E.A 13

Posted:

Oleh : Arasharrina “Haa… Ni dia! Penat aku cari kau kunci, sampai kena rompak! Haishh..” puas mencari akhirnya kunci kereta yang hilang dijumpai di atas sofa bilik ofisnya. Mungkin tercicir sewaktu dia kelam kabut nak keluar dari situ. Diambilnya kunci tersebut dan bergegas keluar dari bilik tu. Banyak tempat yang sedang menunggu kunjungannya saat ni… [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Komplot Kita 13

Posted:

Oleh : Rashidah Roseli Bagai mahu tercabut jantung Darwina mendengar perkhabaran buruk yang diterima tadi. Tanpa menunggu walau sesaat, dia bergegas mencari kunci kereta. Merata dia mencari, namun entah kenapa tidak pula dia temukan kunci yang diperlukan. “Ya Allah, mana pula kunci ini? Masa ini jugalah benda ini hilang. Ya Allah, tolonglah aku!” Darwina semakin [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Mahadewi Tercipta Untukku 13

Posted:

Oleh : Emoq BAB 13 “Apa? Encik Adib datang ke rumah kau bawa mak dia? Kau biar betul?” Saleha membulatkan matanya memandang Nor. Hai, kalau sudah sampai tahap seperti itu mesti Adib tidak main-main dengan perasaannya. “Eh, aku rasa Encik Adib tu memang betul-betul seriuslah Nor. Kau tak nak beri dia peluang ke?” soalnya. Peluang? [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Betul Ke Cinta? 12

Posted:

Oleh : Eva BAB 12 Open photoshoot dengan kawan kak nas habis pukul 3 petang. Penat gila okay. Dah la start dari pukul 7 pagi tadi. Aku dah la tak pernah buat photoshoot dekat luar macam ni. selalunya dekat dalam kedai tak pun studio je. dah la tadi kena posing depan-depan orang ramai. Malu weh, [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Lembaran Jiwa 12

Posted:

Oleh : ANA LAILA 12 Sungguh Anis tidak menyangka, rupa-rupanya Nurin dan Izhan telah membuat surprise party untuknya. Dia memeluk Nurin, erat! Tanda berterima kasih kepadanya yang bersusah payah deminya. “Aku sayang kat kau. Kaulah sahabat aku yang terlalu baik. Terima kasih.” “Sama-sama.” Nurin nampak jelas air mata kegembiraan Anis. Anis memandang Izhan. Izhan menghampirinya [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Cinta ke? 11

Posted:

Oleh : Ria Natsumi Ria Aryantie berehat sekejap di tamat permainan yang ada berhampiran dengan tempat tinggalnya. “Kenapalah aku tak pandai pandu kereta? Ada lesen tapi macam tak berguna sahaja. Akhirnya kena jalan kaki juga,” kata Ria Aryantie sambil mengurut lembut kakinya yang terasa lengguh. Sisa-sisa air mata disapunya. “Ria!” dia ditegur seseorang dari belakang. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Cahaya Qaseh 11

Posted:

Oleh : Kathy Tuah (11) Dugaan yang datang tidak mahu pulang. Hubungan Cahaya Qaseh dan Iman Hafifi sudah pulih sepenuhnya cuma Cahaya Qaseh tidak berani meluahkan apa yang tersirat dihatinya. Biar masa sahaja menentukan segalanya. Iman Hafifi pula semakin lega apabila dia telah meluahkan perasaannya dengan Cahaya Qaseh. Sama ada adik sepupunya itu terima atau [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : Andai Esok Hari Terakhirku 10

Posted:

Oleh : Nurreez Nurizan ~ part 10 ~ Setibanya dia di Hospital Sultanah Bahiyah, Jeffry Mirza terus meluru ke kaunter pertanyaan di situ. Bertanyakan Mira. Bertanyakan kemalangan yang menimpa cinta pura-puranya itu…. “Boleh saya tahu, betulkah Nur Syamira Syifa binti Datuk Mahmud dimasukkan ke hospital ni? Baru sekejap tadi dia terlibat dalam kemalangan.” “Ya, betul. [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Novel : DiaLah SonataKu 10

Posted:

Oleh : Permata Nilam BAB 10 Linda dan Kak Leha silih berganti memeluk tubuhku. Begitu juga dengan Lili. Dia dari semalam tidak jemu – jemu mengeluarkan air matanya. Suasana yang sepatutnya meriah, menjadi hiba. Aku sudah nekad tidak akan menangis lagi. Usai sahaja majlis akad nikah, Yen terus sahaja membawa aku balik ke rumahnya. Mujur [...]

--- Klik tajuk karya di atas, untuk membaca sambungan karya ini.... Semoga terhibur ---

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon